Menu Utama

Video Panas Klon UAI Untuk Burukkan Imej Islam

Sejak malam tadi terdapat usaha memburukkan peribadi penceramah agama Ustaz Azhar Idrus dengan menyebarkan video panas atas ranjang seorang pelakon yang menyerupai penceramah tersebut.

Sungguhpun kurang jelas motif pihak berkenaan, pemerhatian mykmu mendapati adegan tersebut merupakan satu lakonan kerana kamera yang digunakan boleh di “zoom” dan berubah kedudukan.

2-copyIni bermakna rakaman tersebut dilakukan secara sedar oleh pelaku yang menyerupai Azhar Idrus.

Adalah mustahil untuk pelakon tersebut membenarkan aksi beliau dirakam jika beliau adalah Azhar Idrus.

Ini berbeza dengan video Datuk Seri Anwar Ibrahim tempoh hari kerana ia dilakukan oleh kamera tersembunyi yang statik. Dalam kes Anwar, perakam pula merupakan sahabat beliau dan mengakui kejadian tersebut.

Berdasarkan video “Azhar idrus” ini nyata ia merupakan permainan pihak tertentu yang mungkin sahaja atas tujuan menjatuhkan imej Islam.

Sementara itu Harian Metro, penyebaran video lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) hanyalah niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.

Sambil menafikan pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu adalah UAI, pembantunya Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.

“Bukan… jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.

“Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

“Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

“Ia termasuklah program ‘I Want To Touch A Dog’ di ibu kota baru-baru ini.

“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ditanya penerimaan UAI mengenai penyebaran video lucah mirip dirinya itu, Zulkifli berkata, UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.






19 Komen to Video Panas Klon UAI Untuk Burukkan Imej Islam

  1. Uturn says:

    ini adalag agenda jahat puak kafir nasoro. bila mereka melihat para ulama ada kekuatan sikit mereka mula mahu pecah belahkan masyarakat islam.

  2. WTF says:

    Cuba teka, agaknya siapa yg dapat keuntungan dgn penyebaran video sebegini!!!

    Yang pasti, umat Islam di Malaysia takkan dapat apa2 keunutungan pun dari penyebaran video ini!!!

    Kecualilah muslim tu berpandangan LIBERALISME dan PLURALISME, dan juga agent2 DAJJAL dan org2 KAFIR yg mahu umat Islam di Malaysia bertelagah sesama sendiri!!!

  3. dkds says:

    Aku dah dapat hidu permainan jahat sikafir bernama DAP

  4. rakyat says:

    Senang nya kita. Apa je berlaku salah kan org lain tanpa bukti. Hasad dengki dlm masyarakat kita mmg dr dahulu kala. Siasat dulu sebelum nak tuduh. Asyik nak tuduh bukan islam..

  5. Dol says:

    ini keje pihak yg sgt berminat mencipta video sex org2 terkenal dikalangan pembangkang.

    ust azhar adalah bersama PR dan berjaya menarik ramai anak2 muda kpd islam.

    ini amat ditakuti puak sekular anak didik APCO.

  6. korokstabang says:

    puak lahanat dap pkr sudah kehabisan idea sanggup main kotor kerana marahkan golongan ulama dalam pas bermula dari krisis langkah kajang mb selangor lagi

  7. raplahjingaa says:

    Tu sebagai amaran pada UIA ” jangan ganggu usaha kami me liberalsasikan Malaysia ”

    Sudah sampai masanya umat Islam di negara ni bersatu, tolak kepentingan politik, pertahankan agama kita !!

  8. kukukaka says:

    Aku dah agak ini bukan UAI

  9. itsme says:

    bukan UMNO yg buat ke?? selalunya dia org kata gitu..

  10. GT86 says:

    Maka marilah kita bersatu demi agama dan bangsa. Mereka yang lakukan ini tinggal bersama-sama, menghirup udara yang sama, makan dari hasil bumi yang sama dengan kita semua.
    Pada PAS, cukuplah kerjasama yang korang jalinkan dengan si kafir sudah terlalu banyak melakukan kerosakkan. Pada UMNO pulak jangan lihat ini sebagai masalah PAS sahaja. Memang benar mereka lah yang membuka pintu untuk segala kejahatan ini masuk, dah tiba masanya pintu itu di tutup.
    Ini adalah perbuatan dirancang, bermula dengan arak kemudian anjing sekarang orang alim.
    Allah, mudah untuk menjahanamkan mereka-mereka ini, tapi DIA nak tengok apa hamba2nya buat ketika Agama Nya di perkotak-katik kan.
    Masalahnya orang kita ni….dulu hebat berdebat kat kedai kopi, sekarang hebat berhujah di alam maya…tapi bile bab perlaksanannya, semua menuding pada orang lain.

  11. WTF says:

    Aku setuju saranan GT86, dan diharap umat Islam di Malaysia dapat bersatu menghapuskan cubaan anasir2 jahat yg ingin memesongkan dan mempersendakan fahaman umat Islam Malaysia.

  12. poyoPakatan says:

    Inilah yang dinamakan desperado tahap tertinggi dalam ilmu meraih sokongan manusia, setelah gagal dalam kempen #RakyatHakimNegara , Pakatan cuba menjalankan kempen menimbulkan keraguan munasabah bagi memburukkan UMNO, malangnya timing masa tak betul bila dah hampir sangat dengan tarikh perbicaraan baru nak lepaskan BOM

    Jangan terkejut nanti ada aksi berani mati dari golongan pengebom berani mati PKR dan DAP…

  13. Badrole Amin says:

    UAI kena buat laporan polis tak boleh buat bodoh je

    selain kita rasa kapir laknat yang buat fitnah gambar palsu UAI itu, jangan kita sangka takde orang Islam sendiri yang lebih jahat dan lebih laknat dari kapir laknat dalam bab membuat fitnah…aku rasa orang yang buat gambar fitnah itu mesti ‘kawan baik\'(si munafik yang berpura-pura) UAI, ini semua sebab irihati/dengki/sakit hati dengan populariti dan ‘murah rezeki’ UAI

  14. Badrole Amin says:

    siapalah nak percaya kalau videonya tu nampak ‘tempelan’

    nak tanya lagi pada macai…

    cuba terangkan lagi kenapa videoseks anwar dengan chinadoll tu korang kata video tempelan/CGI/palsu?

    hehehehe

  15. gambus says:

    memang aku tak suka dia , tapi nampak sangat kamera tu dipegang orang ketiga …tapi demi agama kita semua kena bersatu dan tolak politik

  16. Badrole Amin says:

    “Sambil menafikan pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu adalah UAI, pembantunya Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.”

    PASma pun boleh dikata pihak yang menjatuhkan golongan ulama, takkan PASma pulak?

    hehehehehe

  17. bujuk says:

    Paling baik DELETE dan istigfar banyak2 dan jangan jadi seorang dari penyebar berita, gambar atau video lucah tersebut. Jika ‘amal jariah’ itu memberi pahala walaupun kita dah meninggal.. begitulah juga dengan ‘dosa jariah’ yg akan memberi kita dosa berterusan walaupun dah mati selagi apa yg kita mula sebarkan terus tersebar.

  18. Wong Pin Ter says:

    Video ini macam sengaja dicipta untuk membuktikan sesungguhnya video Anwar pun adalah rekaan dan tidak tulen

Leave a Reply