Menu Utama

1MDB Diurus Secara Profesional – Tan Sri Lodin

1Malaysia Development Bhd (1MDB) memberi jaminan semua pelaburannya diurus secara berhemat dan profesional.

“Sesetengah pinjaman adalah dalam bentuk jangka panjang tapi kami percaya komitmen kewangan ini dapat dipenuhi.

“Kami juga dalam proses menambahkan dan mencairkan nilai aset yang kami ambil alih,” kata Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Bagi menjawab salah tafsiran terhadap keupayaan 1MDB membayar balik pinjamannya, beliau berkata kumpulan itu sedang meneliti untuk menstrukturkan semula pinjamannya bagi menangani ketidaksesuaian projek pelaburan jangka panjang dan pinjaman jangka pendek.

Beliau berkata projek Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia serta pelaburan dalam sektor tenaga berbentuk jangka panjang dengan tempoh matang mengambil masa yang lama.

Kumpulan itu mencatatkan kerugian RM665.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 terutama disebabkan oleh kos kewangan yang besar berjumlah RM2.4 bilion berbanding RM1.6 bilion pada tahun kewangan terdahulu.

“1MDB menggabungkan aset Jimah Energy bagi tahun kewangan 2014, mengembangkan secara positif operasi hartanahnya menyebabkan peningkatan perbelanjaan operasi dan kos pembiayaan,” kata Lodin.

Nilai asas aset kumpulan meningkat kepada RM51.4 bilion berbanding RM44.6 bilion pada tahun kewangan 2013 dengan pinjaman bertambah daripada RM36.2 bilion kepada RM41.9 bilion.

Pendapatan keseluruhan naik 50 peratus daripada RM2.6 bilion kepada RM4.3 bilion tahun ini mencerminkan kualiti portfolio aset yang sedang dibangunkan dan keutuhan penjanaan pendapatan.

Lodin menegaskan pelaburan yang disimpan di Pulau Cayman sah dari segi undang-undang menerusi subsidiarinya Brazen Sky Ltd atas tujuan cukai dan pelunasan hutang dolar AS.

“Pulau Cayman dianggap sebagai pulau lindungan cukai. Kami dimaklumkan adalah sesuai untuk kami mempunyai syarikat yang didaftarkan di Pulau Cayman dan bagi kami meletakkan dana dalam syarikat ini.

“Ini hanya proses sementara kerana anda perlu ingat dana ini pada asalnya dilabur dalam usaha sama dengan pihak lain,” katanya.

Beliau berkata setakat 31 Mac 2014, aset dan liabiliti 1MDB masing-masing berjumlah RM51.4 bilion dan RM48.9 bilion.

Setakat ini 60 peratus atau kira-kira RM4 bilion daripada dana sudah dicairkan bagi pelunasan pelbagai komitmen kewangan 1MDB dan syarikat di landasan untuk mencairkan baki 40 peratus lagi menjelang akhir tahun.

– Bernama






16 Komen to 1MDB Diurus Secara Profesional – Tan Sri Lodin

  1. […] Beliau berkata projek Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia serta pelaburan dalam sektor tenaga berbentuk …read more […]

  2. oic says:

    Sorry..i don’t believe it

  3. moo says:

    La…. Yg BG jaminan pengerusi dia sendiri. Tentu2 sekali dia puji company dia. Org umno yg bahlul wall tolol pun percaya.

    1MDB ni wang kerajaan, bukan duit mak bapak dia. Kalau company ni , company dia punya, kita org pun tak kisah.

    Nampak sgt moderator Mykmu.net ni bodo..

    Aku setuju dgn pendapat Tun M dan Tun Daim on this issue.

  4. WTF says:

    Moooooh, hang setuju tang mana dgn Mahathir dan Daim!!!!

    Bukan apa, hang ni bab membaca berita dari The Edge tak pandai!!!

    http://www.mykmu.net/2014/11/skandal-pampasan-mbi-kenapa-tak-minta-sprm-masuk/

    Hehehehehehe

  5. moo says:

    Kepada ystem Baru

    apa kah bodo tahap hang

    1MDB kalau rugi, kerajaan yg tanggung, dgn kata lain rakyat yg kena tanggung..contohnya kenaikan kadar cukai, cukai2 baru spt GST.

    Kes TNB ni , nampak sgt hang tak paham dgn kaitan dgn IPP (Inedependet Power Producer)

    1MDB Beli tanah kat Penang katanya nak buat rumah mampu milik untuk PRIMA. Bila dah beli dia kata nak buat rumah High End, tu yg LGE tak nak kasi approval.

    aku hairan, mana lah sumber pembacaan hang.

  6. moo says:

    WTF.

    Aku setuju dgn Tun M dan Daim on excessive debt by Malaysian government has putting risk upon all Malaysian and the country.

  7. WTF says:

    Excessive debt by Malaysian government ka atau excessive debt incurred by 1MDB yg diperkatakan oleh Mahathir dan Daim???

    Dua perkara tu adalah BERLAINAN Moooooooh, hang memang tak tahu baca ka???

    “aku hairan, mana lah sumber pembacaan hang.”

