Menu Utama

Adakah Lagi Orang Pakatan Yang Nak Contohi Jokowi?

IMG-20141119-WA0011

SELEPAS Presiden baru Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) membuat keputusan menaikkan harga minyak kelmarin, penulis menanti-nanti kalau ada pemimpin pembangkang di negara kita ini yang nak buka mulut menyokong atau membantah keputusan tersebut – tapi tak nampak pulak.

Maklum sajalah, ketika pemilihan Presiden Indonesia yang lepas, ramai juga dikalangan mereka ini yang menjadikan Jokowi sebagai contoh, termasuk memakai baju corak kotak-kotak – trend yang dimulakan Jokowi bagi menunjukkan dirinya memahami masalah rakyat miskin Indonesia.

Akibat tekanan hidup, ramai di kalangan golongan miskin Indonesia menjadikan kain pelekat sebagai baju, itu yang corak kotak-kotak ini bermula sebelum digunakan Jokowi dan kemudian menjadi trend di seluruh Indonesia.

Jadi selepas Jokowi menaikkan harga minyak ini, apa komen pemimpin Pakatan? Walaupun Jokowi di Indonesia dan kita di Malaysia, perkara ini layak ditanyakan kepada Pakatan kerana dulu depa juga yang selalu banding-bandingkan Jokowi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kononnya Jokowi berjiwa rakyat tapi Najib tidak, Jokowi bersederhana tapi Najib bermewah-mewah dan sebagainya.

Sekarang bila Jokowi buat keputusan yang tidak jauh beza dengan keputusan yang dibuat Najib bulan lepas, naik harga minyak untuk kurangkan beban subsidi yang perlu ditanggung kerajaan, kenapa tidak ada pemimpin Pakatan yang nak puji Jokowi?

Pujilah, apasal diam?

Membuktikan disini bahawa menjadi pemimpin yang berjiwa rakyat tidak semestinya beri segala yang murah dan percuma kepada rakyat – pemahaman yang dipakai pemimpin Pakatan disini. Memastikan kewangan negara berada dalam kedudukan baik dengan mengurangan perbelanjaan subsidi pun adalah satu keputusan berjiwa rakyat juga.

Jokowi sebenarnya bukan berbeza dengan Najib, Jokowi sebenarnya hampir sama dengan Najib, cuma Najib lebih baik kerana minyak RON95 pada harga RM 2.30 disini adalah lebih murah dari minyak jenis sama di Indonesia? Minyak paling murah di Indonesiea sekarang yang naik hari tu adalah minyak RON88 – kualiti lebih rendah.

Ada pembangkang sedar ke tu?






16 Komen to Adakah Lagi Orang Pakatan Yang Nak Contohi Jokowi?

  1. […] Akibat tekanan hidup, ramai di kalangan golongan miskin Indonesia menjadikan kain pelekat sebagai baju, itu yang corak kotak-kotak ini bermula sebelum digunakan Jokowi dan kemudian menjadi trend di seluruh …read more […]

  2. semangat dato' haron says:

    Apa komen MB Abang Baby AA?

  3. Reds says:

    Huhu…minyak ron88…tarak standard langsung.. Mahal plak tu.

  4. mzma says:

    Kepada Admin, Jangan Suka Sangat…Tahukah Amin apa itu “SUBSIDI” & “CUKAI”..

    Sejak bila pulak “DIKECUALIKAN CUKAI” dikategorikan sebagai “SUBSIDI”.. Tahukah admin, tidak pernah dalam sejarah Malaysia dari Era Tunku sampai Era Tun Abdullah mengatakan “DIKECUALIKAN CUKAI” adalah “Subsidi Kerajaan”…

    Contohnya untuk admin fikir2kan.. Smartphone, Komputer, Kereta Hybrid (2013) & etc juga dikecualikan cukai.. Apakah itu juga subsidi kerajaan? Tentulah tidak, malah kerajaan sendiri pun tidak pernah mengatakan ianya salah satu subsidi kerajaan …

    Bebalik kepada RON95, sejak bila plak Kerajaan memaparkan “HARGA SEBENAR TERMASUK TERMASUK CUKAI JUALAN PETROLEUM – RM2.43” seperti hari ini disetiap petrol station.. Cuba ingat betul2, tidak pernahkan walaupun di Era Tun Abdullah jauh sekali dalam Era Tun M… Seperti mana yang kita semua tahu RON97 harga jualan mengikut pasaran & tiada subsidi, ia juga “DIKECUALIKAN CUKAI JUALAN PETROLEUM”.

