Menu Utama

Taraf Pemikiran Sampah dan Sikap Mahasiswa UM Berbanding Thailand

Oleh AJAB

Pagi ini ada gambaran menarik yang menumpukan fokus saya terhadap laporan berita mengenai kegiatan mahasiswa. Satu kisah di Thailand, satu lagi di Malaysia. Kedua-keduanya bersifat perjuangan atas perkara yang berbeza.

Di Thailand ratusan pelajar Muslim berkumpul di masjid utama di Pattani semalam bagi memperingati ulangtahun ke-10 peritiwa pembunuhan beramai-ramai di Tak Bai.

TAK_BAI_ANNIVERSARY_THAILANG_AFP_251014-653x463

Pada 25 Oktober 2004, kira-kira 2000 orang mengadakan berkumpul di hadapan balai Polis Tak Bai membantah penahanan enam orang lelaki yang dikatakan pemimpin gerakan pemisah.

Dalam usaha menyuraikan penunjuk perasaan, 85 orang terbunuh, sebahagian besarnya ketika sudah berada dalam tahanan tentera.

The detainees were then stacked atop one another in trucks and transported to Inkayut Military Camp in Pattani Province. The drive took five hours, and by the time the trucks arrived at the destination, 78 detainees had died from suffocation or organ collapse.

Konflik tersebut mengorbankan 6,000 nyawa dalam sedekad di kawasan majoriti Muslim selatan, di mana pihak pemisah sedang berjuang untuk autonomi daripada kerajaan Thai.

um_student_leader_fahmi_zainol_5Di Universiti Malaya, Malaysia Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol sedang berhadapan dengan kemungkinan tersingkir dari universiti apabila beliau mahu meneruskan program haram bagi menyelamatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat.

Themalaysianinsider.com memetik Fahmi sebagai berkata “Biar pelajar melihat kebenaran, ketika mereka boleh mendapatkan ilmu dari institusi terkemuka di Malaysia, akhirnya mereka masih dikawal oleh pihak berkuasa yang tidak adil.

“Saya bersedia untuk dipecat, untuk dipenjara, apa pun demi menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik.”

Ketika saya menghormati dan mengkagumi mahasiswa Islam di Selatan mengadakan himpunan aman mengingati peristiwa kematian lebih 85 orang tersebut, perkara yang sama sukar saya terjemahkan dalam memahami pemikiran pemimpin mahasiswa “alma mater” saya ini.

Saya fikir ada sesuatu yang janggal dan luar biasa dengan Universiti Malaya jika selepas puluhan tahun menjadi universiti terkemuka negara, para pimpinan mahasiswanya masih gagal memahami perbezaan antara kebebasan bersuara dengan usaha mencampuri urusan keadilan dan Mahakamah.

Apa yang mahu dianjurkan bukan satu majlis diskusi akademik yang terbuka, telus dan bebas seiring dengan wacana keilmuan menara gading. Sebaliknya, Mahasiswa cuba mengadakan majlis untuk mendahului keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan bersidang pada 28 dan 29 Oktober ini.

Apa yang mahu dianjukan bukan program bersifat mencari ilmu, tapi penganjur telah menyatakan Mahkamah negara ini tidak adil dan memanggi orang yang dituduh mempertahankan dirinya secara sebelah pihak tanpa mengambil kira bukti, saksi dan fakta kes. Apakah ini bentuk kebebasan akademik yang dilaung-laungkan?

Bayangkan adakah majikan yang mahu mengambil graduan Universiti Malaya bekerja pada masa hadapan jika pemikiran Fahmi ini menjadi tanda aras kebolehan berfikir mereka?

Saya percaya ramai yang bijak pandai dan matang di dalam Universiti Malaya ini. Malangnya mereka telah melantik “sampah” sebagai pemimpin, maka stigma tersebut mungkin memberi kesan kepada mereka suatu hari nanti.

Buat masa ini itulah perbezaan pemikiran besar mahasiswa kecil di Pattani dengan pemikiran sampah mahasiswa dari universiti terkemuka Malaysia.






14 Komen to Taraf Pemikiran Sampah dan Sikap Mahasiswa UM Berbanding Thailand

  1. Uturn says:

    Pecat saja sial ni. Org masuk u utk belajar bukan utk buat program haram. Lepas tu keluar tak ada kerja sebab otak kosong. Last2 salahkan kerajaan juga. Celaka betul

  2. Memang Terok says:

    Mereka tidak perlu mengkaji siapa AnwarIbrahim sebenarnya sebelum ambil keputusan bermatian menyokong dia. Dengan mengkaji keterlaluan hanya akan menyerabut lagi akal pemikiran mereka sendiri.

    Mereka cuma perlu guna sedikit akal, anugerah Allah itu, buat memikir kesohihah kes Anwar paling alkhir itu . Samada kejadian yang didakwa fterkandong lojik didalam nya atau terus tak lojik dari segi penerimaan, akli.

  3. Pejuang IMR says:

    Bak kata Nik Ajis – Otak dah penuh dengan ulat (Berulat)

  4. yon76er says:

    Species Mahasiswa camnilah yg akan mewarnakan bilik2 diPenjara2 Malaysia..Welcome Bro to The Club Med. FOC lagi…kalau bro xcheck in pon kat luar mana ada yg nakkan Bro berkerja…Ponteng buat kerja DEMO siang malam ajer,,Tapi AlJub LIKE u Bro…

  5. tony gunawan says:

    51% rakyat malaysia sokong anwar!

    tiada siapa mampu menafi hakikat tersebut termasuk umno!

    hidup anwar! hidup anwar! hidup anwar!

