Menu Utama

Polis Yang Dibaling Telur, Polis Pula Yang Anwar Suruh bertolak Ansur

Resam sebiji dua telur ayam, telur itik atau apa sahaja jenis telur yang boleh dimakan tempat sesuai untuk disimpan ialah di dapur rumah atau restoran. Kegunaan telur itu pula samada untuk direbus, digoreng atau dicampurkan bersama resipi masakan kemudian kita nikmatinya sebagai makanan buat mengalas perut.

Kita tak bawa telur-telur itu ke panggung wayang, dalam jamban atau tempat himpunan, sebab dalam kerandut di celah kangkang seorang jantan cukup hanya dua biji telur testis untuk kita menjaganya sampai akhir kehidupan.

Sebaliknya pula disebabkan perangai luar tabii para penyokong taksub yang kuat memuja Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim maka ada kalangan mereka yang membawa telur-telur ayam atau itik ke perkarangan Mahkamah Persekutuan Putrajaya dan digunakan pula untuk membalingnya ke arah anggota polis dan pihak media.

Tak pasal-pasal seorang anggota polis yang mengawal keadaan agar sentiasa tenteram dan dua wakil media yang membuat liputan terpalit dengan isi cairan putih kuning telur gara-gara rasukan kegilaan yang ditunjukkan penyokong pembangkang.

Penyokong PR mungkin mahu membuktikan yang mereka ‘ada telur’ bila berbuat demikian walau hakikatnya ia mencerminkan sikap mereka yang sebenarnya di luar tabii kemanusiaan. Ini sebetulnya satu tindakan provokasi dari akal sejengkal yang barangkali tersampuk dek penyakit gila bab*.

Lebih luar tabii lagi bila mana ketua mereka sendiri yakni Anwar dalam reaksinya menyalahkan pula pihak polis sebagai punca berlakunya kejadian Anwar-respon Baling telurtersebut. Kata Anwar, pihak polis dan mana-mana pihak sepatutnya tidak memprovokasi penyokongnya yang hadir di sepanjang perbicaraan rayuan kes liwat II.

“Jangan memprovokasi mereka, jangan buli mereka, tetapi benarkan mereka (berhimpun), jangan lakukan kekerasan yang tidak sepatutnya terhadap mereka.

“Jadilah toleran kepada mereka (penyokong) sebagaimana mereka (polis) toleran terhadap Perkasa dan Isma, itu saja saya minta,” itu kenyataan Anwar sebagaimana dipetik dari Sinar Harian Online semalam.

Nampak tak betapa luar tabii sekali respon Anwar. Kalau sudah begini reaksi ketua, memang tak menghairankanlah bila melihat telatah gila bab* penyokong yang memujanya. Mereka yang buat salah, polis pula yang kena bertolak ansur dan bertoleransi. Entah ketololan jenis apakah yang ditunjukkan Anwar.

Yang baling telur datangnya dari kalangan penyokong Anwar, yang tolak menolak hadangan polis pun penyokong Anwar, yang menjadikan perkarangan mahkamah sebagai tempat hiburan jalanan dan ceramah politik pun penyokong Anwar, tapi yang dibalun sebagai kambing hitam pula ialah pihak polis. Ada akalkah?

Cuba kalau kumpulan anti-Anwar yang berhimpun di tempat sama mulai hari ini menyambut provokasi tersebut dengan turut sama membaling telur busuk ke muka Anwar, apa pula yang akan Ketua Umum PKR itu nak kata kelak? Adakah Anwar akan sekadar tersengih macam kerang busuk tanda toleransi ataupun melompat kemarahan?

Kot mana pun walau pelik setara mana sekalipun, kita yang waras tak perlulah terkejut sangat dengan reaksi pelik Anwar dan telatah gila bab* penyokongnya. Sebagaimana peribahasa Melayu menyebut, “bapak borek anak rintik,” atau “guru kencing berdiri anak murid kencing berlari” maka demikianlah hubung kaitnya dengan Anwar dan penyokongnya.

Sudah menjadi tabii Anwar untuk memutar belitkan keadaan sebenar supaya benda salah yang dilakukan penyokongnya atau disebabkan dirinya sendiri, akan diputar belit untuk dibebankan pula atas bahu orang lain. Baling batu sembunyi tangan, kemudian orang lain pula dipersalahkan.

