Menu Utama

Wang Haram dan Ahli Politik, Zahid Perlu Bertindak

Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu Pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak sangat mengejutkan dan membimbangkan.

Menurut Bernama, Zahid berkata meskipun tidak terlibat secara langsung tetapi ada ahli politik yang dikesan dibiayai dengan hasil pusat perjudian haram tersebut.

“Tidak ada ahli politik yang terlibat secara langsung tetapi mungkin ada yang memperolehi wang daripada pendapatan hasil perjudian itu untuk melakukan kegiatan politik.

“Berdasarkan laporan yang saya perolehi ada ahli politik yang terlibat…saya tidak mahu menuduh, tetapi jika mahu pembuktian pihak polis ada bukti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

mingguan-ksepetang

Kita kurang jelas apakah maksud Zahid bahawa Polis mempunyai bukti hubungan antara ahli politik dengan wang haram dari kegiatan pejudian haram. Jika ada bukti mengapa tiada tindakan diambil?

Telah sekian lama orang ramai percaya bahawa terdapat hubungan langsung dan tidak langsung sindiket perjudian haram ini dengan parti atau pemimpin politik tertentu namun tidak pernah diambil tindakan.

Soalnya sekarang, jika pihak polis mempunyai bukti seperti dakwaan Zahid, mengapa tiada tindakan diambil?






14 Komen to Wang Haram dan Ahli Politik, Zahid Perlu Bertindak

  1. moo says:

    Hello..?????

    Menteri KDN sendiri yg cakap tu…

    Tak ada tdkn yg effektif ka??

  2. Adam Abdullah says:

    Pi mai, pi mai, kot tu jugak. Dari dahulu sampailah sekarang – di Malaysia, ASEAN, ASIA, Commonwealth, Eropah, USA dan di seluruh Dunia.

  3. Tubir says:

    Tunggu dalam masa terdekat…..semenjak laporan akhbar dikeluarkan gengster dah panas bontot…..dan dah meningalkan sarang….operasi laut dan sungai perlu dilakukan.polis jangan berlengah lagi…..mintalah bantuan ATM…..kerana ini kes berat…..

  4. kayu says:

    Gerakkan semua aset tentera untuk menghapuskan musuh dalaman negara sebelum keadaan menjadi lebih parah,,…kongsi gelap ini berpotensi menjadi talibarut asing untuk menjatuhkan kerajaan…,,tentera mempunyai semua aset lengkap untuk menangani musuh,,.!!!.. jadi musuh apalagi yang lebih bahaya dari musuh dalam negara…,,musuh luar memang boleh nampak,,..musuh dalam negara siapa yang nampak,,..!!!!,,,nak tunggu kongsi gelap menjadi kerajaan baru nak melompat,,..!!!!,,,.ketua polis katua kongsi gelap…ketua tentera ketua mafia,,..apa yang akan jadi pada negara,,..berperang untuk 600 tahun lagi,,..!!!

  5. Uturn says:

    Tu yg pelik menteri kdn sendiri yg dedahkan, patutnya dah ada tindakan diambil…….ada yg tak dengar arahan ke?

  6. bujuk says:

    Zahid tak patut ugut camtu.. umpamanya dia tahu sesuatu jenayah tapi dia simpan untuk dijadikan senjata politik jika menentang beliau. Jika begitu dia tiada kredibiliti sebagai seorang Menteri melainkan hanya seorang ahli politik yg licik.

  7. GT86 says:

    Mungkin ini perancangan diaorang. Diorang tau buat kerja diaorang. Mungkin ada target lain yang diaorang cari, yang lebih besar.
    Biarlah PDRM buat kerja diaorang.

  8. raplahjingaa says:

    Zahid oiii…siasat dulu IPD Taiping, apasal depa biarkan kuala sepetang jadi sampai lagu tu ?? sampai orang luar takut nak masuk !! dah macam bukan kat Malaysia !!

    Jangan dok tuding jari sana sini…..

  9. Adam Abdullah says:

    Bukti? Sindikit judi/dadah dan hubungan mereka dengan segelintir orang politik dah diketahui dan diceritakan dari dahulu lagi.

    https://www.google.com.my/webhp?sourceid=chrome-instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#q=Gambling+King+Pins+and+politicians+in+Malaysia.

    Polis di Bukit Aman dan di Kontijen/Daerah sudah bertungkus lumus menjalankan operasi untuk menangkap mereka dan menahan mereka di Pulau Jerjak dan di Simpang Rengam, Johor. Selepas 4/6 tahun ditangkap dan ditahan mereka dibebaskan dan selepas itu buat lagi. Itulah kerja mereka.

    Itu pasal Zahid berani kata Polis ada bukti.

  10. […] Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengakui tentang kebenaran pendedahan itu telah mengarahkan tiga pasukan elit polis iaitu Pasukan Khas Taktikal dan Risikan […]

  11. WTF says:

    In truth, tak perlu Zahid Hamdi sampaikan perkara ini kepada org awam

    Aku lebih suka sekiranya perkara tersebut tak dihebahkan di media UNLESS all the culprit has been caught!!!

    Buat kerja senyap2 lebih efektif dari menghebahkan berita sensasi!!!

    That should be the way PDRM operates!!!

  12. […] dan rencana khas mengenai kegiatan jenayah terancang di Kuala Sepetang, Perak yang turut mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid […]

  13. […] dan rencana khas mengenai kegiatan jenayah terancang di Kuala Sepetang, Perak yang turut mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid […]

Leave a Reply