    Tahukah Admin bilakah semua “DRAMA HARGA RON95” ini bermula?..
    Ianya hanya bermula selepas Kerajaan menaikan harga jualan sebanyak Rm0.20 kepada Rm2.30 dan pada masa sama harga minyak mentah jatuh dipasaran dunia… Kenapa kerajaan mengambil tindakan seperti itu? Ianya adalah untuk mengelirukan rakyat malaysia khasnya… Ambil kira seperti kata Ahmad Mazlan, cukai petroluem adalah RM0.58… RM2.43 – RM0.58 = RM1.85.. Ini adalah harga RON95 yang sebenar tanpa 1 sen pun “SUBSIDI”..

    Acap kali kita mendengar orang ramai termasuk kerajaan sendiri sering berkata RON97 tiada subsidi bila harganya diturun/naik kan, persoalan nya disini adalah, “Dikecualikan Cukai pada RON97” tidak dikatakan satu subsidi tetapi “Cukai dikenakan pada RON95” dikatakan Subsidi… Pelik amat Pelik..

    Sebenarnya harga RON95 Rm2.30 tiada 1 sen pun subsidi, hanya ada cukai sebanyak RM0.45 sen seliter… DAN PERLU DIINGAT AHMAD MAZLAN JUGA BERKATA AKAN MEMPERKENALKAN CUKAI TERHADAP RON95 PADA AWAL BULAN INI DAN INI ADALAH JELAS BAHAWASANYA ‘DIKECUALIKAN CUKAI’ BUKANLAH SUBSIDI…

    Subsidi adalah pembelanjaan yg ditanggung oleh kerajaan untuk mengurangkan harga dipasaran, dimana ada penerimanya iaitu “Pengeluar Petroleum”… Cukai adalah pendapatan kepada kerajaan..

  5. jentayu says:

    mzma,
    kamu kena paham system automatic pricing mechanism yang digunapakai utk tentukan harga minyak. dalam system ini, kerajaan boleh tetapkan sama ada utk bagi subsidi atau cukai bagi seliter minyak. kedua2nya dicapkan pada 0.58 sen seliter. jadi bila kerajaan dah buat keputusan utk tetapkan elemen subsidi dlm mekanisme ni, secara tak langsung takdelah cukai utk minyak yang dikutip. itu isunya bila kerajaan tarik sikit subsidi supaya paras subsidi seliter tak melebihi siling 0.58 sen seliter. sbb sebelum ni ada yg cecah smp rm 1.00 subsidi seliter dan tentulah mengancam kantong wang Negara. pemahaman kamu ni yg salah, bukan minyak sedia ada yg kita isi ni dikenakan cukai. sebab kalau kerajaan nak kenakan cukai maka harga sebenarnya boleh mencecah rm 3.16(2.58 + 0.58 cukai) seliter. cukai sekiranya ada akan ditanggung oleh pengguna tu sendiri. paham dak?

  6. mzma says:

    jentayu,
    Haa haa… Lawak-lawak boleh lerr join our SPIN MINISTER……

    “pemahaman kamu ni yg salah, bukan minyak sedia ada yg kita isi ni dikenakan cukai. sebab kalau kerajaan nak kenakan cukai maka harga sebenarnya boleh mencecah rm 3.16(2.58 + 0.58 cukai) seliter. cukai sekiranya ada akan ditanggung oleh pengguna tu sendiri. paham dak?”

    1) Mana datangnya RM2.58 nie… Fakta datang dari planet mana lerrr agaknya…
    2) Sejak bila lerrr Kerajaan mengguna pakai Had subsidi mengikut kadar “Cukai Jualan Petroleum” nie agaknya..
    3) Sejak bila lerrr Kerajaan hanya memilih salah satu antara “Dikecualikan Cukai” & Subsidi” nie agaknya yerrr malah tidak dibentang & dibahaskan di sidang Parlimen pun, malah tiada dalam budget negara pun…

    Untuk 2 & 3
    1) Sejak tahun lepas2 ker? atau
    2) Selepas naik Rm0.20 + harga mentah dunia jatuh?

    Kalau sebab ke2, itu namanya SPIN…

  7. mzma says:

    jentayu…
    Perlu di ingat, dalam budget yang dibentangkan baru2 ini.. selepas perlaksanaan GST, Petrol tidak akan dikenakan GST… Jadi fikir2kanlah… kalau nak join & duduk semeja ngan our SPIN MINISTER boleh gak.. tidak ada sesiapa pon menghalang..

