Menu Utama

1MDB Belanja RM382.3 Juta Untuk CSR Sejak 2009

1Malaysia Development Bhd (1MDB) membelanjakan RM382.3 juta untuk program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui Yayasan 1MDB sejak ditubuhkan pada 2009.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata program CSR tersebut termasuk menaja 2,300 jemaah menunaikan ibadah haji melalui Program Khas Haji, membabitkan perbelanjaan RM28.2 juta.

Selain itu, katanya 1MDB juga terlibat dalam program Ihsan Samudera dengan pemberian bantuan kepada 55,574 nelayan melalui Persatuan Nelayan dalam bentuk bot, pukat, enjin bot dan jaket keselamatan berjumlah RM30 juta pada 2012.

“Bagi program Nadi Kasih iaitu membaiki dan membaik pulih rumah usang golongan miskin, 1MDB menaja sejumlah RM90.5 juta,” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen di sini, Khamis.

Program CSR lain yang dijalankan 1MDB ialah pemberian geran pendidikan kepada pelajar terpilih seperti Geran Akademik Jabatan Perkhidmatan Awam berjumlah RM60.6 juta, Dana PIBG bernilai RM20 juta dan Geran Akademik Jabatan Agama Islam Malaysia bernilai RM15.1 juta, katanya.

“Daripada mana kami (1MDB) mendapat semua dana-dana untuk menjalankan CSR ini? Tentunya daripada keuntungan yang dibuat oleh 1MDB.

“Ingin saya tegaskan, jangan melihat dari sudut negatif (kerugian) sahaja sedangkan lebih banyak keuntungan dan perkara positif untuk manfaat rakyat dibuat oleh syarikat ini,” katanya.

Ahmad yang juga anggota Parlimen Pontian turut menjelaskan syarikat milik kerajaan itu mencatat keuntungan sejak empat tahun lepas iaitu RM424 juta pada 2010, RM544 juta (2011), RM44 juta (2012) dan RM778 juta pada 2013.

Sejak ditubuhkan lima tahun lepas, 1MDB tidak pernah gagal melaksanakan 13 projek CSR untuk manfaat pelbagai lapisan masyarakat termasuk kumpulan pelajar dan orang Asli, katanya.

“1MDB antara syarikat yang banyak melaksanakan projek (CSR) untuk rakyat,” katanya.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014, 1MDB bagaimanapun melaporkan kerugian RM665 juta disebabkan kenaikan kos kewangan walaupun pendapatannya meningkat lebih 60 peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya.






6 Komen to 1MDB Belanja RM382.3 Juta Untuk CSR Sejak 2009

  1. moo says:

    Wah.. Teknik2 juak juak um no nak menghalalkan rasuah.

    Liability 1MDB now almost RM49 bil
    What is RM383 juta duit rakyat? 0.7% je. Itu until tempo berapa.lama? 4 tahun ka 1 tahun? Sapa jemaah hj yg 1mdb sponser? Tak ada pulak org kg aku yg aku dengar pi atas tajaan 1MDB..boleh percaya ka? Sapa nelayan yg 1 MDB taja? Tak payah lah nak percaya bulat 2. Rakyat dah bijak. Ini 2014, bukan 1970 an. We want prove.

    Kalau korang tengok structure 1MDB dalam The Edge minggu ni, saksikanlah semua CEO anak syarikat semua org cina. Inikah program yg lahir dari org yg mencanangkan Hidup Melayu? Plastic sgt…

    Dah pulak tu komisen ygt di bayar berjumlah lebih RM850 juta, 10 kali lebih besar dari biasa. Bila di tanya , Najib lari dan hantar menteri 2 cap ayam nya untuk jawab. Mesti ada something fishy kan….. Ada yg nak di sembunyikan…..

  2. Badrole Amin says:

    “Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata program CSR tersebut termasuk menaja 2,300 jemaah menunaikan ibadah haji melalui Program Khas Haji, membabitkan perbelanjaan RM28.2 juta.”

    kata-kata dibawah ini MP Shah Alam khalid samad aka penjilat pantat kapir laknat tony pua cuma dapat berkata dalam hatinya sahaja:

    “tu lah pasal siapa suruh taja tunaikan ibadah haji, kalau beri $28 juta kepada pakatan haram buat anjur Oktoberfest jadi lebih meriah tentu tony pua tak serang 1MDB”

    fasal rafizi dan moo pun serang 1MDB, 2 ekor muisbat ni pun sama dengan khalid samad iaitu suka jadi penjilat pantat kapir laknat

    hehehehehe

  3. moo says:

    Hebat hang boleh baca isi hati org,
    October fest tu di lancar oleh Menteri Tourism Nazri Aziz.
    Anyway program tu untuk bukan. Muslim. Hang bminat ka nak join asyik dok sebut October Fest tu…?

  4. Iken says:

    Good job 1MDB!!!…..i’m just wondering how much those top 10 billionaires in malaysia allocated yearly on social obligation….berapa banyak masjid dia org bina?…berapa banyak scholarship?….bantuan kpd mangsa banjir…, palestine??….klau setakat bagi free t-shirt @ KFC itu amat memalukan….

  5. mzma says:

    Ahmad Mazlan lagi… aduh tak ada orang lain ke.. Si Ahmad Mazlan kerja2 spin sini, spin sana lain tak ada… 1MDB mencatatkan kerugian RM668.55 juta pada kewangan 1/1/20013 – 31/3/2014… Yang Ahmad Mazlan dok canang satu Malaysia 1MDB biaya CSR RM382.3 juta dari tahun 2009 tu apa kejadahnya.. Kepada SPIN MINISTER Ahmad Mazlan, CSR dalam tahun 2009,2010,2011 & 2012 semuanya telah diambil kira & direkodkan dalam laporan kewangan tahunan masing2 yang mana pada tahun-tahun tersebut 1MDB tidak mencatatkan kerugian.. TIDAK PERLULAH NAK DIUNGKIT-UNGKITKAN… Lain tidak mesti tujuan Ahmad Mazlan mengungit perkara lepas semata-mata untuk memutar-belit fakta bahawa 57% dari kerugian RM668.55 juta 1MDB disebabkan atau datangnya dari program CSR.. Dari hari ke hari, kenyataan yang keluar dari Ahmad Mazlan nie semuanya tidak lebih/kurang macam “SAMPAH’..

    SPIN MASTER:-
    1) UMNO – Ahmad Mazlan & Mustapha Mohamed
    2) PKR – DSAI, Rafizi Ramli, Mak Lampir
    3) PAS – Mat Sabu, Mahfoz Omar, Salahuddin Ayub, Mustapha Ali
    4) DAP – LGE, Tony Pua, Teresa Cock

    Semua orang faham kedudukan 1MDB sebagai satu Syarikat Pelaburan.. Apa yang orang tak faham kenapa krisis kewangan 1997 tidak menjadi iktibar kepada pengurusan 1MDB.. TV3 ada siarkan 2 hari lepas, salah satu punya 1MDB rugi disebabkan kelemahan Ringgit berbanding Dollar.. Sama macam kes pengasas RHB Group TS Rashid Hussain pada 1997… Apakah 1MDB akan mengulangi kesilapan tersebut…

  6. TUBIR says:

    Zaman sekarang ni pegi haji gunakan wang rasuah pon ok ja.balik orang pangil haji juga…….

Leave a Reply

Threesome