Menu Utama

1MDB: Ahmad Maslan Jawab Rafizi dan Tony Pua

KENYATAAN AKHBAR OLEH YB TIMBALAN MENTERI KEWANGAN I 12 NOVEMBER 2014 ISU 1MDB

Kenyataan Akhbar ini disediakan untuk menjelaskan lagi kenyataan saya sebelum ini berkaitan 1MDB semasa sesi Penggulungan Peringkat Dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2015, Kementerian Kewangan pada 6 November 2014 (Khamis).

1. Saya mendapat maklum mengenai usul YB Tuan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan untuk merujuk saya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dibawah Peraturan Mesyuarat 36(12) dan 80A kerana tuduhan mengelirukan Dewan. Ia dibangkitkan berdasarkan kenyataan saya semasa sesi Penggulungan Peringkat Dasar untuk Kementerian Kewangan pada 6 November 2014 mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti berikut :

Petikan Hansard 6 November 2014

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan hanya beri jaminan kepada sukuk oleh 1MDB sebanyak RM5.8 bilion sahaja, sedangkan semua hutang 1MDB ialah RM36.25 bilion.”

“ Itu sahaja yang dijamin oleh kerajaan, tidak ada lebih daripada itu. Selain daripada itu, 1MDB tidak menerima jaminan daripada kerajaan bagi pinjaman-pinjaman yang lain, hanya RM5.8 bilion yang menerima jaminan explicit atau explicit guarantee Kerajaan Malaysia. Satu lagi yang disebut mengenai letter of support itu sebenarnya tidak ada.”

2. Kenyataan letter of support itu sebenarnya tidak ada membawa maksud bahawa tiada surat sokongan lain yang memberi jaminan explicit atau explicit guarantee Kerajaan Malaysia selain terhadap jumlah sebanyak RM5.8 bilion.

3. Saya masih berpegang kepada kenyataan tersebut sebagai benar dan saya juga telah mengeluarkan kenyataan akhbar bertarikh 8 November 2014 (Sabtu) seperti berikut :

“Seperti yang saya jelaskan di Parlimen pada hari Khamis 6 November 2014, jaminan Kerajaan yang dikeluarkan untuk 1MDB hanyalah sebanyak RM5.8 bilion.
Saya ingin memaklumkan di sini bahawa memang tiada surat yang membawa maksud kepada jaminan yang lebih daripada jumlah itu. Kerajaan tidak ada lagi mengeluarkan sebarang jaminan selain RM5.8 bilion untuk 1MDB atau anak-anak syarikat milik penuhnya, termasuklah untuk bon USD3 bilion.
Sebagaimana yang dilaporkan dalam penyata tahunan 1MDB untuk tahun kewangan berakhir 2013, satu surat telah dikeluarkan sebagai pemegang saham tunggal 1MDB.
Menurut syarat-syarat di dalam surat tersebut, sekiranya 1MDB tidak dapat membayar hutang berkaitan bon yang berkenaan, sebarang tuntutan terhadap kerajaan (selain tuntutan terhadap 1MDB) hanyalah terhad kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam surat itu sahaja, dan ini bukan merupakan jaminan Kerajaan.”

4. Saya juga memahami bahawa terdapat satu letter of support yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia untuk bon yang berjumlah USD3 bilion. Walau bagaimanapun ia bukan memberi jaminan explicit atau explicit guarantee Kerajaan Malaysia.

5. Surat sokongan (letter of support) itu membawa maksud bahawa sekiranya 1MDB tidak mampu membayar pinjaman yang berjumlah USD3 bilion tersebut, maka 1MDB perlulah menstruktur semula asetnya yang berjumlah RM51 bilion bagi membayar hutang tersebut. Dalam hal ini, 1MDB akan menggunakan kesemua asetnya sehingga habis (fully exhaust) yang berjumlah RM51 bilion untuk membayar hutang yang bernilai USD3 bilion. Mengikut rekod setakat hari ini, 1MDB tidak pernah gagal dalam menjelaskan hutangnya mengikut jadual pembayaran balik. Kerajaan hanya akan membantu sekiranya ada lagi tanggungan bagi hutang tersebut yang perlu dijelaskan oleh 1MDB sekiranya ke semua langkah seperti di atas telah pun diambil oleh 1MDB.

