Menu Utama

Akta Hasutan 1948 Akan Dikekalkan – Presiden UMNO

Presiden UMNO, Dato Sri Mohd Najib Tun razak mengumumkan akan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dengan dua penambahbaikan utama iaitu memasukan soal keharmonian beragama dan gerakan pemecahan Malaysia.

Menurut Mohd Najib beliau telah mendengar pandangan dari Timbalan Presiden UMNO, sayap-sayap UMNO (Wanita, Pemuda dan Puteri) serta Ketua-ketua Bahagian UMNO dan bersetuju mengekalkan akta ini dengan menambah dua isu baru.

“Saya mahu Akta Hasutan memasukkan fasal khas pertamanya, menjaga kesucian agama Islam dan memastikan agama-agama lain tidak boleh dihina.

“Keduanya, penambahbaikan harus dibuat bagi mengambil tindakan ke atas mereka mahu membawa keluar Sabah dan Sarawak dari Persekutuan Malaysia.”

Mohd Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra sebentar tadi.






15 Komen to Akta Hasutan 1948 Akan Dikekalkan – Presiden UMNO

  1. hasnul rahman says:

    Alhamdulillah!
    Apa yg sangat dirisaukan oleh kebanyakan orang Melayu dah terjawab dan terjamin, iaitu isu penghapusan Akta Hasutan.
    Tapi apakah itu saja yg meresahkan orang Melayu sejak akhir-akhir ini?

    Bagaimana dgn isu jenayah berat yg semakain membimbangkan. Setiap hari ada saja berita mengenai kes bunuh-membunuh.
    Bukankah isu ini timbul kerana terhapusnya ISA?
    Apa jadi dgn akta pengganti ISA? Nampak macam tak ada kesan dan tak mampu menakutkan pelaku jenayah.

    Selain itu, bagaimana pulak dgn isu kebanjiran pendatang asing yg begitu berleluasa hingga sangat menakut dan membimbangkan warga Malaysia sendiri?
    Siapa yg bawa mereka ini masuk?
    Bukankah asalnya mereka itu dibawa masuk untuk memenuhi kekosongan dilapangan pekerjaan sektor tertentu kerana warga tempat tak mahu melakukan kerja berkaitan.
    Tapi setelah permit kerja mereka tamat, mereka tak kembali ke negara asal mereka malah secara berleluasa tinggal dinegara ini tanpa permit dgn melakukan pelbagai kegiatan perniagaan tanpa sekatan atau halangan pihak berkuasa. Malah semakin hari semakin ramai.
    Kepada siapa permit-permin pekerja asing ini diagihkan kalau bukan kepada orang kuat UMNO yg menjadikan permit itu sebagai hasil dagangan hinggakan mereka jadi kaya raya.
    Semua ini dapat difahami dgn jelas oleh orang Melayu yg secara sembrono serta penuh emosi menyalahkan parti UMNO sebagai korup dan kronisme.

    Tak ada gunanya meremajakan UMNO kalau apa yg jadi amalan si tua tak dihapuskan. Dan Melayu diluar UMNO tahu kerana habuan permit seperti itulah antara sebab utama kenapa KB UMNO begitu sayang dan sedaya upaya mempertahankan kerusinya hingga ke liang lahat.

    Nampaknya, masalah yg merisaukan Melayu diluar kepimpinan UMNO ini masih tidak disentuh, apa lagi terjawab dgn tindakan bakal diambil oleh kepimpinan UMNO pada persidangan kali ini.

  2. GT86 says:

    Alhamdulillah… itu pun sebab orang Melayu dah nak mengamuk.

    Orang Melayu islam perlu hati-hati, pasti Freemason akan bertindak lagi.

  3. EVLee says:

    Macam tak caya pulak … namun, syukur alhamdulillah. Manyak selonok ho …

  4. moo says:

    Ahli UMNO skg memuji2 Najib kerana memungkiri janji.

    Waktu buat janji hari tu, ramai jugak yg puji.

  5. anakbochek says:

    Way to go bro Najib. Clap, clap, clap… Yabedabedu, akta hasutan kekal. Alhamdulillah… kita kasi tangkap orang macam mooo ni yang tak sudah2 menghasut kita dengan gerakan cut and paste. Kita boleh trace ip moo kat mana.

  6. moo says:

    Komen dari Umno Youth Masjid Tanah chief Hameed Mytheen Kunju Basheer – ketua UMNO macam tak melayu pun???
    .
    .

    Umno leaders’ “ignorant” and “immature” responses to sensitive issues are turning the party into a laughing stock among the younger generation, a Malacca Umno Youth delegate told the party’s general assembly today.

    Umno Youth Masjid Tanah chief Hameed Mytheen Kunju Basheer said to some extent, even students were remarking on comments made by some of the Umno leaders.
    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/immature-commments-by-umno-leaders-make-us-laughing-stock-says-youth-delega#sthash.LUQewJ6h.dpuf

  7. moo says:

    Aik..guna akta hasutan untuk tangkap musuh poltik????? PATI yg dah bermastatutin kat Cameron Highland buat pe???

