Menu Utama

Zulkifli Noordin sokong penambahbaikan Akta Hasutan

KENYATAAN MEDIA
Zulkifli Bin Noordin

Saya mengucapkan tahniah kepada DS Najib atas pengumuman mengekalkan Akta Hasutan dengan beberapa penambahbaikan terutama berkaitan melindungi agama Islam didalam PAU pagi tadi.

Ini membuktikan bahawa DS Najib telah mendengar suara hati rakyat bawahan terutama NGO dan orang Melayu.

Langkah ini juga akan memelihara tiang seri negara, dan menjamin kesinambungan keharmonian dan keamanan yang dikecapi selama ini.

Bagi maksud penambahbaikan, selain daripada pengembalian semula ISA atau penggubalan undang-undang preventif seumpamanya, saya mencadangkan penambah-baikan kepada Akta Hasutan dengan perkara berikut:

1. meminda Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan dengan memasukkan peruntukkan tambahan seperti berikut iaitu:

“Seksyen 3 (1) (f) memperuntukkan bahawa ‘kecenderungan menghasut (seditious tendency) itu adalah apabila ada mana-mana pihak cuba mempersoalkan apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif mana-mana perkara berikut iaitu (dengan mengekalkan peruntukkan sedia ada) termasuk:

Perkara 3 (Islam agama Persekutuan), Perkara 8 (4) (c) (kedudukan orang asli), Perkara 8 (4) (f) (kedudukan Rejimen Askar Melayu DiRaja), Perkara 11 (4) (penyebaran agama bukan Islam), Perkara 12 (peruntukkan dana bagi institusi Islam), Perkara 121 (1A) (bidangkuasa Mahkamah Syariah), Jadual 9 Senarai II (bidangkuasa Dewan Undangan Negeri dan Mahkamah Syariah dalam hal ehwal Islam) , dan mana-mana undang-undang atau enakmen yang diperbuat dibawahnya”;

2. meminda Seksyen 114 (g) Akta Keterangan dengan peruntukkan ‘Mahkamah hendaklah membuat andaian/rumusan bahawa adalah merupakan satu perbuatan menghasut menurut peruntukkan dibawah Akta Hasutan jika ada mana-mana pihak yang cuba mempersoal, mempertikai dan/atau menghina apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif berkaitan Bahagian 3, Perkara 152, Perkara 153, Perkara 181, Perkara 3, Perkara 8 (4) (c), Perkara 8 (4) (f), Perkara 11 (4), Perkara 12, Perkara 121 (1A) dan/atau Jadual 9 Senarai II Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana undang-undang atau enakmen yang diperbuat dibawahnya”;

3. meminda hukuman bagi sabitan kesalahan dibawah Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan dengan ‘hukuman penjara mandatori tidak kurang 5 tahun dan tidak melebihi 25 tahun’ bagi sabitan kesalahan dibawah Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan.

Sekian terima kasih.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
04 Safar 1436
27 Nov 2014






14 Komen to Zulkifli Noordin sokong penambahbaikan Akta Hasutan

  1. raplahjingaa says:

    Sekarang baru nak dengar suara rakyaat ?? masa dia hapuskan ISA dulu dia dengar suara siapa ??

  2. korokstabang says:

    terima kasih ngo terima kasih pdrm terima kasih bekas2 hakim yang memberikan pandangan dan penekanan akan keperluan akta hasutan di kekalkan, jika dulu ada tekanan kuat sebegini confirm akta ISA akan di kekalkan.

  3. moo says:

    Zul Noordin….. Idola Umno

  4. Badrole Amin says:

    dengan ketiadaan ISA mungkin KDN boleh memanjangkan tempoh penahanan(remand) kepada ‘suspect-suspect’ yang ditahan/didakwa dibawah Akta Hasutan, SOSMA atau POCA…panjangkan tempoh penahanan sehingga 3 bulan atau lebih secara maksima…kem Kamunting boleh dibuka semula jika ‘suspect-suspect’ ini dirasa tidak sesuai ditahan lebih lama dalam lokap polis atau penjara

    tempoh penahanan(remand) adalah untuk memberi polis masa membuat dan menyiapkan kertas siasatan, tempoh penahanan yang pendek boleh menyukarkan polis dapat membuat dan menyiapkan kertas siasatan dengan lebih teliti terhadap ‘suspek-suspek kategori licik dan merbahaya’…’suspek-suspek kategori licik dan merbahaya’ ini ialah mereka-mereka yang polis anggap(mengikut siasatan awal dan secara rambang) boleh memberi/membuat kemudaratan kepada kesejahteraan/keamanan/keharmonian rakyat dan negara sekiranya mereka terpaksa dibebaskan disebabkan kepatuhan polis kepada tempoh penahanan yang pendek

    polis harus diberi imuniti supaya tidak boleh dipersalahkan oleh mahkamah(mewakili suspek-suspek kategori licik dan merbahaya yang memfailkan tuntutan saman) sekiranya anggapan(mengikut siasatan awal dan secara rambang) polis itu tidak benar(disebabkan kelicikan suspek-suspek kategori merbahaya)

  5. Natuna says:

    em… selepas dibangkang dengan hebat baru nak dengar! itupun dah terima ugutan yg ada sesetengah melayu tidak akan undi BN pada PRU14 baru nak cakap akta ISA tak pula dia dengar!