  8. jentayu says:

    mzma,
    sebab tu la kena rajin2 tgk harga SEBENAR kat pam minyak. harga sebenar pam minyak kan skrg 2.58. kita bayar 2.30. tolak harga sebenar dgn harga yg ko bayar dapatlah 0.28 sen subsidi yang kerajaan tanggung seliter. walau bagaimanapun dalam system sekarang boleh je kerajaan nak upkan lagi subsidi maksimum per liter 0.58 sen menjadikan harga yg kita bayar rm2.00 (rm2.58 – rm 0.58 subsidi minyak). tp tu citer lain. takde kena mengena dgn gst pun. sebab gst kira atas percentage, bukan siling cukai. dkt pam minyak pun ko da malas nak membaca so apatah lagi benda2 kompleks mcm automatic pricing mechanism. I rest my case.

  9. raplahjingaa says:

    Subsidi, fund kerajaan yang dibayar untuk turunkan harga, kalau fund tu tak di bayar harga minyak akan naik dan excees fund boleh digunakan untuk pembangunan.

    Tax, fund yang didapati dari penjualan comoditi, ravenue dari tax tu, masuk kedalam poket Najib ke ?? tidak ianya digunakan untuk pembangunan.

    Hangpa jangan jadi macam orang yahudi kat United Nation, bertelagah dengan dunia cuma disebabkan ” terms ” yang digunakan dalam perjanjian.

    hehehehe….kekadang orang mengelar diri depa experts dalam ” field ” yang depa cipta sendiri…hangpa faham tak ??

  10. mzma says:

    jentayu
    Haa haa… RM2.58 tu bilanya.. kalo tak silap bulan Septembernya.. Nie dah bulan November 2014.. lain kali guna fakta terbaru jangan guna fakta lapuk…

    La nie RM2.43 termasuk cukai seperti Ahmad Mazlannya statement… Nie lerr orang tua pernah kata: Bodoh susah diajar, Bangang tak boleh ditegur…

    http://paultan.org/2014/11/17/ron-95-price-reduced-says-ahmad-maslan/

  11. mzma says:

    jentayu,
    lagi satu pernah ke kerajaan memaparkan harga sebenar termasuk cukai sebelum ini? Tak pernahkan… awak punya statement RM2.58 pun membuktikan tidak pernah… Apa pulak awak nak SPIN cam Ahmad Mazlan lepas ini…

  12. jentayu says:

    Mzma,
    oklah aku terima silapnya. Harga sebenar mmg berubah ikut bulan. Tp bab cukai mmg xde. Serentak dgn tu subsidi pun boleh berkurang ata u bertambah ikut harga sebenar sbb kjaan bayar ikut perbezaan harga. Kalau bulan dpn boleh jgk naik atau turun harga sebenar dia. Pokoknya harga dicap pd 2.30. Ko pun bukan pandai sgt main taram je kata termasuk cukai.

  13. mzma says:

    jentayu,
    Ya Allah.. dah terang2 gambor dari PETRON Petrol Station menunjukan termasuk cukai seperti Ahmad Mazlannya statement.. masih nak menafikan & kata saya pulak main hentam kromo aje… Ikut awak lerrr…

  14. WTF says:

    Aku lihat pada link yg diberi oleh saudara mzma, memang benar selama ni tak pernah lagi tertulis “Harga sebenar termasuk cukai”, sebaliknya apa yg selalu tertera ialah “Harga sebenar” sepertimana tertera di bawah:

    http://paultan.org/2014/10/01/ron-95-diesel-20-sen-october/

    Link saya diambil pada website yg sama dgn saudara mzma ketika harga Ron95 dan diesel untuk pasaran domestic pada bulan September 2014.

    There is something wrong here, sebab setahu aku memang tiada cukai dikenakan terhadap RON95, RON97 dan Diesel!!!

  15. WTF says:

    Kenyataan akhbar terbaru dibuat oleh KPDNK boleh mencerahkan keadaan!!!

    “Sebagai contoh daripada 1 hingga 19 November 2014, purata harga RON95 di bawah APM menurun kepada RM2.27 seliter yang mana lebih rendah daripada harga runcit RM2.30 seliter. Dalam hal ini, Kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 31 November 2014 dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember. Jika trend ini berlarutan, adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula APM.”

    http://www.mykmu.net/2014/11/harga-ron95-diesel-diapung-terkawal-mulai-1-dis/

    Rasanya Kerajaan Malaysia dah tahu harga sebenar untuk RON 95, RON 97 dan Diesel dah pun kurang sejak 1 November 2014 yg lalu, tapi rasanya kerajaan Malaysia is playing waiting game and monitor sebelum buat keputusan nak hapuskan subsidi (yang nampaknya makin berkurangan) dalam RON 95 dan Diesel!!!

  16. WTF says:

    Tadi saya isi minyak kat stesen minyak PETRONAS, ada tulis di situ “Harga sebenar” bukan “Harga sebenar termasuk cukai”

    Nanti kalau ada kesempatan, saya check pula stesem minyak PETRON.

Leave a Reply