Menu Utama

Sistem Subsidi Petrol Kekal Hingga Kerajaan Puas Hati Cadangan Baharu Lebih Baik – Najib

DUBAI 30 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, subsidi petrol berdasarkan pendapatan hanya akan dilaksanakan setelah kerajaan berpuas hati dengan cadangan yang dikemukakan.

Menurutnya, adalah terlalu awal untuk beliau menjelaskan perkara itu kerana kerajaan belum meneliti kertas cadangan berkaitan.

“Sehingga keputusan dibuat yang pakejnya akan dijelaskan kepada umum kelak, sistem subsidi yang ada sekarang kekal,” katanya yang memberi masa penelitian cadangan tersebut sehingga akhir tahun depan.

Isnin lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadz­lah mengumumkan bahawa rakyat berpendapatan rendah kurang RM5,000 sebulan akan diberi subsidi petrol sepenuhnya, manakala berpendapatan menengah bermula RM5,000 hingga RM10,000 sebulan menerima subsidi pada kadar lebih rendah.

Golongan berpendapat­an tinggi iaitu melebihi RM10,000 sebulan tidak akan menerima subsidi petrol dan perlu membayarnya mengikut harga pasaran.

Semasa pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum, agar pemberiannya lebih tersasar kepada golongan yang memerlukan. – UTUSAN ONLINE

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/subsidi-petrol-dilaksana-setelah-kerajaan-puas-hati-kertas-cadangan-pm-1.18661#sthash.rrKlowwA.dpuf






14 Komen to Sistem Subsidi Petrol Kekal Hingga Kerajaan Puas Hati Cadangan Baharu Lebih Baik – Najib

  1. Tubir says:

    Hapuskan terus lagi baik…….tak payah pening pening kepala…..Mula mula terasalah peritnya lama lama dah jadi biasa .

  2. Adam Abdullah says:

    Says cadangkan wakil dari Polis, Kastam, SPRM diberi peluang until turut sana dalam penyedian sister subsidi RON 95 kerana mereka lebih faham tentang “ground application”, practical dan enforcement.

  3. itsme says:

    kerajaan seharusnya memberi penerangan yg cukup jelas dahulu kpd rakyat akan pelaksanaan rasionalisasi subsidi ini, la ni belum pun ianya dimuktamadkan ceritanya dah ada versi2 awal yg memungkinkan kecelaruan dikalangan rakyat. Ini seharusnya di elakkan agar tiada penyalahsebaran maklumat kpd rakyat dan dlm hal sebesar ini seharusnyalah ianya diumumkan oleh PM sendiri agar semua lapisan rakyat dpt bertenang dan tempoh tertentu diberikan sebagaiman GST yg melalui fasa2 tertentu demi penerimaan yg lebih rasional dikalangan rakyat.

  4. Adam Abdullah says:

    Pernahkah tidak terjadi dimana wang berjuta RM dibelanjakan untuk membayar Consultant untuk sediakan sesuatu sistem dan akhirnya sistem tidak dapat dipakai kerana tidak pratikal. Consultant yang untong!

  5. raplahjingaa says:

    Elok la tu…kekadang kerajaan pun suka merapu dana tak ketahuan punca, menyusahkan rakyaat, selagi dok layan kerenah macai-macai pembangkang selagi tu la kita tak kan ke mana, dan itu la yang depa mau.

  6. GT86 says:

    Senang aje Najib ni cakap…dia ke mana-mana pakai keta kerajaan, semua support, bole lah citer.
    Kepimpinan tak melalui tauladan.
    Lantik consultan yang bukan-bukan, rakyat yang kene tanggung semua.
    “Pencapaian di utamakan” Dia dapat nama, rakyat dapat apa?

  7. Mek esah says:

    Nasib le boleh pemimpin yg tak berapa hebat mana…terima je la

  8. raplahjingaa says:

    Tu la mek, aku setuju sangat dengan hang….sorang dok tengah berdebar tunggu keputusan mahkamah sebab suka meliwat, sorang lagi dok tension nak cari duit bayar saman sahabat sepakatan.

    Terima je la.

  9. terangsang says says:

    subsidi minyak ni kalau aku punya aku buat sistem outomatik je. 35liter pertama aku bagi harga subsidi nak isi lebih outomatik pergi ke harga pasaran setiap kali pengisian. tangki minyak kereta bukan kelas mewah lebih kurang macam itulah saiznya. boleh bro. kalau orang nak cilok pun kena beratur panjang. bayar di kaunter. he he. aku tak kesah aku keta kecik.

  10. wong jowo says:

    najib ni aku cadangkan dia masuk rancangan super spontan lagi bagus..sebab dia selalu cakap tak pikir ..main hembus je janji bercakap..dh cakap buat dalih…kalau tak de idea senyap jelah duduk diam2 cukup bulan amik gaji..lepas lima taun sebelum pilihanraya keja kuat sikit..bagi BRIM lebihkan sikit..baru leh menang pilihanraya..lepas menang kasi suma naik..baru bangga rakyat malaysia hidup cara moden ..beli barang yang rege mahal2..walau gaji sikit2..mampu beli barang mahal2…negara maju mana leh beli rege murah..tak bangga lah..ehh melalut plak aku..huhu…

  11. wong jowo says:

    wah terangsang punya idea mmg kelas ..aku setuju…macam nilah patutnya menteri kewangan..tapi menteri mana terfikir macam tu tangki keta diaorg beso2..lupa lah dia kat malaysia ada org pakai keta tangki kecik..

  12. bujuk says:

    Mengarut semua…
    Apa kerja menteri di JPM dan penasihat PM?
    Sepatutnya benda ni disebut sebelum potong subsidi dan bukan selepas potong subsisdi. Aku lebih suka tiada subsidi daripada setiap tahun K’jaan potong subsidi. Jangan pulak.. lepas ni minyak kena cukai pulak bila k’jaan tak tau nak cari hasil lain nak tampung BR1M dan kos beli undi rakyat.

  13. raplahjingaa says:

    Hang ni bujuk….tak dak yang positive langsung !! subsidi salah. tak subsidi pun salah, pokoknya hang ni serba salah..hehehe

  14. WTF says:

    Bujuk suka sekiranya tiada subsidi diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk minyak dan petrol untuk kegunaan domestic???

    Account hang dlm MYKMU kena HACK ka Bujuk???

Leave a Reply