Menu Utama

Virus 5B bakal hancurkan kekuatan dalaman PAS

Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique berkata, pergolakan dalaman serta perpecahan yang berlaku di dalam PAS hari ini membuktikan bahawa kerjasama mereka dengan DAP dan PKR hanyalah memudaratkan parti tersebut berbanding ketika Pas bergerak secara bersendirian sebelum ini.

Apa yang lebih menyedihkan, menurut beliau lagi, sindrom 3B iaitu Buli, Broker dan ‘Barua’ hari ini merupakan satu virus yang sedang menular di dalam PAS yang mampu menghancurkan perpaduan dalam kalangan pimpinan dan ahli parti itu sendiri.

“Virus ini akan terus merebak sehingga membuatkan ahli dan pimpinan akan bertelingkah sesama sendiri dan akhirnya akan berpecah belah. Pada pandangan saya, inilah yang akan berlaku di dalam PAS sekiranya isu perpecahan dalaman dan puak yang berlaku di dalam PAS tidak dapat diatasi dengan segera.

“Jika keadaan ini berterusan, saya menjangkakan sindrom 3B yang kini menjadi penyakit di dalam PAS akan bertambah dan merebak kepada 2B lagi iaitu bertelingkah dan bertelagah sesama sendiri. Dan sekiranya ini berlaku PAS bakal menghadapi perpecahan dalaman yang tidak pernah mereka alami sebelum ini,” tegas beliau di sini hari ini.

Kata beliau lagi, krisis dan kemelut yang berlaku di dalam pakatan pembangkang ini merupakan satu isyarat bagi memperlihatkan kepada rakyat bahawa ketiga-tiga parti ini tidak mampu untuk mentadbir negeri, apatah lagi negara dengan baik.

“Bagaimana kita mahu menyandarkan harapan kepada sebuah pakatan parti politik yang tidak habis-habis bertelagah dan berpolitik sesama sendiri. Kita boleh lihat hari ini PAS, DAP dan PKR saling jatuh menjatuh dan mengecam sesama sendiri.

“Ketiga-tiga parti ini lebih banyak menghabiskan masa untuk kepentingan dan agenda politik kepartian serta ideologi masing-masing dan mengabaikan pembangunan serta penambahbaikan yang perlu dilakukan kepada rakyat di negeri yang diperintah oleh mereka.

“Contohnya seperti di Selangor, bermula dari langkah kajang yang hanya menghabiskan duit rakyat semata-mata untuk menjadikan isteri Ketua Pembangkang Menteri Besar, namun akhirnya orang lain pula yang dilantik. Sedangkan masalah rakyat seperti banjir, sampah dan air masih tidak selesai.

“Begitu juga di Pulau Pinang di mana kerajaan DAP lebih suka membangunkan rumah-rumah mewah untuk dijual kepada orang luar, berbanding membina rumah-rumah murah untuk membantu rakyat berpendapat sederhana dan miskin di negeri itu. Apakah kerajaan seperti ini yang kita mahukan, janji lain tetapi buatnya lain?” tegas beliau.

Justeru itu, beliau berharap agar rakyat melihat ketidakmampuan pakatan pembangkang dalam mentadbir dengan pemikiran yang rasional dan terbuka.

“Kita perlukan sebuah kerajaan yang lebih fokus untuk membantu rakyat menjadikan kehidupan yang lebih baik dari hari ini. BN telah membuktikan selama ini bahawa segala tindak tanduk serta perancangan mereka adalah khusus untuk kebaikan rakyat. Dan perkara ini telah terbukti dengan pembangunan baik dari sudut material, spiritual dan ini bukan sekadar cakap-cakap kosong sahaja sepertimana pembangkang,” jelasnya.

sumber Awani






13 Komen to Virus 5B bakal hancurkan kekuatan dalaman PAS

  1. Uturn says:

    dah tak ada ubat dah nak lawan virus ni kalau pas masih bersama pakatan.

  2. Anak Lenggong says:

    Yang ko dok kecuh pasal PAS pe..biar lah lobai2 tu hanyaut dengan labu-labunya..ko tu perbetulkan apa yang tak kena dengan UMNO dan fikir camner nak rampas wilayah persekutuan daripada PR…

  3. Adam Abdullah says:

    Bolehkah PAS terus memperjuangkan “Islam SeMalaysia” mereka sedangkan ALLAH telah turunkan surah AL KAFIRUN.

    PAS boleh merancang dan 5B boleh merancang tetapi Allah jua yang akan menentukan dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum jua yang akan menentukan parti mana yang akan mentadbir Negeri dan Negara melui PRU dan mengikut Perlembagaan Malaysia.

