Menu Utama

“Rakyat Hakim Negara”, Perjalanan Anwar Bakal Diiringi Pengikut Bebal Sahaja

Oleh Riana Abd Aziz

Tarikh 28hb Oktober ini makin dekat dan semakin ligat Anwar cuba tonjolkan kepada dunia bahawa beliau dianiaya melalui konspirasi UMNO dan Barisan Nasional dalam kes liwat kedua yang melibatkan pembantu khas beliau, Saiful Bukhari.

anwar-ibrahim-human-rightBerbekalkan nama program, “Rakyat Hakim Negara”, Anwar lagi sekali membuat ‘roadshow’nya hampir di seluruh negara. Bersama dengan Anwar sejak pelancaran ceramah tersebut pada 21 Oktober yang lalu adalah Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden Pas dan juga beberapa pemimpin Pas yang aliran Anwarinas termasuk Mahfuz Omar.

Kali ini Anwar terpaksa terima hakikat bahawa siri ceramahnya yang berbau menghasut itu tidak lagi sehebat dahulu. Kehadiran pendengar yang jauh lebih sedikit dari awal-awal kes ini disebut di Mahkamah dan juga suara-suara penceramah yang hambar kerana ianya masih dengan ayat-ayat lama, konspirasi UMNO dan BN.

Terbaru, semalam di Permatang Pauh, kawasan Parlimen beliau sendiri. Kehadiran pendengar yang tidak mencecahpun jumlah 1000 orang merupakan pukulan hebat kepada Anwar sendiri. Kalau dilihat penyebaran gambar-gambar di media internet, juak-juak Anwar terpaksa mengambil gambar dari sudut untuk nampakkan betapa ramainya hadir demi menjaga airmuka Anwar.

Ayat-ayat yang tercatit di dalam media internet pro Anwar juga menampakkan penulis-penulisnya terpaksa membuat alasan dengan mengaitkan keadaan cuaca, hujan lebat dan angin kencang menjadi halangan kepada jumlah kehadiran semalam. Kalau hujan lebat, gambar kehadiran penyokong Anwar tidaklah ada yang sampai boleh duduk bersila santai tanpa menggunakan payung. Paling ketara, kemana pergi golongan belia yang selama ini dalam mana-mana ceramah Anwar?

Menurut pemerhati politik, Pas tidak akan turun berdemo di hadapan Istana Kehakiman pada 28 Oktober ini berikutan isu krisis Menteri Besar Selangor yang mana Pas dilihat teruk dihentam dari dalam dan luar parti. Hinggakan nampak jelas wujudnya kumpulan parasit dalam Pas, Anwarinas. Kumpulan ini seperti yang kita tahu dengan terang-terang tidak menyokong pendirian Presiden Parti, Hadi Awang dan juga dengan berani menentang keputusan Majlis Syura Ulama, satu badan yang tertinggi dalam parti Pas.

Maka dengan kerana itulah Anwar mengheret Mat Sabu kemana sahaja dalam ceramah mengajak rakyat turun berdemo pada hari yang akan menentukan hidup matinya dalam dunia politik Malaysia akibat perlakuan moral luar tabi’inya itu.

Apakah ahli Pas sanggup melanggar amaran dari Presiden parti tentang “Barua” dan juga “Broker” yang wujud dalam parti seperti kes 2 Adun Pas menentang pendirian Hadi Awang dalam isu kemelut Menteri Besar Selangor?

Atau Hadi Awang bakal tunduk pada kehendak majoriti ahli Pas yang inging ‘selamatkan’ maruah Anwar pada hari tersebut?

Kemungkinankah Hadi Awang bakal buat lagi sekali pusingan “U” yang sudah sebati dengan pendirian pemimpin Pas dalam mejaga periuk nasi masing-masing?

Kali ini kita bakal lihat adalah pengikut-pengikut Anwar yang bebal sahaja, yang ada kepentingan peribadi dalam perjuangan yang sanggup buat apa sahaja demi Anwar akan mengiringi beliau ke Istana Kehakiman Putrajaya.



(Next News) »



9 Komen to “Rakyat Hakim Negara”, Perjalanan Anwar Bakal Diiringi Pengikut Bebal Sahaja

  1. […] Kali ini Anwar terpaksa terima hakikat bahawa siri ceramahnya yang berbau menghasut itu tidak lagi sehebat dahulu. Kehadiran pendengar …read more […]

  2. hajimat says:

    Selamat berangkat ke “istana” Sg Buloh wahai pengkhianat Bangsa, Agama & Negara.
    Anak cucu akan membaca sejarah busuk anda suatu hari nanti, dan Insya Allah ianya akan menjadi teladan yang berguna buat semua.
    Bon Voyage! Al-Juburi!

  3. raplahjingaa says:

    Sekali lagi anwar cuba tarik rakyaat untuk selamatkan hobby meliwat dia. Sekali dua orang kena tipu, masuk kali ke tiga kali keempat, bukan takat manusia, kucing pun tak kan tertipu.

    Cukup-cukup lah 69 kali peguam anwar tipu sana sini, tak kan laaa semua rakyaat Malaysia sebodoh penyokong anwar.

  4. Ubi says:

    Bye bye anwar….

  5. wong jowo says:

    selagi gani 4 tail ada kat situ nuar akan bebas macam langau..najib pun kawan baik nuar gak amik tindakan..korg di bohong je ngan wayang diorg ni..depan kita dia gaduh..belakang kita dia yam seng gak..macam film hindi..

  6. syaa says:

    BAHAYANYA ORANG POLITIK MENGGUNAKAN PENGARUHNYA UNTUK MENUTUP KESALAHAN2 YG DILAKUKAN.NUAR NI DARI DULU LAGI DIA GUNAKAN PENGARUH POLITIKNYA DGN MENGHASUT RAKYAT MENENTANG KEADILAN.DIA MENANG BARU ADIL.DIA KALAH TIDAK ADIL?MCM KANAK2 TASKA YG SELALUNYA MESTI NAK MENANG WALAUPUN DAH KALAH DAN BERSALAH.RAKYAT DIPERBODOHKAN ANWAR.

  7. Syed says:

    Cukup2 lah nuar… demi keharmoniun …keamanan dan kemanuan negara malaysia yg tercinta ini… negata tidak perlukan makhluk perosak dpt anda dan seangkatan dgn anda… wajib dihentikan segera…

  8. kumbang says:

    Kat malaysia ni ada dua aje lahanat satunya anuwar duanya najib.kalu anuwar boleh dijatuhkan berikutnya ialah najib.jadi najib mesti protect anwar kalu tak dia juga kena. Jadi besar kemungkinan anuwar bebas penjara selasa ini

  9. alimedanbaru says:

    KEPADA ANWAR JANGAN TERUSKAN KOBONGKAKAN DAN KESOMBONGAN
    TIDAK AKUI KESALAHAN
    DAN TIDAK BUDIMAN DALAM MENGHADAPI TUDUHAN DAN KESALAHAN
    ADALAH SIFAT IBLIS JIKA MENENTANG PERUNDANGAN
    ANWAR AKAN DILIHAT SEPERTI IBLIS
    YG DIARAK PENGIKUTNYA TURUN ‘KEBUMI’ SG BULUH
    DARI SYURGA ‘SEGAMBUT’.
    BERTAUBATLAH ANWAR
    SPT ADAM YG TERHUKUM
    TETAPI AKHIRNYA DIAMPUNKAN JUGA OLEH ALLAH!

Leave a Reply