Menu Utama

3 pendekatan utama UMNO, BN

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan tiga pendekatan utama untuk memperkasakan parti dalam usaha memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan terus memerintah negara ini.

Beliau berkata, tiga pendekatan itu ialah mengutamakan ahli yang mampu melahirkan idea yang unggul, mereka yang berjaya dalam menguasai komunikasi selain perlu membuka UMNO secara inklusif serta tidak tertutup kepada bakat baharu.

Menurutnya, golongan muda yang mempunyai bakat perlu di-didik, diberi laluan serta peluang kepada dan tidak dicantas, dihalang atau disepak sehingga menyebabkan mereka tidak mahu mendekati UMNO.

“Dalam keadaan dunia yang sudah berubah, apa yang penting jika (seseorang) ada idea, dia yang akan menang, mereka yang ada komunikasi akan lebih berjaya.

“Namun, jika ada idea tetapi komunikasi lemah dan tiada engagement (interaksi), tidak mungkin boleh berjaya. Sebab itu, UMNO perlu dibuka secara inklusif dengan memberi peluang kepada golongan muda.

“Kita boleh panjat tangga kondominium yang eksklusif tapi kalau kita sendiri perangai tidak berubah, adakah orang muda nak masuk UMNO,” katanya semasa merasmikan Konvensyen UMNO Johor 2014 di Hotel Berjaya Waterfront, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Perdana Menteri berkata, apa gunanya seseorang pemimpin itu memenangi jawatan ketua UMNO bahagian sedangkan kerusi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasannya kalah dalam pilihan raya.

“Saya tahu ada ketua bahagian hanya jaga 70 peratus pemimpin dan ahli dalam bahagiannya untuk menang, yang selebihnya tidak dijaga,” katanya sambil meminta pemimpin UMNO di semua bahagian melakukan perubahan.

Sehubungan itu, Najib berkata, perubahan dalam UMNO perlu bermula daripada kepemimpinan ter-tinggi parti (core group) kerana pada asasnya kepemimpinan dan ahli UMNO merupakan cerminan parti, sekali gus jika kumpulan itu dise-nangi maka ia mampu meningkatkan keyakinan kepada parti.

“Justeru, kita perlu ingat jangan hanya kaya dengan material sahaja tetapi miskin dari segi semangat, daya juang dan kasih kepada parti. Kita sedar bahawa isyarat sudah diberikan dan untuk itu kita mesti lakukan reality check,” tegasnya.

Bagi tujuan itu, katanya, UMNO Johor sudah pun melihat tentang perkara tersebut dan menerima realiti berkenaan menerusi proses muhasabah diri dan menerimanya sebagai satu isyarat dalam usaha menghadapi cabaran akan datang.

Najib berkata, untuk kelangsungan UMNO memerlukan pertambahan dalam jumlah kerusi yang dimenangi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Utusan.






9 Komen to 3 pendekatan utama UMNO, BN

  1. […] “Dalam keadaan dunia yang sudah berubah, apa yang penting jika (seseorang) ada idea, dia yang akan …read more […]

  2. Mek esah says:

    Perkasakan berbagai cukai ke atas rakyat baru ekonomi kuat….gula2 kan dgn brim…habis cerita…hehe

  3. passudahgila says:

    apa kau merepek ni mek.. semalam laki kau tak kasi ke..

  4. tony gunawan says:

    bungkuslah!

  5. raplahjingaa says:

    Bungkus apa tu gayboy ?? teh ais ke ?? hehehehe, udah-udah la tu, dah kalah, kalah lah !!

  6. moo says:

    Najib buat lawak lg. Kali ni dia suruh akar umbi pulak yg berubah. Dan cakap lg nak berubah.

    Apakata 80% pemimpin umno berubah..? Dah berapa kurun dah… Tgk anak beranak menteri semua dah gemuk. Tak payah keja.

    1MDB excessive loan tak nak discuss?

    Rating agency Fitch dah downgrade Malaysia, Ringgit dah devaluate.. Org umno dok ampu lg.. Nanti blame DSAI ….

  7. […] http://www.mykmu.net/2014/11/15/3-pendekatan-utama-umno-bn/ […]

  8. raplahjingaa says:

    Awat moo ? Hang dok meroyan panjang…..hang dah check ke pasal guan eng jual tanah bayan bay jauh lebih murah Dari harga pasaran ? Tak pun hang tolong cerita sat pasal penjualan tanah tropicana pada kroni DAP……or tanah dalam tasik yang di beli kerajaan PKR berharga ratusan juta.

    La ni nak senangkan sampah macam hang, apa kata kita cerita pasal sampah…. Apasal banyak Lori sampah kat Selangor dah macam Lori Jepun zaman perang dunia ke2 ? Hehehe

Leave a Reply

Threesome