Menu Utama

Suasana Hambar & Suram Bertukar Menjadi Lengang Di Hari Ketiga Perbicaraan Kes Liwat Anwar

Betullah kata para pemerhati politik, semangat penyokong pembangkang untuk memberi sokongan moral kepada Anwar Ibrahim yang dalam proses perbicaraan rayuan terakhir bersabit kes liwatnya kini terlalu banyak bezanya berbanding suasana keterujaan penyokongnya di zaman kegilaan reformasi dulu.

Dulu sewaktu Ketua Umum PKR itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998 & 99, saban hari ribuan penyokong Anwar yang tersampuk dek kegilaan gerakan reformasi sanggup berhujan panas berhari-hari lamanya bertahan sehinggalah keputusan diumumkan oleh Hakim.

Mereka hadir kerana yakin Anwar dianiayai dan menjadi mangsa konspirasi politik peringkat tertinggi. Soal setinggi langit atau sekadar mencecah awan mereka tidak peduli, yang mereka yakini adalah Anwar telah dizalimi dan wajib didukung maruahnya walau terpaksa berkorban wang ringgit, masa, keluarga dan kerjaya sendiri.

Itu dulu, zaman di mana akal waras kebanyakan penyokong Anwar berjaya dikalahkan oleh rasukan semangat menggila lebih-lebih lagi setelah berlakunya insiden tumbukan oleh bekas KPN, Rahim Noor yang melebamkan sebelah mata Anwar yang akhirnya diabadikan seumpama mata dajal pada panji-panji mereka.

Sekarang pula sejak hari pertama hingga hari kedua perbicaraan di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya dapat disaksikan kehadiran gerombolan penyokong Anwar hanya berjumlah ratusan orang sahaja. Itu pun kebanyakannya hadir disebabkan mendapat upah wang ringgit dan baju t-shirt.

Masuk hari ketiga hari ini, suasana yang hambar dan suram akhirnya bertukar menjadi lengang semacam kawasan persekitaran Istana Keadilan dilanda garuda pula gayanya. Hanya kelibat beberapa puluh orang sahaja penyokong Anwar yang kelihatan. Mana mereka yang lainnya menghilang?

Beberapa keping gambar yang tiada watermark yang penulis ambil dari beberapa blog sahabat seperti CTS, headbomb, IBM Online serta Buletin 247 yang dilampirkan bersama artikel ini barangkali cukup sebagai bukti hakiki kebenaran suasana lengang yang penulis katakan tadi.

Malang bagi Anwar kalau belum menyedari perbezaan harga dirinya yang dulu dirasakannya tinggi kini sudah jatuh merudum ke dasar perigi. Dulu di tahun 1998/99 berhari-hari Anwar diiringi ribuan manusia yang tak sedar diri sepanjang perbicaraan di Mahkamah Tinggi, sekarang baru hari ketiga perbicaraan makin ramai yang menyepikan diri.

Kini apa sudah jadi? Baru hari ketiga dah ramai yang menyepi tidak ambil peduli. Mungkinkah semangat mereka sudah hilang melayang atau mungkin juga sudah dilanda kebosanan? Atau terpaksa akui dua tiga hari berhujan panas melayan pelbagai teori konspirasi basi menyebabkan mereka cepat kepenatan?

Barangkali juga bajet upah berhimpun di jalanan hanya sekadar untuk dua hari sahaja kerana jadual perbicaraan asalnya begitulah. Mungkin ini sebab sebenar dan logik untuk menjawab persoalan kenapa hari ini lengang dan sepi.

Nampak gayanya kerahan saat akhir oleh PKR dan segelintir pemimpin PAS Anwarinas untuk mengerah kekuatan hari ini sudah jelas terbantut, mungkin hanya akan diperlihatkan esok hari atau Isnin nanti barangkali.

Apa pun, berdasarkan senario ini, sia-sialah usaha berminggu-minggu Anwar keliling negara menjaja propaganda dan temberang yang buah hasilnya dari lawan tetap lawan akhirnya menjadi hangat-hangat tahi ayam.






15 Komen to Suasana Hambar & Suram Bertukar Menjadi Lengang Di Hari Ketiga Perbicaraan Kes Liwat Anwar

  1. Adam Abdullah says:

    Mungkin mereka sudah faham sistem siasatan, pendakwaan, DNA, penghakiman dan Undang-Undang Malaysia. Mereka sudah sedar dari mimpi.

  2. itsme says:

    cheque tak dak kuar lagi.. gaji tarak!!

  3. Memang Terok says:

    Mereka hadhir kerana diminta hadhir. Mereka buat sekadar memenohi satu arahan. Mereka sedar mereka ada tanggungjawab pada diri, majikan dan keluarga mereka. Mereka sedar jika mereka dipecat setelah memaksa diri beberapa hari diluar kawasan tugas mereka yang diluar kehendak naluri mereka , jika dipecat tak akan ada orang yang akan membela.

    Lepas itu mereka pun cabut. Dalam hati, kau Anwar boleh pergi mampus. “dulu kau liwat Azizan drebar bini kau,kau liwat sukma adik angkat kau,kau liwat press secretary kau, kau main bini kawan kau… Sekarang kau tembak saiful, pembantu kau…. lepas ini siapa pulak.”??.

    Kecuali mereka semua itu otak diletak dilutut.
    Tapi kita tak rasa semua mereka otak diletak
    ditempat yang salah. Sorang dua, mungkin ada,
    tapi bukan semua.

  4. raplahjingaa says:

    Larat depa nak ponteng kuliah sampai 2/3 hari, yang bekerja pulak, sapa nak percaya depa MC sakit sampai 3/4 hari…sedangkan sebelum ni sihat walafiat. Makcik-makcik tak cukup akal pulak, larat ke laki dan anak-anak depa makan maggi 3/4 hari ?? alamat kena penyepak la jawabnya.

  5. Mek esah says:

    Welcome abg non…..kata Sg.buloh !!!!

  6. wong jowo says:

    nuar patutnya disumbat kat kandang gay ..jadi dia taklah meroyan sampai mati..

  7. jagungmentah says:

    Rakyat hakim negara!
    Rakyat doktor negara!
    Rakyat Jurutera negara!
    Suka le budak2 bodoh malas blaja…
    Tak perlu lg susah2 perah otak tuntut ilmu..
    Sume bleh jadi professional tanpa kelayakan..
    Yg budak2 ni tak tahu..mereka hanyalah tools anwar..

  8. itsme says:

    sape suruh bantai PAS??? jgn harap ler nak ramai berbondong2 kalau PAS tak sambut. Dah lah ko saman presiden PAS tu lps tu hang ingat senang2 depa nak mai p sokong ko nuar?? la ni hang baru tahu langit tinggi rendah.. sket masa lagi sampai pru14, ko tgk dr dlm jel tu calon2 pkr semua hilang wang pertaruhan kalau ada yg mng pun kes sbb ko org bwk bangla ngan philipines masuk undi..

    aku nak sgt tgk sirafizi tu masuk dap..

  9. Adam Abdullah says:

    Rukun Iman 6 Perkara. Rukun Islam 5 Perkara.

  10. Adam Abdullah says:

    Percaya, Ingat dan Terus Amalkan Rukun Iman.

  11. Adam Abdullah says:

    Nasib Oh Nasib Pasal apa Nasib aku macam ini?

  12. tuah says:

    orang tak serbu tgok perbicaraan dia,ramai serbu kaunter tiket piala malaysia.
    bye2 nuar.

  13. siti says:

    gomen bayar gaji awal bulan ni…jadi duit dah abis..upah berdemo tak dapat lagi kot!!! 🙂

Leave a Reply