Menu Utama

Presiden Mahasiswa UM Bersikap Anarki dan Membudaya Bebalisme

Oleh AJAB

Rohana-UMTindakan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menyeru seluruh mahasiswa dan anak muda hadir mendengar pidato Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk “40 Tahun: Dari Universiti Malaya Ke Penjara” di Dataran Dewan Tunku Canselor di kampus Universiti Malaya (UM), Isnin ini adalah satu saranan tidak munasabah, bobrok dan bersifat anarkisme.

Bercakap kepada themalaysianinsider.com, Presiden PMUM, Fahmi Zainol turut mengajak mahasiswa turun ke Putrajaya menunjukkan solidariti terhadap Anwar yang bakal berdepan hukuman penjara jika gagal dalam rayuannya terhadap keputusan mahkamah dalam tuduhan liwat, pada 28 Oktober.

“Saya yakin Putrajaya sudah sekian lama diduduki oleh kuasa yang sama, mungkin sudah tiba masanya Putrajaya memerlukan kuasa dan tenaga baru.

“Saya yakin mahasiswa mampu melakukan perubahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saranan ini bukan sahaja melanggar disiplin mahasiswa Universiti Malaya setelah Timbalan Naib Canselor UM mengharamkan himpunan tersebut, malah cuba mempengaruhi keputusan Mahkamah berkaitan kes jenayah adalah satu kesalahan.

Apakah tujuan PMUM mengajurkan Pidato ini jika bukan mahu memberi tekanan dan dorongan kepada Mahkamah Persekutuan agar menyebelahi Anwar Ibrahim dalam kes liwat beliau ke atas Saiful Bukhari Mohd Azlan?

Apakah ini bukan terletak di bawah kesalahan menghina Mahkamah?

Apakah tujuan Fahmi Zainol menggesa mahasiswa UM melakukan perubahan pemerintahan ketika ini yang bukannya tahun pilihan raya? Apakah beliau mahu mahasiswa UM menjatuhkan kerajaan melalui rapat umum dan tunjuk perasaan pro-Anwar?

Saranan-saranan beliau dan cara beliau menentang pihak pentadbir Universiti Malaya atas isu di luar lingkungan kepentingan mahsiswa sangat mengelirukan menimbulkan tanda tanya apakah beliau mahu mencetuskan keadaan anarki seperti mana tahun-tahun 70-an dahulu?

Sama ada saranan beliau sekadar retorik atau Anwar Ibrahim sememangnya sedang merancang kekacauan akan diketahui pada minggu hadapan.

Kenyataan Fahmi hanya menunjukkan beliau seorang yang bebal dan tidak faham erti perjalanan pentadbiran dan perundangan negara.

Kes Anwar Ibrahim bukan kes politik dan tiada kena mengena dengan isu politik. Beliau tiduh meliwat seorang anak muda yang bekerja dengannya. Anak muda ini pula sendiri yang membuat aduan, bukannya ditangkap dan dipaksa oleh sesiapa untuk membuat dakwaan ke atas Anwar.

Dalam perbicaraan tersebut jelas ada pembentangan bukti DNA air mani Anwar dalam lubang dubur saiful, ada rakaman masuk keluar tempat kejadian, ada saksi-saksi lain mengesahkan pertemuan tersebut.

Jika Fahmi menggunakan sedikit akal yang diberi kepada beliau sudah tentu beliau boleh berfikir secara rasional dan sedar bahawa Anwar Ibrahim bukan isu utama dalam senario politik negara. Lanskap politik negara untuk menjatuhkan Barisan Nasional bukan bergantung kepada Anwar Ibrahim tetapi kepada Pas dan DAP.

Pasukan pimpinan Anwar Ibrahim sudah dua kali kalah dalam pilihan raya umum pada 2008 dan 2013. Dari segi politik Melayu, UMNO menjadi lebih kuat sejak Anwar Ibrahim bersengkongkol dengan DAP.

Justeru untuk UMNO dan BN, Anwar berada di luar penjara lebih baik dari Anwar di dalam penjara. Ini kerana bila Anwar di dalam penjara akan ada bebal-bebal seperti Fahmi ini merasa simpati kepada Anwar yang didakwa meliwat dan melihat dari sudut politik sempit.

Tapi isu di sini bukan isu politik UMNO, BN atau Pakatan Rakyat. Ia isu keadilan untuk mangsa yang diliwat Anwar Ibrahim. Ia juga berkenaan keluhuran dan kedaulatan undang-undang tanpa mengira kedudukan dan pengaruh seseorang.