  8. GT86 says:

    Kenapa lah engko kalut sangat MOO. Meroyan yang bukan-bukan. Relaks…bertenang. Mengucap banyak2.

  9. system baru says:

    anwar patut kena aktar hasutan ia sebab nak merusuh ia menghasut orang untuk merosak harta benda polis ,harta dbkl dan harta peniaga pasar malam tun ku abdulrahman ia.

  10. system baru says:

    Aku cadangka tukar peminpin yg ada kes ia jika tidak umno akan lemah. Cuba korang perhatikan kenapa shahrizat kalah sebab nya dia ada kes dan dia lemah tangani contoh ingat lagi satu kes yg membabit penyanyi malaysia minta bantuannya kita kena sedar penyanyi bukan orang kaya dia menghadapi kesusahan kita bantu bukan ketepi orang nya tegah susuh sedang dia pegang jawatan jaga hak wanita dan kanak di sebab di kecewa pergi minta bantuan pas. Sebab seorang peminpim macam ini nama umno jadi busuk. Aku masih sayang pada umno ini aku tahu peminpin pkr ramai lebih teruk dari umno sebab itu aku sokong umno, orang jenis macam ini bermuka2 sila ganti dengan lain pada pru 14 akan jika sampai bila pun pantai dalam tak akan dapat balik pada umno itu

  11. system baru says:

    Moo akau jadi moo cepat percaya tokonginsider ia moo matang ke jawab jika hanya tahu menbaca tokonginsider dan tak mahu membaca dari saumber Lain ia dan tak mahu lihat persekitaran ia. Ingat kata2 pujang anda melihat anda mendengar dan membaca dna kaji baru tahu itu kebenaran nya

  12. semangat dato' haron says:

    Isu ni x patut timbul kalo x de org gatal2 mulut nk ubah. Tp bagus juga sbb ada hikmahnya. Kini akta tersebut akan dikukuhkan. Pengajaran kes akta hasutan telah berjaya menyatukan orang Melayu dan berjaya mengekalkannya. Tamparan hebat pada sesiapa yg fikir org Melayu dan UMNO ni kayu ingat akan jd pak turut sahaja. Persepsi Pak Turut dlm UMNO telah berjaya dihapuskan dgn prngajaran kes tersebut. Jd orang2 kt atas, zaman pemimpin lebih mengetahui segalanya telah berakhir. Kebebasan dan kematangan orang Melayu telah meningkat mendadak dan UMNO membuktikan berbanding pesaing politik mereka, UMNO berjaya mendepani isu ini. Semoga pengkaderan ahli akan lebih berjaya dgn pengenalan pendaftaran ahli secara terus melalui atas talian. Tp kalo dh daftar, jgn pula lupa nk jemput ahli2 baru. Kami generasi Y bknnya gila jawatan sgt, kami cuma ingin menyumbang tenaga kami utk digandingkan bersama dgn wisdom golongan tua. Jika itu berlaku, sudah pasti UMNO akan terus menjadi Parti Masa Hadapan No.1 bkn setakat di kalangan orang Melayu namun seluruh rakyat Malaysia. Jgn lupa berterima Kasih pada Bekas Hakim Tun Abd Hamid antara tokoh penggerak penting pengekalan akta hasutan. Time kaseh semua yg telah berjaya dlm pengekalan akta hasutan. Majlis Peguam silalah sorokkan kepala dlm lubang tandas. Niat jahat anda x berjaya. Siap mengaku pula Draf dia akan jd akta. Wat malu je…pigilah Bar Council…oh ye sama2 dgn Pakatan Haram dan NGO2 penyokong mereka…terima kasih kerana menyatukan Melayu. #MelayuBersatu

  13. semangat dato' haron says:

    Jgn sesekali mengangkat Najib sbg wira dlm kes ini. Polemik ini berpunca dari beliau dan penasihat2 beliau. Kes ini akan jadi suatu amaran keras orang Melayu keatas dasar pentadbiran beliau yg menggoyahkan keyakinan orang Melayu. Ingat tiada Presiden lebih berkuasa dari parti hatta Dato’ Onn pengasas UMNO. Sekarang perjuangan kita seterusnya adalah menghalang TPPA. Seperti kata Tun Mahathir pemimpin yg kuat semestinya tidak akan menandatangani perjanjian TPPA.

  14. anakbochek says:

    Rupa2nya mooo ni musuh politik, baru aku tahu. Akta Hasutan bukan untuk tangkap musuh politik tapi untuk tangkap orang yang suka menghasut dan mengadu domba hingga boleh mencetuskan huru hara, kacau bilau serta rusuhan kaum. mooo memang dalam top list.

Leave a Reply

Threesome