Menu Utama

Teoh Beng Hock: Ketelusan Ala Komunis DAP!

Sebentar tadi Parti Tindakan Demokratik (DAP) membuat kenyataan akhbar menyatakan ketidakpuasan hati ke atas jawapan bertulis Parlimen mengenai perkembangan siasatan kematian Teoh Beng Hock.

Teo Kok Seong (DAP-Rasah) berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis sepatutnya memberi maklumat dan tindakan terperinci terkini kes berprofil tinggi itu, bukannya memberi jawapan bahawa mereka tidak dapat mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.

“Jawapan KDN. Terlalu pendek untuk berprofile tinggi ini, nampak seperti tak ambil serius hal ini. Jawapan tak nak ganggu siasatan. Bukan alasan. Adakah mereka yang soal siasat? Adakah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sudah dipanggil?” soalnya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pagi ini Teo yang juga ketua Pemuda DAP menerima jawapan bertulis bahawa KDN tidak bercadang mengulas lanjut kes kematian Teoh pada 2009 memandangkan siasatan masih berjalan.

Mahkamah Rayuan pada 5 September 2014 telah memutuskan kematian Teoh sebagai kematian dalam tahanan dan bukannya membunuh diri.

Bagaimanapun DAP mendesak agar pihak yang terlibat didakwa menyebabkan kematian bekas pembantu Khas kepada Exco DAP Selangor Ean Yong Hian Wah itu.

Sementara itu MP Kota Melaka Sim Tong Him dalam sidang media sama berkata kegagalan memberikan maklumat itu menunjukkan kerajaan tidak telus dan tegas menangani kes ini.

“(Jawapan) Bukan sahaja bagi maklumat pada keluarga tetapi keyakinan pada orang awam.

“KDN perlu jelaskan lebih efisyen, mahkamah sudah putuskan mati dalam tahanan jadi jelas perlu beritahu,” kata Sim.

Masalah dengan DAP mereka sendiri tidak mahu menghormati erti ketelusan apabila keputusan tidak memihak kepada mereka.

Apabila prosedur biasa kematian dalam tahanan atau secara misteri dilakukan oleh inkues oleh Majistret, DAP mendesak satu Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock ini. Kerajaan bersetuju dengan desakan dan permintaan ini.

Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock mendapati kematian pembantu khas seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor itu pada Julai 2009 adalah akibat membunuh diri.

Keputusan itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat suruhanjaya tersebut yang terdiri daripada lima anggota panel dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Suruhanjaya itu telah bersidang selama 50 hari mulai 14 Feb sehingga 10 Mei dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini.

Suruhanjaya itu dalam laporannya mendapati Teoh membunuh diri berikutan sesi soal siasat yang agresif, berlarutan, menindas dan keterlaluan.

Suruhanjaya itu juga mendapati pegawai-pegawai SPRM tiada niat dan tiada sebab untuk membunuh Teoh, sebaliknya menjalankan soal siasat untuk mendapatkan pengakuan mendiang sebagai bukti agar Teoh boleh menjadi saksi kes penyelewangan membabitkan Yong.

Setelah dilakukan “perbicaraan terbuka” oleh suruhanjaya Di Raja yang dianggotai oleh pelbagai profesional, DAP masih tidak berpuas hati kerana matlamat mereka mahu menyalahkan SPRM tidak berjaya.

Sikap dan cara DAP berpolitik ini bukanlah cara yang demokratik. Elok DAP tukar sahaja nama parti mereka dari Parti Tindakan Demokratik kepada Parti Ala Komunis.






5 Komen to Teoh Beng Hock: Ketelusan Ala Komunis DAP!

  1. Uturn says:

    Dap memang celaka. Dap saja jer nak cari kesalahan yg walaupun tidak wujud. Cerita beng hock mati pasal melindungi bos dia tak cakap plak.

  2. kayu says:

    Seekor Cina komunis mampus ,,..riuh -rendah macam celaka….tentera dan polis mati kerana berjuang Cina komunis ni kata sandiwara….!!!..memang komunis ni celaka laknat…itupun kerajaan masih nak layan macam bagus komunis celaka ni sampai perlu tubuh siasatan diraja…kesian sungguh pada pejuang negara…berjuang menggadai nyawa untuk negara,,…Cina komunis juga yang ditatangnya..!!!…apa nak jadi dengan pemimpin negara ni…!!!

  3. Syed says:

    DAP lah yang selalu bersendiwara … pencerobobohan sulu dikatanta sendiwara… polis terbunuh ketika bertugas dikatanya memang patut …. penjenayah mati titembak dikatanya racist … banyak lagi… kes TBH ni memang rumit…. suruhan siasatan diraja dah buat conclusi… kalau ada klu memang bagus utk siasat punca sebenar dia jatuh dari bangunan tuuuu…. sebab kalau dia masih hidup pun sangat bagus boleh sprm siasat dia dengan sedetailnye…

  4. raplahjingaa says:

    Bila suruhanjaya di raja ditubuhkan untuk menyiasat dan DAP pun di jemput sama….bila sisatan mendapati kematian beng hock ada kena mengena dengan ketamakkan DAP mengaut hasil bumi Selangor..DAP menarik diri, konon-konon siasatan tak telus….tapi yang sebenarnya depa nak ” cover line “, sebab dah kantoi.

  5. korokstabang says:

    suruhanjaya diraja sudah putuskan teoh MATI BUNUH DIRI kenapa di layang komunis dap sepatutnya apabila suruhanjaya diraja sudah buat keputusan pihak pdrm perlu membantu sprm menyambung siasatan keatas Ean Yong Hian Wah kerana siasatan sprm keatas yong telah tergendala kerana saksi teoh BUNUH DIRI ini semua wayang dap bagi menghalang sprm menyambung siasatan keatas yong

Leave a Reply