  6. korokstabang says:

    dia cabar supaya di tendang dari UM nak tunggu buat apa lagi tendang saja budak hingusan ni dari UM mak bapak hantar ke U di suruh belajar dan di beri biasiswa jpa oleh kerajaan tapi bodoh menyusahkan mak bapak

  7. terangsang says says:

    u ni presiden budak um ya. jangan harap sangat kalau pr memerintah pinjaman ptptn tak perlu bayar.. orang lain yang sedapan dilubang longkang engkau pun nak terjun longkang. tiada siapa yang mampu tolong jika sesiapa pun suka hidup bergelumang najis. kecuali diri sendiri yang rela keluar dan membersihkan diri. jika orang normel nak tolong mungkin sekadar menghulur kayu atau tali, selebihnya terpulang kepada akal u, budak u.kenapa tak panggil saiful sama.?

  8. Aq Anak Malaysia says:

    Kalau dijemput Ahmad Maslan ke UM confirm xkn jd isu mcm ni. Walaupun menteri CGPA3.85 itu kategori mentri bodoh. Hnya disebabkn Anuar Ibrahim ini dr Parti Pembangkang, semua nk spin jdkan isu. Pihak UM pula dilihat lbih kearah kerajaan n tidak bersifat neutral. Pelajar dikawal dr segi minda n tingkah laku supaya mengikut telunjuk pentdbiran UM dan student hilang hak utk bersuara. That y bila masuk ke alam pekerjaan, kebanyakkn student lahir dr universit malaysia ibarat seperti robot yg diprogramkan.. Otak masih berfikiran jumud n xde langsung pengetahuan trutama nyer pengatahuan am. Dr segi pemikiran pula, tidak berupaya berfikr secara kreatif, kritis and ilmiah. sekiranya ini masih lagi bertuerusan, maka tidak akan hairan la mutu pendidikan kita semakin mundur apabila campur tangan ahli politik mengwal segala pntadbiran di dlm universiti.

    • KuntaKinte Malaysia says:

      masalahnya Anwar Ibrahim datang mahu ceramah berkenaan kes liwat beliau di mahkamah. selesai kat mahkamahlah.

  9. wong jo woo says:

    ini budak2 yang selalu tuang kelas..dh kompom dia tak leh lulus..buat jelah apa yang boleh glamer..janji ada orang sanggup bayar..caya tak kalau tak de yang bayar budak2 bingai ni nak buat keja bodoh ni..tak de untung kan..last nnti yang muka jambu jadi bahan sodomi nuar je…tak caya tengokla lepas kes sipol ni mesti ada lagi mangsa nya..kalau nuar belum mati lah..

  10. jentayu says:

    anak Malaysia bodoh,
    masalahnya mahasewel2 ni nak kebebasan bersuara bila smp benda2 utk memberontak. dalam kelas kuliah selalu lecturer bg peluang student bertanya atau sanggah apa yg dia ajar tp kebanyakan masa diam atau tido. itulah kualiti pelajar ipta kita. lps tu sibuk jd proksi parti politik. ni ko bgtau aku, idola juburi ko tu kan ke champion bercakap masa zaman uni dia lagi? so apa kejayaan sepanjang dia ada dalam pentadbiran kerajaan? kalau ikut pengalaman aku ni, manusia yg banyak cakap ni selalunya hampeh. yg diam, selalu buat keje, x kecoh cari publisiti tu yg bagus. jd jgn ingat org yg melawan tu kreatif, kritis atau brilliant. kaki lawan ni biasanya sampah sbb tantrum tak dpt apa yg dia nak. ko ingat majikan nak ambik ke bekas pelajar yg ada rekod kaki lawan? kalau kerajaan pun dia berani langgar, syarikat apatah lg. buat lingkup company je. kesimpulannya pemikiran ko ni boleh tahan bodohnya jugak ye. kalo ko tergolong skali dlm grup mahasewel aku nasihatkan ko berenti jela. masih belum terlambat sebelum ko melangkah ke alam pekerjaan. sekian.

  11. bangKano says:

    Ramai intelektual kita punya tahap pemikiran ala sampah kenapa…? Puncanya cuma satu kita begitu obses terhadap para pelajar berjaya skor 5A dalam UPSR,12A dalam PMR & SPM. Pada mereka terutama ibubapa kejayaan anak anak mendapat berbelas belas A menjadi satu kebanggaan penuh kepalsuan…seolah- olah anak anak ini dah serba pintar dalam kehidupan. Tetapi realitinya mereka ini jahil dalam mengharungi penghidupan serba pancaroba dalam arena global. Mereka begitu rigid,beku & statik. Mereka memang mahir dalam menghafal fakta & figura tetapi gagal dalam mencerapi kesemua unsur akademis dalam menafsir secara analisis dalam masa nyata/realtime. Dampak pada sosial kerana mereka gagal dalam menjana kehidupan realiti..itulah hasil dari sistem pendidikan serba usang yang cuma mengutamakan penghafalan fakta & figura. Pemikiran mereka tidak kritis walaupun telah ternobat sebagai intelektual…sering menzahirkan idea sampah. Walau bagaimanapun di atas kebijakan para pemimpin kita telah berani menggubal satu sistem pendidikan ke arah pemikiran berfalsafah tinggi,kritis & analitis.

    Diharapkan akan lebih ramai lagi sistem pendidikan terbaru kita dapat mengeluarkan produk insan berintelektual tinggi menghasilkan teori & teknologi tinggi setaraf dengan negara maju.

Leave a Reply