Menu Utama

Wakil Rakyat & Menteri Besar Pakatan Berkhidmat Untuk Rakyat Atau Anwar?

SEPANJANG 3 hari berlalu perbicaraan Anwar di Mahkamah Persekutuan Putrajaya ini, dapatlah kita melihat ramai sekali ahli-ahli parlimen dan Menteri Besar Pakatan yang datang ke Mahkamah untuk memberi sokongan kepada bakal banduan tersebut.

Pengecualian kepada ahli parlimen Lembah Pantai dan Permatang Pauh sebab seorang anak dan seorang tertuduh tu sendiri. Yang lain nak sibuk apa disitu?

Masalahnya, bagi ahli parlimen yang berkenaan, kalau takde sidang parlimen tak mengapalah, sidang sedang berlangsung, dia curi tulang pula untuk mendengar kes Anwar. Ada seorang itu, cuba mencetuskan kekecohan dengan merempuh hadangan polis dihadapan, ahli parlimen ni.

Begitu juga dengan seorang Menteri Besar yang baru dilantik. Cakap bukan main besar kau 3 bulan nak selesai masalah jalan di Selangor, selesainya tak juga (dah nak masuk 2 bulan), ada pula masa berjam-jam mendengar perbicaraan Anwar.

Apapun, tahniahlah penulis ucapkan kepada ahli-ahli parlimen PAS, tak ada atau kurang sekali yang penulis lihat membuang masa mendengar kes Anwar. Kalau ada pun, hanyalah pemimpin yang bukan wakil rakyat seperti Salehudin Ayub dan Suhaizan Kaiat.

Itupun bukan hari-hari.

Yang lain tu apa cerita? Apakah anda dibayar untuk berkhidmat kepada Anwar atau berkhidmat kepada rakyat? Masalah 2 makhluk sesama jenis dalam bilik ini, sangat jelas adalah masalah peribadi. Kalau ada paksaan, jadi kes jenayahlah, kalau ada kerelaan, jawablah dengan Tuhan, mana-mana satu pun, apa yang berkaitan kepentingan rakyat disitu?

Nak kata rakyat ambil peduli dengan kes kali ini, nampak kosong saja pulak. Rakan penulis yang dah 3 hari berkampung di Putrajaya kata, jumlah yang datang bukan makin hari makin bertambah, tapi makin hari makin kurang. Dahlah tu, bukan semuanya penyokong Anwar, ada juga ratus-ratus penyokong Saiful hadir menyatakan sokongan.

Penulis harap Parlimen dapat merangka satu undang-undang bagi memastikan rakyat didahulukan ahli Parlimen kerana pemimpin parti hanya mencalonkan, yang hantar mereka ke parlimen adalah rakyat. Hadir kes Mahkamah yang tidak ada kepentingan rakyat seperti ini, perlulah dianggap sama seperti curi tulang.

Bukan 365 hari ada persidangan pun, beberapa minggu saja setahun, itupun nak ular juga?

Kesimpulannya, inilah padah bila mengundi berdasarkan sentimen, bukan kerana orang itu benar-benar boleh menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin. Inilah jadi, makan gaji buta.






4 Komen to Wakil Rakyat & Menteri Besar Pakatan Berkhidmat Untuk Rakyat Atau Anwar?

  1. raplahjingaa says:

    Hang ni adamyan buat-buat tanya pulak…mestilah depa berkhidmat untuk anwar, apa jadah depa nak berkhidmat untuk rakyaat, rakyaat bukan ada duit, anwar yang ada duit, funding dari yahudi, perangai depa pun dah ngalahkan yahudi, sebab even bagi yahudi meliwat adalah kesalahan yang besar, tapi bagi depa meliwat tak salah, yang salah orang yang kena liwat…hehehehe

  2. Memang Terok says:

    Bagi chan lah barua itu semua untuk iring Anwar hingga hari terakhir dia. Bila sudah masok dalam nanti, untuk minggu pertama, kedua mungkin rajin pergi jengok. Lepas itu perlahan2 semua orang lupa. Takkan nak kepenjara tiap2 hari melawat banduan.

    Hukuman 5 tahun, lepas tolak public holiday, kelakuan baik tanpa meliwat, rajin kerja..kurang meracau mujur2 tinggal 4 tahun saja. Tapi tempoh itu dalam pagar besi sudah cukup untuk jadikan banduan reput. Keluar ketika umur sudah 71 tahun, sudah agak ganyut untuk himpun orang merusuh saperti bershit dulu.

    Anwar tentunya sudah bayangkan itu semua. Kak Jijah sudah lama bayangkan manusia anugerah tuhan bakal tinggalkan dia. Ditinggal waktu umur sudah mahu masok isyak memang malapetaka dahsyat. Kalau umur masih zuhur ke atau asar sekali pun belum maghrib, setidak2nya masih ada masih untuk reconcile. Perbetul mana silap untuk persiapan waktu maghrib sebelum masok isyak.

    Wallahu alam, tuhan saja tahu macamana mereka atur hidup mereka nanti.

  3. Adam Abdullah says:

    Anwar punya pasal tugas dan tanggungjawab sebagai MB Selangor dan tugas kepada rakyat Negeri Selangor boleh diketepikan semmentara waktu?

    Bila senang AZMIN ALI atau Menteri Pelajaran atau Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor kalau boleh pergilah melawat Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor bila hujan lebat padang, longkang keliling kelas/sekolah penuh dengan air dan kaki dan kasut murid-murid semua basah. Bila balik rumah mengadu sakit dan sengal-sengal kaki. Berilah peruntukan untuk perbaiki longkang dan saluran air yang lebih baik.

Leave a Reply