Menu Utama

November, 2014

 

DAP Tamak, Dah Pegang Speaker DUN Minta Lagi Jawatan Timbalan Speaker

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dalam ucapannya di konvensyen parti itu hari ini tanpa berselindung mengakui DAP kini sedang memfokuskan usaha untuk melobi jawatan Timbalan Speaker tambahan. Kata Tony Pua, DAP mahu DUN Selangor mengikut jejak langkah Perak dan Sabah dengan mewujudkan dua Timbalan Speaker. Speaker DUN Selangor tika ini dikuasai DAP melalui wakilnya YB Hannah Yeoh manakala Timbalan Speaker dipegang ADUN PAS Bangi YB Mohd Shafie Ngah. Jika jawatan Timbalan Speaker Ke-2 diwujudkan ia akan disandang oleh ADUN DAP Sekichan, Ng Suee Lim. “Kami tidak berniat untuk menghalang timbalanBaca Lagi


Harga RON97, RON95 turun mulai Isnin

Mulai Isnin, harga RON97 turun 9 sen kepada RM2.46 seliter, sementara RON95 pula jatuh 4 sen menjadi 2.26 sen seliter. Kerajaan juga mengumumkan kenaikan harga diesel 3 sen kepada 2.23 sen seliter. Harga itu akan berkuatkuasa sepanjang bulan Disember. Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran pada setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit dan diesel bagi bulan-bulan akan datang. Harga RON97, RON95 dan diesel disemak turun beberapa hari selepas pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal bagi menentukan harga bahan bakar itu.


Pindaan Akta Hasutan Dibentang Pada Sidang Parlimen Akan Datang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pindaan ke atas Akta Hasutan 1948 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan akan datang. Perdana Menteri turut mengarahkan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menguatkuasakan akta itu dengan tegas selepas ia diluluskan kelak. “Kita minta polis buat siasatan rapi, kita minta SKMM buat siasatan sewajarnya juga. Supaya kita beri isyarat jelas (bahawa) tiada sesiapa harus takut dan bimbang kalau tidak melanggar undang-undang dalam negara. “Jangan jadi penghasut antara kaum dan agama. Ini jelas, tiada ‘warning’ lagi lepas ini. Kita nak pastikanBaca Lagi


Mujahid & Mahfuz Lupa PAS Lebih Kerap Mungkir Janji & Tak Tetap Pendirian

Apabila bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman menyuarakan sokongannya di atas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948, sejujurnya penulis rasa terkejut kerana tidak menjangkakan ada juga pemimpin PAS yang celik dan matang fikirannya. Lantaran sokongan Dr Rani itu walau pun nadanya masih sedikit prejudis, terbit sekelumit rasa hormat penulis pada PAS kerana dalam fikiran penulis merasakan mungkin PAS dalam proses untuk keluar dari kepompong kejumudan yang mana selama ini asyik membangkang tanpa mempedulikan baik buruk sesuatu perkara. Malangnya segala-galanya berubahBaca Lagi


Jangan pertikai lagi hak Melayu, Raja dan agama Islam.

Perhimpunan Agung UMNO 2014, berakhir dengan mesej tegas dan lantang Presiden Umno bahawa hak keistimewaan Melayu, Raja dan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan negara, tidak boleh dipertikaikan lagi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seluruh rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah mengenai perkara berkenaan, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada usaha memajukan negara. “Kebebasan pun ada had. Kebebasan bukan mutlak. Tak boleh hina agama Islam, tak boleh cabar hak istimewa Melayu, tak boleh persoal sistem Raja-Raja Melayu, askar Melayu dan kita jaga kepentingan kaum lain. “Jadi, amanlah kita. AsyikBaca Lagi


UMNO, BN boleh kalah jika persepsi tidak diubah

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) bahawa kedudukan parti itu dalam bahaya jika persepsi dan pandangan orang muda terhadap parti tidak segera diubah. Muhyiddin berkata jika situasi itu tidak segera diubah, dengan hanya penurunan dua peratus sahaja, tidak mustahil BN boleh hilang kuasa. “Graf kedudukan kita sekarang menunjukkan penurunan, kalau situasi tidak bertambah baik, hanya dengan dua peratus penurunan undi kita dalam keadaan bahaya. “BN pasti akan kalah; kita dalam keadaan amat bahaya,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO,Baca Lagi


Jaga BN, jangan korban prinsip UMNO dan Melayu

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu ahli parti merenung kembali ramuan kekuatan antara kaum di dalam Perikatan yang membawa kepada kejayaan kemerdekaan negara. Tegasnya, semangat itu harus terus dipertahan dan dipertingkat di dalam Barisan Nasional (BN) untuk menang besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak. “Ada kata tidak perlu undi orang Cina. Kalau tengok dari segi sejarah, kenapa Tunku Abdul Rahman buat Perikatan kalau tidak menguntungkan kita. “Tun Mahathir pernah sebut, dia kalah dulu, satu lawan satu; kalau dicabut 3,000 undi daripada kita diberi kepada pembangkang, defisitnyaBaca Lagi


‘KERIS 2314’ Senjata Baharu Umno Dapatkan Kembali Majoriti Dua Pertiga

Modul latihan dikenali KERIS 2314 bakal menjadi senjata Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata modul latihan yang dirangka Biro Latihan dan Penyelidikan Umno itu dipersetujui presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan dibantu beberapa pakar. Menteri Dalam Negeri itu berkata modul pengkaderan dan tarbiah itu bertujuan melahirkan Jil-Umno (generasi pewaris kepimpinan masa depan Umno) dalam usaha meremajakan parti keramat orang Melayu itu. KERIS yang dimaksudkanBaca Lagi


Peremajaan UMNO Bukan Tentang Usia Pun

PENJELASAN Perdana Menteri tentang peremajaan UMNO ternyata berlawanan dengan pemahaman banyak pihak, termasuk dalam UMNO sendiri, pembangkang apa lagi. Seperti dijelaskan Perdana Menteri, peremajaan UMNO tidak ada kaitan dengan usia sesiapa langsung, tapi UMNO itu yang perlu diremajakan, sentiasa peka dengan perubahan semasa di sekeliling. Maksudnya, kalau masa itu cara berkomunikasi dah berubah, UMNO perlu ikut berubah. Tak boleh orang dah pakai internet sebar maklumat, kita dok guna mesin taip lagi – macam itu. Dimana-mana pun tidak ada kaitan dengan umur sama sekali, kena faham yang ini. Kalau ahli UMNOBaca Lagi


Pembangkang Kritik Perhimpunan Agung UMNO Sebab Mereka Takut

Kepimpinan pembangkang yang mengkritik perhimpunan Agung UMNO sebenarnya memperlihatkan rasa takut pihak pembangkang terhadap perhimpunan terbesar orang Melayu ini, demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Menurut beliau, akibat rasa takut itulah maka kepimpinan pembangkang membuat serangan dengan cara mengkritik perhimpunan ini sebagai pentas lakonan, pentas rasis dan sebagainya. “Bagi saya kita kena lihat kritikan pihak pembangkang ini daripada beberapa sudut. Dan salah satunya adalah akibat rasa takut dan gentar mereka terhadap perhimpunan agung UMNO ini yang boleh memberikan impak yang besar dan pengaruh terhadap rakyat. “Apabila merekaBaca Lagi