6. Saya ingin menjelaskan bahawa jaminan explicit adalah terikat di bawah Akta Jaminan Pinjaman ( Pertubuhan Perbadanan ) 1965. Syarikat yang diberi jaminan perlu diwartakan sebagai Pertubuhan Perbadanan manakala surat sokongan yang dikeluarkan dalam isu 1MDB kepada pihak berkaitan tidak terikat di bawah akta tersebut dan tidak perlu diwartakan.

7. 1MDB adalah sebuah syarikat dengan izin “going concern” yang berdaya saing dan maju. Ini bermakna 1MDB akan sentiasa berkembang dan nilai syarikatnya akan sentiasa meningkat. Ini dibuktikan dengan peningkatan pendapatannya sebanyak 64% bagi tahun berakhir 31 Mac 2014.

8. Perkara yang saya nyatakan pada 6 November 2014, dengan jelas menunjukan bahawa jaminan Kerajaan adalah kepada pinjaman yang berjumlah RM5.8 bilion sahaja. Jaminan ini terikat di bawah Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965. Justeru itu, hanya jumlah RM5.8 bilion sahaja yang termasuk dalam contingent liability Kerajaan dan bukannya ditambah dengan USD3 bilion.

Sekian, terima kasih.

(DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN)
TIMBALAN MENTERI KEWANGAN I
12 NOVEMBER 2014






14 Komen to 1MDB: Ahmad Maslan Jawab Rafizi dan Tony Pua

  1. moo says:

    Bukankah Plosi Kerjaan yg gubal?:
    ;
    ;
    Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Putrajaya tidak berkuasa menghalang kenaikan harga rumah kerana Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas.

    Beliau berkata, kerajaan bagaimanapun mampu bertindak melalui pemberian insentif kepada pembeli bagi mengurangkan kos pembelian harga rumah.

    “Ini negara bebas, kerajaan tidak mempunyai kuasa menentukan pasaran harga. Kita boleh membantu mengurangkan harga rumah dengan insentif.

    “Isu fenomena kenaikan harga rumah bukan hanya di Malaysia, tetapi di seluruh dunia, tetapi kerajaan kita respon dengan mewujudkan banyak program seperti PR1MA,” katanya, merujuk kepada salah satu program pemilikan rumah dilaksanakan kerajaan, Perumahan Rakyat 1 Malaysia.

    Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata, kajian menunjukkan harga rumah hanya meningkat antara 2% hingga 3% sebaik saja pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.

    “Kalau lebih 3% mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pencatutan,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

    Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya kenaikan harga rumah melebihi 3% dikenakan pemaju, dan menggunakan alasan GST, mereka boleh dilaporkan kepada Jawatankuasa Pemantauan Harga GST.

    “Saya risau harga itu dinaikkan bukan kerana GST tetapi mahu keuntungan lebih. Ikut perkiraan kita, hanya kira-kira 3% yang boleh dinaikkan.

    “Kalau lebih itu fenomena di luar GST, kalau harga itu naik mendadak, laporkan kepada Jawatankuasa Pemantauan Harga GST Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

    “Kita boleh uruskan daripada segi itu,” katanya.

    Rahman berkata, beliau turut memohon kerajaan negeri bekerjasama dengan syarikat milik kerajaan seperti PR1MA bagi membolehkan mereka membangunkan rumah mampu milik di negeri tersebut.

    “Hasrat kami untuk memberikan pandangan kepada kerajaan negeri supaya memberikan tapak tanah sesuai kepada Jabatan Perumahan Negara (JPN), Suruhanjaya Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan PR1MA, agar rumah mampu milik ini dapat dibina di kawasan tertentu.

    “Kalau kerajaan negeri tidak mempunyai keazaman politik memberikan tanah kepada kami, kami tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya.

