Menu Utama

Ugutan Bunuh: Masa Untuk Meraih Simpati, Persis DAP

syed azmi alhabshiNampaknya sensasi “I Want To Touch A Dog” belum lagi berakhir. Masing-masing mengeluarkan hujah dangkal yang bersifat logik, memenuhi citarasa liberalisma dan pluralisma agama.

Hakikatnya, dari Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus hatta Nik Aziz sekalipun menempelak golongan-golongan yang terlibat secara langsung dalam acara dengan hujah-hujah agama. Itu belum diambilkira pula pandangan dan pendapat ulama, mufti mahupun pihak berkuasa seperti JAKIM.

Sejak merdeka, hubungan kaum menjadi teras utama dalam pembentukan negara untuk mencapai status kemajuan. Apatah lagi kejadian berdarah 13 Mei 1969 yang menjadi titik tolak betapa keharmonian kaum perlu dijaga rapi. Maka ideologi kebangsaan Malaysia, iaitu Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara itu.

Antara cita-cita Rukun Negara ialah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya. Dan dalam mencapai maksud itu, perlu diingatkan bahawa sensitiviti agama di negara ini sangat tinggi. Bak kata seorang peniaga berbangsa Cina yang agak berusia kepada penulis ” orang Melayu ini sangat sopan dan santun, asalkan jangan disentuh (diganggugugat) agamanya, bangsanya dan adat budayanya.

Malangnya hari ini, orang Melayu Islam sendiri (penulis tidak pasti agama si penganjur program) yang tidak memahami sensitiviti berkenaan. Sensitiviti ini telah lama tersemat elok di dalam budaya Melayu yang bersendikan syariat Islam. Seperti apa yang penulis nukilkan sebelum ini, mengapa perlu dirungkai sesuatu yang terpatri indah, dalam keadaan semua pihak dapat menerima seadanya?

Apabila sensitiviti diganggugugat, maka lahirlah beberapa perkara dan tindakbalas yang penulis sendiri secara peribadinya tidak bersetuju. Namun, itulah kemungkinan yang bakal diterima. Dari sejak awal perkara ini menjadi topik hangat, penulis sudah mengagak, akan berlaku perkara seperti ini.

Maka, kini, menjalarlah sentimen meraih simpati, yang sebenarnya berasaskan tindakan kontroversi sendiri. Dan ugutan bunuh bukanlah perkara baharu, ia cukup biasa diamalkan oleh pemimpin DAP setelah melakukan tindakan kontroversi. Kenapa penulis tidak hairan “skrip” cerekarama ini kini berada di episod raih simpati?

DAP tentunya pihak yang paling beruntung dengan terlaksananya program ini, dengan kekuatan sokongan yang diterima dari masyarakat Cina, kini ada pula peluang untuk merempuh benteng jatidiri umat Islam dan Melayu di Malaysia.

Bukan memegang anjing yang menjadi isu pokok, tetapi khusus apa motif program berkenaan dan keuntungannya kepada masyarakat. Sekali lagi, mengapa perlu dirungkai sesuatu yang terpatri rapi di dalam masyarakat?

Maka tepatlah slogan “Ubah”. Jangan lawan kerana yang dilawan akan melawan, tetapi ubah kerana yang dilawan mudah berubah. Mudah lupa.






7 Komen to Ugutan Bunuh: Masa Untuk Meraih Simpati, Persis DAP

  1. Uturn says:

    dap dah berjaya tarbiahkan rakan2 tahaluf siyasinya dalam pakatan, selama ni pas kata dia yg berjaya tarbiah dap, tapi apa yg kita nampak jelas dan nyata, pas GAGAL TARBIAH malah dap lebih berkuasa dari dulu.

  2. raplahjingaa says:

    Ugutan bunuh ??? sapa-sapa pun boleh kata macam tu….malah kalau dia kata dia terima ugutan untuk diliwat pun aku tak hairan…

  3. WTF says:

    Taktik DAP kononnya penganjur diugut bunuh!!!

    Sampai la ni aku tgk Teresa Kok relaks jer jalan sana sini siap pergi Oktoberfest lagi minum sampai mabok, walhal dok kata ada org ugut nak bunuh dia!!!

    Kesian ayam tu jadi dulu mangsa taktik DAP ni, la ni mesti anjing jadi mangsa taktik ala DAP!!!

  4. raplahjingaa says:

    Mamat tu…aku tengok lain macam je, ada ke lelaki tulin nak pakai seluar jeans color macam tu ??

  5. WTF says:

    Hehehehe, you are very OBSERVANT saudara raplah!!!

  6. Ubi says:

    Byk lg program blh buat selain sentuh2 ni utk menunjukkan islam x benci anjing n babi. Pendekatan program ni tlalu extream n kenapa perlu sentuh anjing utk menunjukkan kt x benci anjing?

    Pape pn jgn la ada ustaz2 yg komen smpi menunjukkan makhluk ciptaan Allah ni adlh sgt jijik….sedangkn ianya hnylah najis.

  7. samad says:

    ini semua gerakan subversif terancang untuk memecahbelahkan kepercayaan masyarakat melayu terhadap adat yang diwarisi turun temurun.

    kembalikanlah ISA. hanya ini akan mengawal keamanan antara agama dan bangsa di negara ini.

Leave a Reply