  8. WTF says:

    Mooooooh, hang salah post ni….saudara system baru takder komen dalam article ni di article lain!!!

    http://www.mykmu.net/2014/11/pau-2014-hadapi-realiti-politik-perjuangkan-melayu-bukan-anti-kaum-lain/

    Moooooooooh….“aku hairan, mana lah sumber pembacaan hang.”

  9. moo says:

    .
    WTF..nampak sangat hang tak tau pertalian antara 1MDB dan Kerajaan Malaysia. Nasihat aku, tingkatkan jumlah dan mutu pembacaan. Cuba lagi next time.

    (No point argue dgn org bodo piang mcm ni..he…)

  10. moo says:

    Najib/BN/ UMNO sayang kat US dan Obama.

    Bukti???? DSAI tak boleh masuk UM, Obama is welcomed. Tahniah! Hidup Isle ala UMNO!

  11. WTF says:

    Hang baca tak apa yg Mahathir dan Daim kata???

    18. Mungkin seluruh rencana dalam The Edge adalah fitnah untuk memburuk Kerajaan dan Perdana Menteri. Tetapi jika tidak ada audit oleh pihak bebas dan penjelasan yang munasabah, saya khuatir orang ramai akan percaya cerita dongeng The Edge.

    http://chedet.cc/?p=1508

    Mahathir hanya kata, pihak 1MDB perlu tampil dan terangkan secara JELAS dan TERANG segala tohmahan dan cerita dongeng yg ada dalam The Edge.

    Jangan ada lagi penerangan yg TAK JELAS dan MENGELIRUKAN diberikan kepada rakyat Malaysia oleh mana2 Menteri!!!

    Lagi satu Mooh, ada tak Mahathir kata apa yang Mooh sampaikan di sini:

    “Aku setuju dgn Tun M dan Daim on excessive debt by Malaysian government has putting risk upon all Malaysian and the country.”

    Mahathir tak kata pun adanya excessive debt incurred by Malaysian government which shall put risk upon all Malaysian and the country!!!

    Ada ka Mahathir kata apa yg Moooooooooh claim???

    Mahathir hanya kata pihak 1MDB perlu tampil dan terangkan secara JELAS dan TERANG segala tohmahan dan cerita dongeng yg ada dalam The Edge.

    Malah 1st, 2nd and 3rd paragraph dalam article 1MDB dalam blog Chedet berbunyi begini:

    “1. Kebebasan adalah suatu petanda kedewasaan sesebuah negara. Kita dewasa. Dan kita beri banyak kebebasan termasuk kebebasan bersuratkhabar. Malangnya kadang-kadang kebebasan disalahguna. Ada akhbar di Malaysia yang sering menyalahgunakan kebebasan mereka.

    2. Kita tidak lagi boleh masukkan sesiapa dalam tahanan ISA. Oleh itu apabila sesuatu disalahguna, maka penjelasan perlu dibuat. Jika tidak kebebasan akan membawa mudarat terutama apabila yang ditegur ialah Kerajaan.

    3. Saya jarang membaca akhbar The Edge. Tetapi baru-baru ini saya terbaca rencana yang bertajuk “Tabiat 1MDB membayar lebih untuk memperolehi (hutang) duit.””

    Cuba lihat apa yg Mahathir cuba sampaikan Moooooooooooooooooh!!!!

    Mooh yg patutnya tingkatkan jumlah dan mutu pembacaan!!!

    Dan jangan lupa Mooh, Mahathir pun tak kata yg Mahathir percaya akhbar The Edge

    Bukan macam hang Mooooooooooooooooh yg TELAN BULAT2 berita dalam The Edge!!!

    Hehehehehehehehehe!!!!! SELAMAT MEMBACA MOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOH!!!!

  12. WTF says:

    Nak tahu perangai BODOH PIANG Mooooooooooooh ni, TETIBA dalam article ini Mooooooooooh bawak isu Obama boleh masuk UM tapi Anwar Ibrahim tak boleh masuk UM, kemudian kaitkan dgn slogan “Hidup Isle ala UMNO!”

    Hehehehehe, ingatkan Moooooh tengok video Ahmad Deedat, Zakir Naik dan Oxford Debate dah kira pandai BERDEBAT macam org dewasa!!!!!

    http://www.mykmu.net/2013/09/dialog-islam-kristian-kecoh-penganjur-dihalau/

    Rupa2nya Mooooooh “pandai” TENGOK jer, PEMAHAMAN Mooooh memang KURANG LA, taraf tu jer Mooooooh ni!!!!!

    Hehehehehehehe, jangan marah Moooooooh….nnt CEPAT TUA!!!!

  13. anakbochek says:

    Moo hanya pandai baca sahaja tapi pemahaman “zero”. Budak RBA bekas lulusan SJKC macam tu lah. Hahaha… Tun M sebut lain hang belit kot lain.

  14. Aurora Borealis says:

    hahahaahaha……terangkat Bro WTF…syok tengok ko bagi kat Moo tu sedebik sedebik…hah..amekaw…

  15. khairuldin ismail says:

    Saya ada peluang perniagaan yang dapat menjana pendapatan 1mdb .di harap dapat menhubungi saya kerana bagi memajukan bangsa.

  16. poyo says:

    wtf…najib pun x faham soalan tun m.ckp brrbelit2.aku rasa ko je lh yg explain pd tun m.

Leave a Reply

Threesome