    Beliau turut mengakui, cabaran terbesar kementerian itu adalah mendapatkan tanah yang sesuai daripada kerajaan negeri bagi pembinaan projek perumahan mampu milik untuk rakyat.

    “Cabaran besar kami adalah untuk mendapatkan tanah kerajaan di negeri-negeri,” katanya.

    Malah, beliau turut meminta agar kerajaan negeri tidak melakukan perebutan dengan kerajaan pusat berhubung senarai nama bakal penghuni kediaman mampu milik tersebut.

    Ini kerana, ia akan menyukarkan proses pemberian rumah sehingga memakasa sesetengah individu terpaksa menanti bertahun-tahun lamanya sebelum dapat menduduki sesebuah kediaman mampu milik.

    “Saya minta negeri tidak banyak perebutan, kadang-kadang projek perumahan yang kita buat ada kerajaan negeri berebut berikan senarai.

    “Ada negeri tidak mahu guna senarai kerajaan pusat dan ini menimbulkan masalah pertindihan, ada masalah hingga bertahun-tahun kerana mahu memilih penghuni rumah ini,” katanya. – 12 November, 2014.

    MENYUSUL LAGI
    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-negara-bebas-kerajaan-tiada-kuasa-kawal-harga-rumah-kata-menteri#sthash.NjeMJvMc.dpuf

  2. moo says:

    Menteri UMNO Kelentong!
    .
    .
    In another about-turn, Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan has conceded that the federal government will step in to meet the US$3 billion (RM10.02 billion) obligations of 1Malaysia Development Bhd (1MDB) under the letter of support it gave.

    He said this in a text message reply to a question posed by The Edge Financial Daily yesterday on what Section 3 of the letter of support meant.

    Ahmad, however, said this will happen only if 1MDB itself has made all efforts, including restructuring, to raise money to pay its debt but is still unable to do so.

    He also explained that unlike a normal guarantee, obligations of the government via a letter of support are not listed as a contingent liability of Putrajaya.

    “The key difference between a guarantee and a LOS (letter of support) is that firstly, government explicit guarantee will mean it is contingent on the government’s balance sheet whereas a LOS is not contingent as it is implicit.

    “Secondly, an explicit guarantee will mean that borrowers have a direct claim to the government in the event that 1MDB defaults,” Ahmad wrote.

    “In LOS scenario, borrowers will have to wait for 1MDB to restructure its assets to remedy the default and only when the assets (RM51.41 billion) are not sufficient to cover, only then the government will step in,” he added.

    Ahmad came under fire in the Parliament last week when he said the government did not provide the LOS for the US$3 billion loans that 1MDB Global Investments Ltd, a wholly-owned subsidary of 1MDB, has borrowed.

    The deputy minister, however, on Monday admitted that the government had issued the LOS to 1MDB for its loans. However, he insisted that it was not tantamount to a guarantee.

    In a legal opinion by Tommy Thomas, a prominent lawyer specialising in corporate litigation and insolvency, and commercial and public law, the key issue in its interpretation is whether the parties intended the LOS to have legal effect.

    In answering this issue, one has to inquire whether the government is undertaking legal obligations and, conversely, whether the beneficiaries of the LOS viz, the other three parties and all the creditors, possess legal rights. In other words, can these beneficiaries sue the government if the latter breaches the LOS?

    According to Thomas, the following statements in the LOS “plainly and obviously establish that the government is undertaking legal obligations”:

    (i) The letter “is given to provide necessary financial assistance to the issuer to provide capital to the JV Co.” – Recital.

    (ii) The government “undertakes to provide necessary financial assistance to the Issuer in respect of the Debt as follows:

    (a) …

    (b) … Malaysia shall then step-in to inject the necessary capital into the Issuer or make payments to ensure the Issuer’s obligations in respect of the Debt are fully met.” – Paragraph 3.

