Menu Utama

Akta Hasutan Kekal, Kenapa Pemimpin PR Melatah?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah pun membuat pengumuman muktamad untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 selaras dengan desakan dan kehendak ramai yang mahu akta tersebut dipertahankan dan ditambah baik demi kebaikan bersama.

Bagi khalayak umum yang cintakan keamanan dan ketenteraman dalam hidup bermasyarakat, pengumuman tersebut tentu sekali disambut baik kerana dengan adanya Akta Hasutan sedikit sebanyak dapat mengekang tindak-tanduk melampau pihak tertentu.

Mereka lebih gembira bila mana Perdana Menteri turut memberi komitmen untuk memanfaatkan akta tersebut bagi mencegah perbuatan menghina agama Islam dan lain-lain agama serta mengekang usaha jahat golongan pemisah pro PR yang mahu membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Kita boleh jangka selepas ini dengan penguatkuasaan yang serius maka sebarang cubaan memporak-perandakan masyarakat pelbagai latar belakang agama dan bangsa ini dapat dikurangkan dan gerakan subversif juga dapat ditangani sebaiknya. Impak baiknya kehidupan rakyat akan lebih sejahtera dan tenteram.

Namun di masa yang sama kita dapat melihat sesetengah pemimpin pembangkang dari PR pula memberi reaksi sebaliknya apabila tidak dapat menerima pengumuman Perdana Menteri. Mereka melatah sakan dan marah-marah apabila DS Najib tidak jadi memansuhkan akta tersebut.

Kenapa golongan pelik serba luar tabii dari PR itu begitu takut dengan akta hasutan? Mengapa mereka melatah sedemikian? Apakah mereka seronok melihat hasutan demi hasutan yang mempertikaikan kesucian agama Islam? Adakah PR lebih rela melihat gerakan pemisahan Sabah & Sarawak menjadi kenyataan?

Jawapan kepada persoalan-persoalan di atas sebenarnya boleh kita peroleh dengan mengimbas sepintas lalu kelakuan pemimpin PR dan gerombolan NGO proksi mereka yang giat menimbulkan suasana tidak tenteram dalam masyarakat negara ini.

Contoh mudah lihat sahajalah kesungguhan PR dalam usaha mereka mencemar kesucian kalimah Allah SWT yang mahu di sama tarafkan dengan konsep ketuhanan triniti Kristian. Motifnya mahu meraih sokongan bukan Islam untuk PR akhirnya mengundang tindak balas dari umat Islam.

Demikian halnya dalam isu kebebasan agama di kalangan orang Melayu Islam yang sepatutnya tidak perlu ditimbulkan oleh pemimpin PR, tetapi sengaja dibangkitkan konon atas dasar hak kebebasan. Jelas sekali ia akan menimbulkan suasana tidak tenteram dalam masyarakat.

Begitu juga berkait isu pemisahan Sabah dan Sarawak, apa perlunya gerakan sedemikian sedangkan selama ini kita semua sudah hidup aman damai tanpa pertelingkahan sekarang di buat pula kempen pemisahan yang membahayakan kesatuan Malaysia. Kerja siapa lagi kalau bukan disebabkan gerombolan NGO pro PR.

Itu belum lagi diambil kira kempen propaganda PR yang mahu mendewakan kejahatan puak berhaluan kiri Komunis yang akibatnya menyebabkan rasa kurang senang masyarakat serta tindakan biadab NGO pro PR mencabar kesucian Islam dengan membawa masuk tokoh Islam Liberal dan mempromosikan liberalisme dan pluralisme dalam beragama.

Dua tiga perkara yang disebutkan di atas hanya sekelumit dari sekian banyak tindak-tanduk jahat sesetengah pemimpin PR dan gerombolan penyokongnya. Mereka sengaja membangkitkan apa sahaja isu sensitif tanpa mempedulikan kepentingan rakyat yang mahukan ketenteraman sentiasa terpelihara.

Bersandarkan hakikat itulah umum seharusnya sudah faham kenapa ada sesetengah pemimpin PR marah-marah dan melatah sakan bila Akta Hasutan 1948 dikekalkan dan ditambah baik penguatkuasaannya. Mereka marah kerana hasutan mereka akan terbantut, mereka melatah sebab kebiadaban mereka kini terhalang.

Kerajaan yang baik tentu sekali tidak boleh terus membiarkan suasana sebegini berleluasa menjejaskan negara. Baru ura-ura akta hasutan nak dihapuskan, sudah begini teruk kelakuan biadab dan hasutan dilakukan oleh PR dan NGO proksinya, bayangkan kalau benar-benar dihapuskan akta hasutan besar risikonya.






4 Komen to Akta Hasutan Kekal, Kenapa Pemimpin PR Melatah?

  1. […] Mereka lebih gembira bila mana Perdana Menteri turut memberi komitmen untuk memanfaatkan …read more […]

  2. raplahjingaa says:

    Lantak pi la kat depa, habis-habis sangat depa panggil cai-cai PAS berguling atas jalan raya.

  3. semangat dato' haron says:

    Cai-cai PAS pun x available, Pak Hadi senyap yg amat dgn mereka. Macai2 yg dorang recruit masa perbicaraan Si Ketum memang tragis sekali. Tu yg x de dgr apa2 plan nk berguling ramai2 atas jalanraya lagi…

Leave a Reply

Threesome