Menu Utama

Seribu Alasan Bila Kalah, Cuba Kalau Menang…

PAS hari ini jadi parti paling politik paling barua dalam Malaysia. Barua kepada DAP dan barua kepada PKR. Malah dalam PAS pun ada barua dalam barua juga. Bertanding dan menang atas tiket PAS tapi bila dalam dilema, sokong PKR dan DAP.

Sehinggakan ada takde parti ini tak memberi kesan apa-apa kepada Islam. Ada takde parti ini, sudah terbukti tak menguntungkan Islam walau sebesar zarah, termasuk di negeri yang mereka perintah.

Yang kongsi-kongsi perintah macam Selangor jangan cakaplah, pesta arak ada, pesta sentuh anjng ada, tak lama lagi pesta sentuh babi pula. Semuanya berkemungkinan selagi PAS ada disitu.

Maka itu tak hairan bila PAS, melalui Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan hari ini, cuba perkecil kemenangan BN di Pangkalan Kubor tempoh hari, konon itu BUKAN bukti kekuatan UMNO tapi KEJAYAAN parti itu membaca situasi politik di Kelantan.

Ini barua macam mana punya alasan?

Cuba kalau dia menang (macam di Sungai Limau), walaupun majoriti merosot dengan begitu ketara sekali, kemenangan itu diarak dan diperbesarkan seolah-olah Kedah sudah jatuh ke tangan mereka.

Tapi sebab yang sokong ini pun lebih ramai yang tak cerdik, maka alasan paling dangkal seumpama ini tetap diguna pakai untuk mengurangkan keresahan balaci yang dahagakan penjelasan bagaimana PAS boleh kalah lebih teruk dari PKR walhal Tumpat dan 3 DUN lain di dalamnya, dimenangi PAS.

Ahmad Yaakob, sendiri adalah Yang Dipertua PAS di kawasan ini, itu pun boleh kalah lebih teruk dari PKR dalam PRU13 dulu. Usah kata menang, nak kurang majoriti pun tak boleh, nampak sangat aura takde.

Kena akuilah, masalah PAS hari ini bukan UMNO, tapi DAP, PKR dan menariknya, dalam PAS itu sendiri. UMNO sekarang hanya kutip hasil dari segala perbalahan dalaman PAS dengan sesama sendiri dan sesama PKR/DAP.

Selamat Hari Deepavali kepada semua orang India.






17 Komen to Seribu Alasan Bila Kalah, Cuba Kalau Menang…

  1. moo says:

    Wah..semenjak bila UMNO ambik berat parti komponen PR ni. Kalau nak PAS pekata umno offer PAS join BN? Dia nak tak?

  2. adi says:

    Umno pun tak heran, masih jadi kerajaan malaysia di pimpin olih orang umno. Tak masuk lagi baik contoh dah ada jadi dun tiket pas tapi sokong pkr lawan pulak pemimpin pas. Asal orang pkr pun dari orang umno yang tak dapat jawatan dalam umno atau di buang memang tak bolih pakai..sejarah akan menjadi guru yang terbaik.

  3. raplahjingaa says:

    Tu la hang mooo…hati hang dah terlalu busuk dan hitam hingga hang dah tak nampak apa-apa, aku sebenarnya sedih atas apa yang berlakua pada PAS, aku harapkan ada dua parti dominan melayu di negara ni, satu yang memerintah UMNO / BN dan satu lagi yang jadi pembangkang PAS/PKR/DAP, tapi harapan aku tinggal harapan, hanya ada UMNO / BN dan sebelah sana parti cina DAP dan pengikut setia PAS, jauh sekali PAS untuk menjadi dominan dalam pakatan haram.

    Parti komponen PR ??? yang ada cuma DAP /PKR, PAS hanya pengikut, tukang peramai…

  4. […] Adamyan PAS hari ini jadi parti paling politik paling barua dalam Malaysia. Barua kepada DAP dan barua […]

  5. Uturn says:

    kekalahan pas di pengkalan kubor sebenarnya ialah keputusan yg sangat memalukan pas. mereka sebelum ini dgn penuh keyakinan berkata sekiranya pas bertanding maka pas pasti menang……apa jadi??????

  6. bujuk says:

    UMNO/BN menang PRK biasa.. kalau kalah baru luar biasa. Ini kawasan BN bukan kws. PAS.. jadi dengan sekian bala tentera k’jaan dikumpulkan d P.Kubur, kalau BN kalah memang dah nak pupus la. Sekian banyak PRK, kalau BN menang kecil bila PRU BN kalah dan jika PR menang PRK.. memang susah BN nak rampas semula. Jadi PAS tak perlu bimbang sangat dan UMNO jangan nak sombong sangat.
    Dengan sekian masalah dalaman dan hiruk pikok PR, BN memang layak menang.. tapi PRU belum tau boleh ulang kemenangan tersebut.

  7. raplahjingaa says:

    UMNO sombong ?? hak eleh…siapa yang kecoh bagi alasan ?? aku rasa UMNO pun dah lama mula buat kerja setelah kemenangan PRK pengkalan kubur, dah tak peduli lagi alasan menang atau kalah…kalau nak berpolitik sepanjang masa, bila nak buat kerja untuk rakyaat ???