    (iii) “Malaysia hereby agrees, as independent obligations,

    (a) subject to Paragraph 3, to subscribe for further debt or equity in the Issuer or to lend to the Issuer such amount(s) so that, at any time when the Issuer has a shortfall of internal funding, the Issuer has immediately available funds sufficient to pay…

    (b) “… if the Issuer fails to pay any sum owed under the Debt on the date specified for such payment to pay such sum to the Trustee.” – Paragraph 4.

    (iv) “The aggregate amount payable by Malaysia in total… shall not exceed the Principal Funds and the sum of the Interest Funds”. – Paragraph 5.

    (v) “Malaysia hereby agrees that this Letter of Support is irrevocable” – Paragraph 6.

    These words are clear and without any ambiguity, according to Thomas, Malaysia has undertaken legal obligations to ensure that the debt is repaid, and, if it is not, Malaysia will pay the shortfall.

    Thomas also pointed out that what is most worrying is the irrevocable and unconditional consent by Malaysia “to the enforcement of any order or judgment made or in connection with any proceedings and the giving of any relief in the English Court and the Courts of any other jurisdiction” under Paragraph 9 (iii).

    He commented that by this concession, Malaysia has given up its rights, recognised in public international law for over a century, as an independent, sovereign country of not having its assets seized by a Court to satisfy a judgment of that Court. – The Edge Financial Daily, November 12, 2014.
    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/now-ahmad-maslan-says-govt-will-step-in-if-1mdb-defaults#sthash.qkwXUSxB.dpuf

  3. moo says:

    PKFZ letter of support lah jugak…

  4. WTF says:

    Hehehehe, Mooh selaku RBA sekarang sedang mengalami penyakit nak TAPAU habis2an duit DAP sebelum RBA ditutup!!!

    Tu pasal Mooh selalu cut & paste dan komen luar dari tajuk!!!

    Dana untuk RBA sudah mahu habis mah!!!

    Takper Mooh, sat lagi Lim Guan Eng akan keluar Letter of Support khas untuk Mooh dgn jaminan, Mooh tetap dibayar walaupun RBA akan ditutup. Tapi upahnya tinggal 10 sen satu post la!!!

    Hehehehehehehehe!!!!

  5. moo says:

    Kepada ahli UMNO, selamat bergelak ketawa semasa semakin ramai rakyat muak dgn UMNO.

    Dah la hilang 2/3..dan hilang popularity votes, masih buat lawak..he…

  6. moo says:

    Putrajaya’s meeting with the media over the 2013 Auditor-General (A-G) Report today saw several top public officers struggle to provide concrete answers on the financial discrepancies highlighted in the third series of the report.

    Laughter from confused journalists erupted in the hall in Angkasapuri when the Women, Family and Community Development Ministry explained that it had been driven by “kasih” (love) to bypass the official national database to select participants for the RM1.3 billion 1Azam poverty eradication programme.

    The report, which was released on Monday, found that the programme’s failure to select participants through the eKasih database had resulted in the non-participation of the poor and hard-core poor.

    “We admit that there were participants who did not join the programme though the eKasih system,” said Datuk Sabariah Hassan, the secretary-general for the ministry.

    “But at the same time, through that programme, we ‘kasihkan’ (poured our love) on them. In the Women’s Ministry, there are 55 assistants who are from the hard-core poor, so we chose them ourselves and we ‘kasihkan’ them in this programme.”

    Sabariah’s reply prompted one reporter to ask if the participants had not been “loved” enough by the ministry, given that less than half were able to add RM300 to their monthly household income.

    “We have provided them with training, help in terms of materials, support… but they have to make an effort themselves. If they don’t make any effort, they won’t achieve any results,” said Sabariah.

    The report said that only 49.82% of 265 participants interviewed said they were able to increase their household income by RM300, which was the ministry’s target.

    The programme is jointly implemented by the Women, Family and Community Development Ministry, the Agriculture and Agro-Based Industry Ministry, Sabah’s Agriculture and Food Industry Ministry and Sarawak’s Welfare, Women and Family Development Ministry.

    The secretary-general of the Agriculture Ministry, Datuk Mohd Arif Ab Rahman, said there was “nothing we can do” about participants who failed to take advantage of the aid given to them by the government.

