Menu Utama

Ahli UMNO Jangan Terperangkap Dengan Maksud ‘Peremajaan’ Parti

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Pengerusi Perhubungan UMNO Melak,a Datuk Seri Idris Haron, yang juga Ketua Menteri berkata, semua ahli UMNO harus ada satu definasi menyeluruh terhadap perkataan ‘peremajaan’ parti UMNO.

Jelas beliau, jika maksud perkataan tersebut difahami atas sifat usia maka individu tersebut berada dalam ruang lingkup yang sangat kecil.

“Janganlah kita hadkan pemikiran kita kepada ruang lingkup sebegini. Kita kena faham bahawa maksud peremajaan itu bukan hanya tertakluk kepada usia tetapi lebih kepada pendekatan gaya, skil, kemahiran, kumpulan-kumpulan individu dan nilai-nilai untuk dikongsi bersama.

“Inilah sebenarnya semangat sebenar peremajaan parti. Kalau katakan UMNO dipimpin oleh orang muda sekalipun, tetapi nilai-nilainya masih tidak dikongsi, perlu diingat bahawa gagasan UMNO meletakkan Islam sebagai yang paling tinggi tidak akan tercapai,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan tertutup bersama ahli Kelab UMNO Luar Negara (KULN) bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2014.

Tambah beliau, kepimpinam muda yang berpendapat dan mahu meremajakan UMNO tetapi membawa nilai-nilai yang tidak bertepatan dengan semangat pertubuhan UMNO dahulu maka UMNO tidak akan jadi relevan.

“Memang kita galakkan orang muda menyertai UMNO tetapi perlu ditanamkan di dalam diri mereka bahawa nilai perjuangan datuk nenek moyang itu serta idealisme perjuangan harus dikekalkan maka barulah kita dapat satu parti yang seimbang dan akan dapat mengantisipasikan apakah kehendak, keperluan dan harapan masyarakat di masa akan datang.

“Kepada para mahasiswa luar negara juga, mereka harus tanamkan dalam diri, apabila mereka menyertai kelab UMNO maka mereka tidak boleh menjadi ‘penumpang’. Walaupun tanggungjawab ini bukanlah satu kemestian tetapi ia harus ada dalam pemikiran.

“Bila mereka melangkah untuk menyertai KULN maka sudah pasti gaya pemikiran itu adalah bagaimana untuk mereka melakukan yang terbaik bagi menyumbang kepada parti,” ujarnya.

Jelas beliau lagi sekiranya mahasiswa menanamkan niat yang sebegini dan sentiasa berfikir mahu melakukan perubahan yang baik kepada parti maka jelasnya, tidak mustahil parti UMNO akan menjadi sebuah parti yang terbaik dan relevan sampai bila-bila.

“Satu perkara yang harus diingat oleh golongan muda adalah mereka ini bukan sahaja akan mewarisi parti keramat UMNO, tetapi memegang parti ini sebagai amanah kepada mereka untuk dilepaskan pula pada generasi seterusnya,” tambah Idris. – MediaUMNO

UMNO-ONLINE






5 Komen to Ahli UMNO Jangan Terperangkap Dengan Maksud ‘Peremajaan’ Parti

  1. […] “Janganlah kita hadkan pemikiran kita kepada ruang lingkup sebegini. Kita kena faham bahawa maksud peremajaan itu bukan hanya tertakluk kepada usia tetapi lebih kepada pendekatan gaya, …read more […]

  2. raplahjingaa says:

    Idris Harun ni aku respect…ada potential.

  3. bujuk says:

    Idris Harun ni aku respect…ada potential, Tak banyak skandal dan tegas. Tapi orang camni dalam umno susah pi jauh. Kita tengoklah nanti.. antara yg lain Mustapha Muhammad, dah berpuluh tahun jadi menteri tapi tak dapat jadi Nab Presiden pun. Nak banding naib presiden yg ada, dia lebih baik pada aku. Dlm. MT pun tak berapa popular.

  4. Jambol says:

    Khairy dan “jentera-jentera pemudanyanya” telah memulakan gerakan bagi mengambil alih UMNO dalam masa hadapan ini.
    Menurut ramalai Nujum Pak Belalang, jika sekiranya Muhyidin berundur kelak, Najib akan melantik Hishamudin sebagai TPM kerana Hishamudin masih mengepit kerisnya di celah kelengkangnya. Apabila Hishamudin jadi PM (kemungkinan besar di masa itu, UMNO dah jadi pembangkang) sudah tentulah Khairy akan jadi TPM kalau UMNO masih berkuasa. Tercapailah cita-cita Khairy untuk menjadi PM termuda kelak (kalau UMNO masih berkuasa).

Leave a Reply