Menu Utama

Akta Hasutan: Najib Utamakan Negara Lebih Dari Segalanya

UMNO 2014

PEMBANGKANG sudah mula menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai munafik kerana berikrar untuk meneruskan Akta Hasutan 1948 disebalik janji untuk menghapuskan Akta tersebut pada 2012.

Tapi penulis tidak rasa dakwaan seperti itu memberi apa-apa kesan kepada Perdana Menteri kerana beliau adalah pemimpin bertanggungjawab dan bila beliau mendahulukan kepentingan negara serta rakyat lebih dari apa yang orang nak kata pada beliau dengan mengekalkan Akta Hasutan, itu adalah tindakan terpuji.

Kalau hapus pun bukan pembangkang berhenti kutuk dan kondem Perdana Menteri pun. Ini dah terbukti dengan penghapusan ISA, ada ke pembangkang senyap dan puji Perdana Menteri? Tak juga, pembangkang masih macam itu. Yang ini selesai dia kalih yang lain, maklumlah tujuannya nak letak Anwar jadi Perdana Menteri bukan nak lihat Najib jadi Perdana Menteri yang baik.

Ini faktanya yang semua orang patut tahu bila berkira-kira nak tuduh Perdana Menteri macam-macam.

Penulis pun kalau diikutkan suka kalau Akta Hasutan ini dihapuskan sebab terbukti lebih banyak orang lepas dari yang sangkut. Semuanya gara-gara beberapa keputusan terdahulu Mahkamah Persekutuan berkaitan Akta Hasutan ini yang mengikat Mahkamah lebih rendah.

Jadi sebaiknya dihapuskan sahaja Akta itu ganti baru.

Tapi mungkin Perdana Menteri telah jumpa jalan bagaimana untuk memastikan akta itu terus memberi kesan kalau dikekalkan. Yang penting disini bukan Akta Hasutan atau tidak tapi keselamatan negara dan keharmonian rakyat terus terpelihara.

Untuk itu, penulis memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Lagipun mutakhir ini kita dapat melihat banyak perkembangan membimbangkan berkaitan dengan hasutan ini, lebih-lebih lagi yang ada kena mengena dengan agama dan perkauman serta institusi beraja.

Semua ini perlu dibenteras dan kita juga tidak mahu semua pemimpin-pemimpin pembangkang yang sedang berhadapan dengan pendakwaan di bawah Akta Hasutan ini terlepas begitu aahaja kalau undang-undang itu ditiadakan nanti.

Lagipun penulis yakin, yang akan beraya sakan bila Akta Hasutan dihapuskan nanti ialah pembangkang juga, bukan kita tak tahu agenda tersembunyi mereka.






5 Komen to Akta Hasutan: Najib Utamakan Negara Lebih Dari Segalanya

  1. GT86 says:

    Aikk.. Senyap jea kat sini.
    Penulis tau ke apa yg ada dlm fikiran Najib?
    Tanpa komitmen Najib, xkn la si nancy dulu keluarkan kenyataan. Jgn salahkan pembangkang jika dorang kata Najib mungkir janji.
    Kawan tak bersetuju dgn penulis kerana penulis seolah-olah mengangkat Najib seperti wira yang telah lakukan sesuatu yang mustahil dan sukar demi kepentingan orang lain. Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya. Rakyat terutama bangsa Melayu yg bangun menentang hasrat Najib setelah merasa kesan dari penghapusan ISA. Siapa berani nafikan?
    Najib sedar kesilapannya tapi terlalu sombong utk akui nya . Gagasan 1Malaysia telah gagal malah jurang antara kaum semakin membelah. Hanya kerana ISA.
    Rakyat di utamakan. Betul ke?
    P/s: kalau Najib nak jadi hero, lakukan seperti Pak Lah buat. Bertanggungjawab dan bermaruah.

  2. anakbochek says:

    Pembangkang boleh menuduh macam2 pada Najib, yang pasti Najib tetap PM dan mereka tetap pembangkang. Bukan luak apa2 pun kalau kena tuduh dan kena kutuk dengan pembangkang dan mana2 cina apek. Tapi kalau orang grass root dah angin satu badan Najib mungkin terpaksa meletak jawatan nanti.

  3. raplahjingaa says:

    hehehehe…GT86, bulan ni ada PAU, elaun depa masuk awal…tu la yang laju je dewakan Najib !! jangan hang tak tau.

    Ni aku dengar orang kuat Utusan ada yang kena letak jawatan, sebab pendedahan kelemahan pentadbiran kerajaan Pahang di Cameron Highland dan Tasik Chini…hmmmmmmm

  4. alimedanbaru says:

    APA PUN TAK GUNA SATU SEN PUN DENGAN KEKALKAN AKTA HASUTAN
    APABILA ADA YG TERLAMPAU CAKAP
    TERLAMPAU HINA ISLAM
    TERLAMPAU HINA BANGSA MELAYU
    TERLAMPAU HINA RAJA MELAYU
    TERLAMPAU HINA NEGARA..BENDERA..NEGARAKU..BUDAYA DLL
    ‘TAK ADA APA-APA TINDAKAN PUN DIAMBIL,
    KALAU AMBIL PUN LAMBAT DAN HUKUMAN TIDAK SETIMPAL’
    pooodahhh

  5. GT86 says:

    Bro Rap….. Jika benar apa yg di dengar, maka benar lah apa yang di sangka. Jom lah kita pasang telinga luas-luas dengar-dengar kan lagi. Jelas ada yang main bastard. Jom lah kita ramai-ramai betulkan kepincangan yang berlaku pada pemerintah yang kita sayangi. Bukan ditukar tapi di betulkan
    UMNO tak salah, Melayu pun x salah dan Islam , agama syumul mana ada kesalahan. Yang salah mereka yg mengaku Islam, Melayu dan orang penting UMNO yang berkiblatkan nafsu, dan takut mati.

Leave a Reply

Threesome