  6. arhi says:

    Ini baru sebenar2nya apa yg dikatakan “mendengar suara akar umbi” yg seringa dilaung2kan oleh para pemimpin

  7. itsme says:

    syabas atas keputusan tepat yg dibuat namun apa guna akta tersebut jika hukumannya tdk setimpal dgn kerosakkan yg telah pesalah itu buat, cth mendiang karpal singh hanya dikenakan $4000.00 bg kesalahan mengjhina raja dan mempertikaikan kedaulatan raja berpelembagaan. Adakah hukuman memberi pengajaran?? jgnkan dikatakan kesedaran malah maaf pun tiada. Hukuman ternyata memainkan peranan yg sgt penting dlm pengekalan atau oengubahan sesuatu akta itu dan ianya perlu dipastikan membawa kesedaran tahap maksima bukan shj kpd pesalah namun juga kpd org ramai.

    apa arti $4k kpd karpal?? harta beliau melebihi 1000 org melayu diKL, itu diKL bagaimana kalau di trengganu @ kota bahru?? itu contoh, jadi mana ada keinsafan bg beliau waimah org lain?? Hukuman juga perlu dikaitkan dgn kedudukan seseorg, jika pelajarannya tinggi dan pendedahan lebih maka mrk itu perlu dihukum dgn lbh berat lagi berbanding org yg setakat pelajarannya sampai takuk SPM. Lbh2 lh karpal yg professionnya seorg peguam maka sehatusnya beliau beliau turut dipenjarakan atas dasar.kedudukan beliau yg mampu pergi lbh jauh dlm mendalangi keamanan dan pengjhinaan kpd kontrak sosial yg telah dipersetujui semua pihak dahulu.

    Ini baru keadilan adil itu bukan spt fahaman komunis yg antara lain suatu ketika dulu menyamaratakan pendapatan kpd rakyat mrk. Mana mungkin ini adil, krn ada keluarga anaknya lima dpt $1k, ada keluarga anaknya 10 pun dapat $1k… adil ke ini???

    begitulah juga kes karpal, beliau mempunyai wang pengikut dan organisasi yg duduk dibelakang beliau serta pengetahuan yg tinggi dan jika beliau masih lagi gagal memahami semua undang2 yg menyebabkan kita semua hidup dgn harmoni sehingga kehari ini maka seharusnya beliau perlu dikenakan tindakan semaksima mungkin.

    disini kita dpt lihat bagaimana gagalnya penjawat awam yg diamanahkan utk menjaga kepentingan awam, & ini juga antara sbb rakyat mula bosan dgn kerajaan. bukanlah ianya salah kerajaan ttp org yg membawa dan memikul amanah itu menyebabkan kerajaan nampak bersalah.

    kita sering dimomokkan dgn pesalah trafik yg akan ditangkap dan akhirnya diskaun akan diberi jika membayar pada masa2 tertentu. Apakah dua perkara ini boleh disama ertikan?? yg satu ditangkap dlm masa ianya diganti dgn bayaran beserta diskaun, mendidikkah ini??

    Jadilah kerajaan yg mendidik bukan menjentik, jadilah ketua yg adil bukan pula yg melebih2.

  8. korokstabang says:

    Kerajaan seharusnya mempertimbangkan cadangan penjara mandatori bagi pesalah di bawah akta hasutan bukan mengenakan hukuman seperti sekarang dengan hukuman denda RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

    Hukuman pilihan samada denda atau penjara dianggap tidak bermakna memandangkan ianya tidak menjadi satu bebanan atau masalah besar kepada pesalah yang terdiri dari golongan mereka yang berkemampuan membayar denda justeru ianya tidak memberikan sebarang bentuk pengajaran kepada pesalah juga tidak dapat dijadikan contoh tauladan kepada rakyat.

    Oleh itu cadangan penjara mandatori minimum 3 tahun patut di kenakan bagi kesalahan pertama.

  9. Badrole Amin says:

    aku setuju dan sokong cadangan bekas ketua hakim negara(Tun Abdul Hamid Mohamad) minta kerajaan mengenakan hukuman penjara mandatori(3 sehingga 10 tahun) kepada pesalah dalam akta hasutan apabila akta ini diberi penambahbaikkan(keberkesanan penguatkuasaan dan ketegasan)

    setakat bayar denda seperti yang dikenakan kepada karpal singh kerana menghina(perlembagaan/undang-undang tubuh negeri) Sultan Perak, ianya tidak dapat memberi ‘ketakutan\'(atau ‘deterrent’) kepada orang lain untuk melakukan perkara sama seperti dilakukan karpal singh

    walaupun perbuatan hasutan itu boleh mendatangkan kemudaratan atau mengakibatkan perbalahan kaum berlaku(akibat dari penghinaan yang lebih melampau terhadap kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Institusi Raja), dengan undang-undang sedia-ada ianya bermaksud mereka ini tetap hanya perlu membayar denda sahaja untuk ‘cuci-tangan’ yang juga bermaksud mereka ini tidak perlu dipertanggungjawabkan(dipersalahkan juga) terhadap perbalahan kaum yang berlaku

    mana boleh begitu mudah mereka ini terlepas dengan hanya membayar denda tanpa dikenakan hukuman penjara!

