Menu Utama

Terima Kasih Azmin Ali, Harap Mampu Pulihkan Kemusnahan Selangor Bawah Khalid

Hari ini Azmin Ali melakukan “political stunt” apabila melakukan terjahan terhadap sistem pengangkutan dan peluspusan sampah serta kebersihan longkang.

Beberapa bulan laluortal ini dimaki hamun oleh penyokong pakatan apabila kami berkata, “Cukuplah sengsara 6 tahun di bawah Khalid Ibrahim bersama sampah sarap, lalang dan tikus-tikus sebesar anak kucing!.”

Apabila portal ini menulis, “Menteri Besar Selangor: PKR Menjadi Mangsa Propaganda Sendiri (1)“, kami dituduh sebagai pemfitnah dan penipu.

Hari ini, Azmin Ali sendiri mengakui masalah kebersihan Selangor yang sangat tenat sehingga beliau terpaksa turun melihat sendiri masalah tersebut.

Dari longkang sehingga lori sampah, tiada apa-apa terlalu remeh buat Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali – sekurang-kurangnya itulah imej yang tergambar melalui publisiti yang menggelarkan beliau sebagai Jokowi Malaysia.

Dengan telefon pintar yang setiasa tersedia, penyokong Azmin telah membanjiri media sosial dengan gambar beliau yang kelihatan seperti tidak kisah untuk mengotorkan kemeja putih lengan pendeknya sewaktu turun padang.

Gambarnya sewaktu memanjat lori sampah pagi semalam mengingatkan kita kepada sidang media di tapak pembuangan sampah oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo, yang meningkat popular dalam politik secara sekelip mata.

Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dikenali ramai dengan gaya ‘blusukan’ (istilah Indonesia untuk turun padang) sejak beliau berkempen untuk jawatan gabenor Jakarta lagi sebelum menang pemilihan presiden Indonesia.

Namun, Azmin menggunakan istilah “terjah’, istilah dengan rujukan budaya popular yang biasanya merujuk kepada situasi apabila selebriti didatangi wartawan dan jurugambar secara mengejut.

Istilah itu diguna Azmin sewaktu membalas twit seorang penyokongnya yang menghantar imej beliau memanjat lori sampah ke laman blog mikro Twitter. – Malaysiakini.com






7 Komen to Terima Kasih Azmin Ali, Harap Mampu Pulihkan Kemusnahan Selangor Bawah Khalid

  1. semangat dato' haron says:

    Pulihkan PEMUDA dan UMNO Selangor. Noh Omar sila turun secara terhormat

  2. Uturn says:

    Jgn hangat2 taik ayam saja

  3. anoi says:

    Sesuailah dgn kelayakan & kebolehan takat ni aje, ke arah memakmurkan ajenda perniagaan memang terhadlah sebab tiada background kepakaran & pangalaman & selalu tiada pendirian tetap, tak lama terselahlah kebodohan pada umum hanya balaci Nuar al-juburi.

  4. bujuk says:

    Buatlah apa pun… buat baik pun dikatakan menunjuk, tak iklas.. kalau yg. buruk apatah lagi. Apakata bagi peluang pada Azmin kendalikan S’gor paling kurang 1tahun, kemudian bolehlah nak kritik.. tapi janganlah nak dibandingkan dengan kerja puluhan tahun MB yg. lain. Aku hanya harapkan yg terbaik untuk rakyat s’gor. Selamat bekerja MB Azmin..

  5. Lang Buana says:

    Beberapa bulan laluortal ini dimaki hamun oleh penyokong pakatan apabila kami berkata, “Cukuplah sengsara 6 tahun di bawah Khalid Ibrahim bersama sampah sarap, lalang dan tikus-tikus sebesar anak kucing!.”

    Bila beri komen pada awal..tak nak terima….akhirnya mengaku gak…

  6. alimedanbaru says:

    Meningkatkan,menaikkan,memperbaiki,menambah baik,perubahan dan sebagainya adalah tugas mana-mana pemimpin. Terutama kepada yang baru. Melihat kelemahan dan pemperbaiki kelemahan.
    Tetapi hakikat bagaimana jawatan itu diperolehi tidak akan terpadam dalam rekod sejarah atau dalam perhitungn ALLAH.
    Manusia selalu lupa tetapi ALLAH tidak sama sekali.

  7. anoi says:

    Pehalnye Pesta Beer tu. Ajuran Pasberg ke?

Leave a Reply