    “We give these people chickens to rear, yet they sell all of them off and the money is gone. When we check up on them, only the chicken coop is left, here is really nothing we can do,” he said.

    Arif also refused to answer a question from the media on the controversial National Feedlot Corporation (NFCorp) scandal, saying that he believed the case was closed.

    “I think that the NFC case has closed. We have returned all of the NFC’s land to the state government. I think this question is irrelevant to the session.”

    As of September this year, NFCorp repaid only RM34.98 million of its RM250 million loan for the cattle-rearing project. Repayments for this year have yet to start, prompting Putrajaya to take legal action against the company.

    Meanwhile, Datuk Seri Khalid Shariff, the secretary-general of the Foreign Affairs Ministry, told the media that his staff could not yet do anything about the 121,664 traffic summonses issued to foreign vehicles that were unsettled, as reported in the report.

    He said they could only wait for the RM30 million Automated Number Plate Recognition to be implemented, although he did not reveal when this would happen.

    The report had found that RM7.63 million of traffic summons was left unpaid, and Singaporeans topped the total number of summonses with 84,604, followed by Brunei with 25,803.

    When grilled on the nearly RM12 million in pensions paid to deceased retired military personnel, Defence Ministry Secretary-General Datuk Seri Dr Ismail Ahmad vowed that his staff “would improve”.

    This pledge was repeated by senior officials from the Education Ministry, the Tourism and Culture Ministry, and the Department of Islamic Development Malaysia when discrepancies in their respective ministries were brought up in the townhall session.

    However, Chief Secretary to the government Tan Sri Ali Hamsa urged the media to highlight “positive” reports in the A-G report rather than focusing only on the millions of public funds lost each year.

    He said the number of errant civil servants were “smaller than the tip of the iceberg”.

    “We are the only country that presents the A-G report, and then have a town-hall meeting. We are very open.” – November 12, 2014.
    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/grilled-by-media-officials-struggle-to-answer-leakage-in-auditors-report#sthash.rguR8UGF.dpuf

  7. Iken says:

    Tiada isu untuk pinjam 5.8 billion kerana syarikat mempunyai aset cover 9 x ganda (ie 51 billion). Yang menjadi isunya bagaimana dana 5.8 billion itu akan dibelanja?…adakan sesuatu projek itu berdayamaju dan hasil jualan (revenue) dapat bayar balik interest, principal, perbelanjaan operasi & menjana keuntungan?…dan pada masa yg sama memenuhi social obligation?…..Cuma aku tak faham kenapa kerajaan benarkan pinjaman dalam matawang asing (USD3 bil = RM9 bil)….bukankah pinjaman tersebut terdedah kepada turun-naik pertukaran wang? bagaimana kalau RM diserang lagi (ingat tragedi 1997)dan naik sehingga US1 = RM5….bukankah pinjaman akan menjadi RM15 bil?…adakah syarikat ini mempunyai “natural hedging” spt Petronas dimana nilai jualannya didalam USD?…..fikir2 lah….belajar dari sejarah…..

  8. WTF says:

    Mooh, pernah ker DAP, PKR mahupun PAS pernah dapat dua per tiga majoriti dalam Parlimen Malaysia???

    Parti mana yg dapat popularity vote dalam PRU13 Mooh??? Setahu aku, Pakatan Rakyat tak pernah berdaftar!!! Mana boleh campur undi pada DAP, PKR dan PAS dan satukan sekali sbg hasil undi kepada parti Pakatan Rakyat yg tak pernah berdaftar!!! Mana boleh samakan Pakatan Rakyat dgn Barisan Nasional!!!

    Apa2 pun, ada baiknya Mooh sound pada Lim Guan Eng tu, dia pun tak dapat undi popular dalam pemilihan CEC tapi masih dapat pegang jawatan yang paling penting dalam DAP, iaitu Setiausaha Agung DAP!!!

    Malah dah ada ahli DAP yg telah mula mencadangkan supaya jawatan KM Pulau Pinang dihadkan kepada hanya dua (2) penggal sahaja!!!