  10. raplahjingaa says:

    Yup….hukuman dah ketinggalan zaman, hina Raja-Raja Melayu kena hukum RM 4000.00 je, pi pecah public phone, kena jail 2 tahun….

    Ada satu pekara yang kita boleh belajar dari Yahudi, Parlimen Israel telah mengistiharkan Israel sebagai negara Yahudi, dan secara automatic rakyaat bukan berbangsa yahudi akan menjadi rakyaat kelas kedua, terutamanya bangsa arab bukan yahudi, walaupun pada asalnya seluruh Israel adalah tanah Arab.

    Kita patut buat pengistiharan yang sama…ialah nama negara pun dah MALAYsia.

  11. Memang Terok says:

    Saudara Raplahjingaa,

    Soalan dalam ayat sebaris anda perlu dijawab oleh yang bertanggung jawab yeini pihak penggubal undang2. Iktibar disini ialah dalam hidup jangan berbuat baik jika hanya bertujuan untuk mendapat pujian/sanjungan. Sedangkan kebaikan serupa hanya terbukti memakan diri sendiri.

    Jangan sesakali buat baik dengan memungut sampah depan pagar rumah jiran, jika aleh2 jiran keluar marahkan kita buang sampah ididepan pagar dia.

    Apa yang dijanjikan ialah ISA akan diganti, selepas penghapusan nya. Tapi hingga kini kita tak nampak sebarang kuatkuasaan baru mengganti ISA.

    Sedangkan rakyat sering bertukar jadi penderhaka dan rakyat yang tak sedar diri, tak tahu mengenang untung bertambah saban hari. Kenapa ? Kerana mereka bebas berbuat apa saja, tanpa undang2 khas buat menghukum mereka atas jenayah yang mereka lakukan itu.

  12. semangat dato' haron says:

    Zul nordin x payah ucap tahniah pada Najib. Dia wat pun sbb terpaksa. Next UMNO election kita semua pakat2 tukar dia dgn Tan Sri Muhyiddin. Zaman2 apalogetic dgn dia dh berakhir. Polemik akta hasutan berpunca dari cadangan beliau jugalah. Bersusah payah ahli2 UMNO dan NGO Melayu serta rakyat biasa menentang habis-habisan baru berjaya. Kalau kita bersatu semasa beliau nk menghapuskan ISA dahulu sudah tentu ISA dapat diselamatkan dan banyak insiden dapat dielakkan. Orang Melayu haruslah bersatu di bawah UMNO, inilah parti yg mampu melindungi orang Melayu dan masih belum dirosakkan lagi. Nk harapkan PAS, maaf cakaplah Hadi Awang tu tunggu masa sahaja disembelih puak2 sekular pro Anwar di dlm PAS. Inilah akibatnya apabila bersahabat dgn manusia perosak bernama Anwar Ibrahim.

  13. Badrole Amin says:

    ada penambahan dalam komen aku dibawah ini:

    walaupun perbuatan hasutan itu boleh mendatangkan kemudaratan atau mengakibatkan perbalahan kaum berlaku(akibat dari penghinaan yang lebih melampau terhadap kesucian agama Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu, Institusi Raja dan perihal Hak Keistimewaan Orang Melayu), dengan undang-undang sedia-ada ianya bermaksud mereka ini tetap hanya perlu membayar denda sahaja untuk ‘cuci-tangan’ yang juga bermaksud mereka ini tidak perlu dipertanggungjawabkan(dipersalahkan juga) terhadap perbalahan kaum yang berlaku

    mana boleh begitu mudah mereka ini terlepas dengan hanya membayar denda tanpa dikenakan hukuman penjara!

    rakyat berbilang kaum berbalah macam nak rak akibat hasutan melampau tetapi orang yang bertanggung-jawab membuat hasutan melampau itu hanya dikenakan hukuman membayar denda sahaja

    rakyat yang berbalah akan ditangkap dan dikenakan hukuman penjara, jika ada yang mencederakan atau membunuh orang dalam perbalahan kaum itu hukuman lebih keras(termasuk hukuman mati) menanti mereka selain dipenjarakan

    orang yang menyebabkan perbalahan kaum berlaku akibat hasutan melampau yang dilakukan olehnya hanya dihukum dengan hanya membayar denda

    dimana keadilannya?

    denda yang dibayar boleh sahaja ditanggung oleh pihak dalam atau luar negara yang sememangnya mempunyai agenda mahu melihat negara menjadi huru-hara dengan memperalat ejen(orang sendiri dalam negara seperti ahli politik) untuk mencetuskan keadaan huru-hara(perbalahan kaum) itu berlaku

Leave a Reply