Menu Utama

Prosiding kes liwat dilanjut hingga Khamis

Sesi rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membebaskannya daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya yang dijadual berlangsung hari ini dan esok (28 & 29 Oktober) akan berlanjutan ke hari ketiga.

Setelah bertanya kepada peguambela kes atau pihak perayu mengenai tempoh masa yang diperlukan dalam penbentangan hujah, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria memberi indikasi bahawa sesi prosiding rayuan berkemungkinan dilanjutkan sehingga Khamis (30 Oktober).

Ini berikutan hujah oleh ketua pasukan pembelaan iaitu Datuk Gopal Sri Ram masih belum selesai sejak prosiding bermula jam 9.20 pagi tadi.

Walaupun sudah berhenti rehat dua kali termasuk makan tengah hari, Gopal Sri Ram yang berhujah tentang kredibiliti saksi utama iaitu Saiful, masih berbaki dua jam.

Sesi hujah beliau didengar lagi selepas sidang bersambung semula pada jam 2.30 petang.

Selepas Gopal Sri Ram, ada tiga lagi perayu dalam pasukan pembelaan akan membentangkan hujah masing-masing.

Mereka ialah N. Surendran yang bakal berhujah tentang kes pembelaan, Sangeet Kaur Deo yang akan berhujah mengenai prosiding Mahkamah Rayuan dan Ramkarpal Singh yang berhujah tentang keterangan pakar dan bukti perubatan.






7 Komen to Prosiding kes liwat dilanjut hingga Khamis

  1. […] Walaupun sudah berhenti rehat dua kali termasuk makan tengah …read more […]

  2. Uturn says:

    aduh…ingat besok dah selesai….apa pun ambiklah masa byk mana pun nuar, yr days are numbered

  3. dkds says:

    bagilah depa peluang…banyak mereka nak kelentongnya…mungkin depa nak bagi teori bagaimana terjadinya air mani tu…hahahahaha

  4. Adam Abdullah says:

    http://www.nst.com.my/node/47002, 14 Peguam termasik seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan sedang berhujah bagi pehak Anwar.

    Macam mana ada pehak boleh kata sistem perundangan dan kehakiman di Negara tidak betul lagi? Merepeklah mereka semua.

    Kita dengar, tengok, baca dan tunggu keputusan. Allah jua yang akan menentukan.

  5. raplahjingaa says:

    Ia laaa kes ni complicated sikit melibatkan astronomy, geography, mathemiatics, history, space science dan evolution…hehehe

    bukan senang nak cari sebab musebab macam mana air mani anwar boleh ada dalam dubur saiful sedangkan anwar tengah pump kak jijah masa tu !!

  6. itsme says:

    since anwar berulang kali menuduh ini adalah konspirasi umno utk membunuh karier politik beliau maka adalah sgt wajar jika umno mengambil tindakan undang2 bg mengelakkan aib yg berterusan. rakyat berharao benar bhw tuduhan2 yg berat itu juga dipandang berat oleh pemimpin umno sebagaimana tangapan ahli2 akar umbi umno. Ahli2 akar umbi dah penat “bertarung” diperingkat bawahan sehinggakan rakyat masih lg memilih umno menerajui kerajaan. kami masih menanti dan menanti tindakan tegas dr pemimpin atasan dan kami juga mahukan ketelusan.

Leave a Reply