Jelas sokongan dan perjuangan Presiden PMUMUM untuk solidariti Anwar Ibrahim hanya membuktikan zaman intelektualisme pelajar Universiti Malaya sudah diganti dengan bebalisme!






11 Komen to Presiden Mahasiswa UM Bersikap Anarki dan Membudaya Bebalisme

  1. Uturn says:

    dia nak paksa semua masiswa ikut dia, dia ingat semua bodoh mcm dia.

  2. tony gunawan says:

    dianiaya!difitnah!

    rakyat hakim negara!

  3. tengkudin says:

    tu yang sapa yang sokong aljuburi jadi bebal..kejang move pun terlingkup…cuma jel sgbuloht je menanti…kekekeke

  4. raplahjingaa says:

    Orang utara kata budak-budak nangoi macam tu apa yang depa tau, seluar dalam pun mak bapak tolong belikan, ada hati nak tukar kerajaan . Pasal tu la zaman Tun dulu bebudak yang dok belajar dilarang active dalam politik, cuma Pak Lah / Najib yang terlalu cerdik tapi tak berapa nak pandai…benarkan bebudak dok belajar berpolitik…ini lah results nya !

    Togay…rakyaat hakim negara ??? hehehe….hang nak suruh penyangak, gangster, bapak ayam, penyeludup arak, peliwat jadi hakim ?? tak payah la, terima kasih banyak-banyak !! hang pi main jauh-jauh.

  5. Ubi says:

    Student g study jela…score bg tinggi2.

  6. kulaan says:

    Aku cabar pengurusan UM ambil tindakan.Ada berani ka?

  7. wong jowo says:

    penyokong nuar mmg bebal macam anjing

  8. syaa says:

    berapa si nuar bayar dia utk cakap mcm tu?

  9. bangKano says:

    La ni para mahasiswa kita cuma cerdas dalam menghapal & mengaplikasi fakta & teori…tapi tahap intelektual amat rendah sekali. Kalo tak caya pi selidik semua mahasiswa kita…aku beghani kata dalam seribu mahasiswa cuma ada soghang jerr pikiran analitis & kritis. Lain lain tu sekadaq pikiran picis jerrr….budaya ikut ikutan ala hearsay.

    Ni la produk ipt negagha kita la ni dah macam kilang kicap semua tak berkualiti perjagatan/universal…semua ni gara gara pemimpin politik bebal nak meramai kan graduan boleh pasar/marketable graduate…hasil nya semua graduan minda dah jadi tepu,jumud & statik jerrr…tok leh nak pikir di luar kotak apa lagi berpikir kritis…..!!!!

  10. Jambol says:

    Kita sebagai rakyat Malaysia tidak faham kenapakah UM dan kerajaan hari ini membiarkan Presiden Mahasiswa UM ini berkelakuan begini. Di mana-mana negara di dunia ini, kebebasan mempunyai had tertentu demi menjamin keamanan negara. Di dalam hutan pun tidak ada kebebasan mutlak – hanya yang kuat dan besar saja boleh bebas dan bermaharajalela.

    Semua harus faham, perbicaraan Anuar ni bukan kes yang melibatkan politik tetapi kes peribadinya, iaitu MELIWAT ! Ini bukan kali pertama pulak tu. Dia saja yang mengatakan ini kes politik.

    Janganlah kita diperalat dan diperbodohkan. Boleh kah kita percaya kepada manusia yang banyak berbohong kepada rakyat Malaysia – bertong-tong maklumat tentang rasuah dalam simpanannya (sehingga kini tidak sehelai pun yang ditunjukkan), ramai ahli parlimen BN yang nak melompat bagi membolehkannya menjadi PM (nama-nama mereka dalam koceknya, mungkin koceknya bocor), serta kes video China Doll yang mahu dibuktikan bahawa orang yang dipaparkan seiras dengannya.

  11. alimedanbaru says:

    SYAITAN TERLAKNAT
    MEMANG ENGGAN TUNDUK KEPADA PENGHAKIMAN KEBENARAN
    MALAH ENGGAN BERTAUBAT DAN MOHUN KEAMPUNAN
    SYAITAN MALAH MEMOHON UNTUK KEBENARAN MERUSAKKAN UMAT SELAGI DIA DIBERI NYAWA
    BEGITULAH IBARATNYA
    MANUSIA ADA JUGA BERPERANGAI SPT SYAITAN!

Leave a Reply