Menu Utama

Rahman Dahlan selar pengkritik ‘banyak mulut’ PKR

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan menyelar pengkritiknya yang “banyak mulut” dengan memberi amaran supaya “sedar” terhadap Akta Hasutan.

Rahman merujuk kepada anggota parlimen Alor Setar daripada PKR Gooi Hsiao Leung (bawah) yang menyifatkannya seperti pemimpin Korea Utara.

Ini ekoran tindakan Rahman menyelar Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan kebimbangan terhadap penggunaan Akta Hasutan di Malaysia.

Pengerusi Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya kemudian menyatakan analogi itu kepada Rahman melalui Twitter, yang menyebabkan kemarahannya.

“Kedua-dua kamu bermulut besar. Kerajaan akan jamin hak kamu untuk menggunakan atau menyalahgunakannya.

“Hanya sedar ada Akta Hasutan, OK,” tulisnya di Twitter.

Latheefa (kiri) kemudian menyerang kembali Rahman kerana didakwa mengancam pengkritiknya dengan undang-undang yang diperkenalkan di era penjajahan Malaysia itu.

Rahman semalam dilaporkan mengingatkan AS agar tidak campur tangan dalam sebarang keputusan kerajaan termasuk isu berkaitan Akta Hasutan.

Katanya, perkara itu bukan tanggungjawab mereka dan bukan senang mentadbir negara majmuk berbilang agama dengan latar belakang sejarah yang unik.

Sumber Mkini






6 Komen to Rahman Dahlan selar pengkritik ‘banyak mulut’ PKR

  1. […] Latheefa (kiri) kemudian menyerang kembali Rahman kerana …read more […]

  2. Uturn says:

    Apa nak harap dgn pkr ni, kalau boleh semua akta dlm malaysia ni dia nak hapuskan. Mereka nak negara ni bebas buat apa saja baru senang ketum mereka buat apa saja tanpa dijatuhkan hukuman.

  3. dkds says:

    Suara pemuda Umno dah tidak kedengaran…sepatutnya bila ada campurtangan asing..pemuda Perlulah kehadapan…

  4. raplahjingaa says:

    Rahman ni aku dah mula respect kat dia…..

  5. korokstabang says:

    kasi mansuhkan dulu patriot act di usa mansuhkan sama isa di singapura dan thailand yang mana isa malaysia sudah mansuhkan baru lah boleh nak gebang tentang akta hasutan

Leave a Reply