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/11/11/dap-cadang-jawatan-km-dihad-setiap-dua-penggal/

    DAP pun nak hancur jugak, sama macam PAS dan PKR!!!

    Hehehehehehe!!!! Hang ingat aku MELAWAK ka Mooh???

  9. system baru says:

    Apa rancangan dap untuk bagi 29 kampung warisan yg di halau ia. Progaram 1azam berjaya kurang golongan miskin tegar ia moo kau ada baca data progaram 1azam ia. Apa rancangan pr bagi kurangkan kemiskinana dinegeri2 miskin dalam pr ia. Kalau setakat babit kan nfcop pada progam 1azam Itu bodoh moo, macam ini syarikat makan sendiri dengan ngo tolong orang, sama ke? kalau kau kata sama bodoh ia

  10. Pak Tho says:

    Moo. Lain kali kau translate dulu bahan cut & paste kau tu dulu. Baru orang faham. Kami ni mana lh faham bahasa inggeris ni. Buat keja sikit bro. Baru sampai apa yg mahu disampaikan.

  11. reds says:

    mooh meroyan pasal bang non nak masuk jel….haha…konon2 sebar fitnah billion2 tanpa bukti kukuh orang bleh percaya…..piirah…

  12. Adam Abdullah says:

    Ada banyak lapuran dalam media masa dan media social tentang 1MDB. Antaranya ialah seperti di bawah ini. Di Kementerian Kewangan dan JPM ada ramai “economic advisers” kita semua mahukan yang terbaik untuk Negara Malaysia dan masa hadapan rakyat Malaysia.

    http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/11/08/1MDB-accounts-reveal-TRX-money-trail-Almost-50-of-the-RM9bil-raised-for-project-used-as-working-capi/?style=biz

    http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/11/07/Daim-1MDB-should-not-keep-funds-overseas-The-board-must-explain-why-money-needs-to-be-put-in-Cayman/?style=biz

    http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/11/11/Expensive-foray-Latest-annual-report-details-1MDBs-terms-with-IPIC-and-Usaha-Tegas-for-purchase-of-p/?style=biz

    http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/04/24/1MDB-clarifies-state-of-accounts/?style=biz

    http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/10/04/Aabar-likely-to-leverage-on-1MDB-Energy/?style=biz

  13. TUBIR says:

    Ahmad mazlan tak payahlah jadi tukang cuci tahi orang lain….orang lain berak tengah jalan kau nak tolong cuci ke?

  14. Adam Abdullah says:

    Orang Melayu dalam UMNO, PAS, PKR, DAP dan orang bukan Melayu dalam BN dan PR dan DUNIA antarabangsa sedang memerhatikan bagaimana Kerajaan Persekutuan, Kerajaan BN yang didominasi oleh pemimpin Melayu bagai bijak, bersih, cekap dan amanahnya mereka mentadbir kewangan, ekonomi dan urusan Kerajaan Persekutuan.

    UMNO semua perlulah mengkaji diri sendiri secara individu dan secara parti kemajuan masing-masing dalam memimpin UMNO/BN di peringkat Cawangan, Bahagian, Negeri, Pusat dan sebagai pemimpin Kerajaan.

    Generasi X dan Y dari 60% KAUM mELAYU sedang memerhati DAN mengkaji. Generasi pula sedang belajar dan mencontohi.

    Sekarang ini murid Tahun 1 pun sudah pandai gunakan Smart Phone. Murid Tahun 6 sudah ada Facebook dan Whatsup.

    Kita kena ingat 50% daripada rakyat Malaysia sekarang adalam dari gwnerasi Y.

    UMNO perlu mengkaji mengapa sokongan kepada UMNO/BN di Selangor dan Johor dll Negeri menurun semasa PRU May 2013? Bagaimana dan apakah tindakan UMNO/BN yntuk mendapatkan balik kepercayaan dan keyakinan rakyat/pengundi terhadap UMNO/BN menjelang PRU 2017 atau 2018.

Leave a Reply

Threesome