    UMNO/BN semenjak dahulu, sekarang dan selama-lamanya terus ikut dan mempertahankan Perlembagaan.

  4. omrga says:

    virus 5B = ebola

  5. sireh ke gagang says:

    PAS dh lama amalkan 3B . (bodoh , bebal , bangang) . penulis ni lost betul la. hahaha…

  6. itsme says:

    semestinya angkara UMNO gak..
    PAS dinasihatkan jgn melawan DAP & PKR sebaliknya mesti busukkan dan fitnah lg UMNO sebanyak mungkin.. insyaallah nanti DAP & PKR senyap la.. PAS mesti teguh pendirian dan teruskan fitnah, caci maki hamun kpd UMNO dan jgn lupa utk doakan UMNO KO dlm setiap solat fardhu juga sunat, waimah tgh duduk kedai kopi sekalipun.. KO UMNO!!

  7. PenjawatAwam says:

    Kita sedang melihat sebuah parti yang mendakwa mereka bergerak dengan agama, bernafas dengan agama, berbuat semua perkara atas nama agama, bertindak untuk agama , tiada cara lain kecuali dengan cara agama… kini diambang pelupusan.

    Kita selama ini diberi peluang melihat jatuh bangun mereka. REtak dan tampal mereka. Kita lihat menang dan kalah mereka. Kita juga lihat mereka sebagai satu badan yang sering bergolak kerana memiliki penganut yang sentiasa pergelora jiwa dan huruhara fikiran dan hati mereka.

    Sedangkan seteru mereka yang selama ini dikecam, dituduh dan digelar dengan berbagai gelaran…. terus berdiri tegak disitu, maju dan berkembang.

    Kini sudah 57 tahun UMNO meneraju tampok pemerintahan dengan menempoh cabaran yang berbagai. Pergolakan ada, perpecahan ada. Tetapi bergolak UMNO tidak sampai karam. Pecah UMNO tidak sampai terbelah.

  8. syaa says:

    teringat doa ko ko ko umno yg pas bacakan tu.kena pula kat muka pas sendiri.ko ko ko pas.inikalih pas ko.

  9. syaa says:

    ko ko ko pas.inikalilah pas ko.

  10. passudahgila says:

    HA HA HA, INI LAH BALASAN YANG MAHA ESA KERANA DOA KO, NAH RASAKAN LAH.

  11. Jambol says:

    PKR adalah sebuah parti politik yang lemah dan dianggotai oleh buaya-buaya darat, sementara PAS sebuah parti politik besar yang dianggotai oleh lembu-lembu gagah bersarban yang dicocok hidungnya menyebabkannya menjadi lemah boleh ditarik ke sana sini. Siapa yang akhirnya bertambah kuat ??? Sudah tentulah DAP !!! Hooorrayyyyy !!!!

  12. alimedanbaru says:

    Apabila agama dijadikan ‘CANDU’
    maka tanggonglah akibatnya
    berjuang bukan sebab agama
    sebaliknya menggunakan agama untuk berjuang
    yg nak dilawan bukan atas nama agama
    tetapi memperisaikan agama untuk melawan musuh
    agama dipergunakan
    bukan atas nama agama
    kuasa tahta harta
    jawatan pangkat gelaran duniawi
    hasil entah kemana
    mana pembangunan umatnya
    sedang dalaman hirok pikuk, bantai membantai, tikam menikam
    pelbagai puak, pelbagai fahaman
    sunni, syiah, liberal dan tafsiran sendiri-sendiri atas nama agama
    sekali menipu..orang tak akan tertipu lagi…

  13. Adam Abdullah says:

    12 juta Pengundi/rakyat Malaysia telah diberi peluang untuk mengundi dan memilih calun dan yang lebihyang mana satu untuk menjadi ADUN/Ahli Parlimen dan untuk mentadbir Negeri dan Persekutuan Malaysia di peringkat Negeri dan Pusat pada 5.5.2013 dan keputusan telah dibuat/ditakdirkan BN menang dan mentadbir Kerajaan Persekutuan dan 11 buah Negeri. Menakala Pulau Pinang dan Selangor ditadbir oleh PR.

    Dari 5.5.2013, sekrang dan hingga PRU yang akan datang (2017/2018) adalah masanya untuk kita pengundi dan rakyat Malaysia tua dan muda terus melihat, mendengar, mengawasi, memantau dan ambil tahu dan peduli parti mana yang baik dan perlu terus mentadbir dan memimpin Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dan rakyat Malaysia dengan aman damai.

Leave a Reply