    BN kalah ke menang ke, PAS tetap menjadi parti bermasaalah…, itu la berdoa lagi terpekik terlolong macam siamang, minta kemusnahan orang….

  8. moo says:

    Umno boleh hidup lagi sbb memperbodohkan rakyat malaysia dgn menguasai media utama, mahkamah… padahal hari ni umno dah lama hilang2/3 majoriti, malah undi popular pun hanya 48% . Itupun byk dapat sokongan masyarakat luar bandar sabah dan sarawak. Kalau game on even ground,dah lama umno bu*gkus….

  9. paspispus says:

    Buruk2 umno pun tk la smpai mengkafir2 org lain..bagusnye pas ni mudah sgt mengkafir2kn org lain…islam ni bkn agama mak bapak kita…islam ni hak tuhan..hanya tuhan yg menentukan islam seseorg itu…kata tuhan.”…aku tidak melihat rupa paras yg cantik,aku tidak melihat perbuatan yg baik…aku melihat hati org2 mukmin…”…kata tuhan lgi…” …hati org mukmin itu istana allah…”…jd…i gat2 mati dari ingat prrbuatsn buruk org lain…melihat buruk sendiri adalah lebih baik dari melihat buruk org lain supaya timbul kesedaran maupun keinsafan…

  10. Badrole Amin says:

    DAP Sarawak sudah halau(putuskan kerja-sama) PAS tidak mahu ‘bertahaluf siyasi’ lagi dengan PAS Sarawak, maknanya PAS Sarawak terpaksa bertanding dan berkempen sendirian semasa PRN Sarawak

    apa perasaan bujuk bila DAP menjadikan PAS seperti tisu lap berak di Sarawak?

    hehehehe

  11. Badrole Amin says:

    bujuk tahu tak kenapa DAP nak bersendirian(berkempen untuk PRN Sarawak) tak mahu ada kerja-sama lagi dengan PAS di Sarawak?

  12. raplahjingaa says:

    Apa la hang ni mooo…PRU 13 berakhir dah lama, hang dok berkhayal lagi apasal ?
    Satu dunia ikhtiraf Najib PM Malaysia…puak hang saja yang dok bermimpi di siang hari.

    On even ground ?? tanpa fitnah, tanpa pembohongan, tanpa rusuhan ?? hehehe…dah lama DAP/PKR/PAS masuk muzium, hang tak sedar ke moooo ??

  13. alimedanbaru says:

    kepada moo hiduplah kamu dengan bermandikan kencing PKR DAP dan PAS
    Dah basah kuyup dan hancing pun masih tak sedar diri
    sedarlah
    UMNO adalah pemerintah negara Malaysia
    UMNO tetap tegak sebagai peneraju Malaysia, Asean dan sekarang duduk dlm PBB yg ada kuasa buat dasar dan rencana PBB
    UMNO adalah parti bangsa Melayu yg bermaruah
    kata DAP.. UMNO ADALAH ABANG YG MENGAWAL ADIK2NYA
    sedangkan PAS adalah anak tiri yang dijadikan hamba sahaya DAP dan PKR bila diperlukan…

  14. wong jowo says:

    kalau pas barua dap apa kurangnya umno barua mca..pas ada gak komplin dap..tapi umno mana berani komplin..mca dh tak penting dalam pemerintahan pun masih di pujuk2 jadikan menteri..padahal satu kerusi pun tadak..napa melayu umno tak pandai jadi menteri ke..bodo betullah pak najib

  15. samad says:

    PAS hanyalah parti yang ditubuhkan untuk memecahbelah perpaduan bangsa melayu.

    PAS hanyalah alat British yang dicipta untuk menghapuskan semangat kebangsaan bangsa melayu yang membolehkan Tanah Melayu merdeka. Semangat itu dizahirkan menerusi UMNO.

    itulah sebab PAS hanya akan menentang UMNO sahaja. Sebab PAS dicipta untuk itu.

  16. ajakq says:

    Moo. Betul BN hanya dpt 48% tp dalam jumlah tu lebih 75% adalah melayu. Walaupun pr menang undi popular 52 % tp majoritinya adalah cina india. Minta maaflah moo, kalau aku la, malu nak rasa bangga malah lbh takut sbb kalau dgn majoritintersebut pr memerintah, jawabnya kafir la yg memerintah. So kami org umno lbh berbangga dg angka 48% daripada 52% sbb org islam bersama kami

  17. WTF says:

    Nak lawan base on even ground Mooh???

    On even ground, dah sah2 gabungan parti2 Pakatan Rakyat yg tidak berdaftar (kira pertubuhan parti HARAM) kalah sebab 51% tu berpecah kepada tiga pihak!!!

    Kalau ikutkan undi populariti, BN dapat 47%, DAP dapat 21%, PKR dapat 17% dan PAS hanya dapat 12%

    Hang ni Mooh, bila nak berhenti MABOK ni!!!
    _____________________________________________________________________________
    Kepada saudara wong jowo, sejak bila UMNO jadi barua DAP???

    Cuba ulas dgn lebih sikit!!!

Leave a Reply