Samalah macam kes liwat yang sedang dibicarakan sekarang, isunya perihal masalah peribadi dia dengan bekas pembantu sendiri, tapi disebabkan sikap luar tabii semula jadinya maka Anwar berjaya putar belitkan supaya menjadi masalah politik negara sehingga tergamak diheretnya pihak luar untuk campur tangan demi kepentingannya.

Anwar yang lantik Saiful jadi pembantu peribadi, Anwar yang bawa Saiful ke hulu hilir sampai ke Hong Kong, Singapura dan Thailand dengan tugasannya menghidangkan teh dan karipap, alih-alih ia dikatakan konspirasi BN terhadapnya bila aktiviti liwat terdedah pada umum. Tak ke bangang namanya tu?

Tapi itulah untungnya jadi Anwar, walau tahi kambing dikatakannya adalah ubat makjun untuk kesihatan, masih ada jua manusia akal sejengkal yang percaya buta akan memakannya. Apa sahaja alasan putar belitnya tetap akan ada lahabau yang menerimanya tanpa terdetik untuk menggunakan akal waras dalam kepala otak.

Agaknya inilah antara jenis penyakit otak berulat yang pernah dikatakan oleh bekas MB Kelantan Nik Aziz – manusia yang tak ada otak untuk berfikir, kalau ada pun cuma ulat-ulat yang berselerak dalam kepala otak. Parah memang parah!






12 Komen to Polis Yang Dibaling Telur, Polis Pula Yang Anwar Suruh bertolak Ansur

  1. […] Sebaliknya pula disebabkan perangai luar tabii para penyokong taksub yang kuat memuja Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim maka ada kalangan mereka yang membawa …read more […]

  2. itsme says:

    demonstrasi mwnyokong anwar perlu dan hebahan disetiap tv juga perlu.. ini bg menunjukkan kpd dunia khususnya israel dan amerika yg beliau masih berguna dan mampu memporak perandakan msia seterusnya mengulingkan kerajaan. jika tdk pasti dana2 akan berkurangan atau terus zero.

    inilah yg paling anwar takuti sekali.. PDRN sedang menjalankan siasatan harap2 dapat disegerakan dan sebarangbkegagalan membawa mrk2 kemuka pengadilan akan.leboh menjelaskan.kpd rakyat yg kdn dan pdrm hanya berani pd rakyat jelata bkn kpd dap pas dan anwar.

  3. dkds says:

    inilah trademark penyokong Anwar dan PKR, selalu mencetuskan provokasi dengan harapan akan berlakunya rusuhan.

    Janganlah percaya si Anwar ini , banyak manusia yang sudah kena kencing hancingnya…jika dia masuk penjara pun, dia tak kisah…stok jantan jambu berlambak

  4. yon76er says:

    Taktik2 Kianat terakhir yg mereka cuba PROVOKE pihak PDRM or Kerajaam..Manalah tahu bolih menjadi satu RUSUHAN….Yang semestinya akan mengembirakan Al’Jub kerana perhatian dapat dipesongnya on THE MAIN ISSUE’S right now…lebik baik jika jadi RUSUHAN 1Malaysia…Udah2 lah PENYOKONG OTAk2 BERULAT…takda feadahnya kamu mendokong SiTua nie…melainkan ada “FULUS” masuk dan dpt T=Shit Free utk datang santai2 di Putrajaya 3 hari nie….buat HEAVOV lebih kurang tapi MASUKKKK mehhhh…tapi jangan lepas 3ari nie ,,korang pulak MASUKKK kedalam pulak..pon dpt makan free, bilik freen baju free tapi aku rasa HARUS..lps Al’Jub check-in…

  5. moo says:

    La…PDRM takut di baling telur rupanya….ish..ish..

    Yg PDRM menganiaya org waktu perhimpunan aman tu amende??? Those were provocatives..

    Punta berlambak PATI kat Malaysia ni, judi haram, pelacuran, tak nak pulak PDRM being swift and eradicate all those activities..yg PDRM dok sibuk jadi baruah untuk pemimpin UMNO/BN.

    Untuk pengetahuan hang, gaji PDRM di bayar oleh kerajaaan (rakyat), bukan dtg dari poket ahli umno/BN.

  6. mzma says:

    Kalau Polis depa gelar “Anjing Kerajaan”… Kita gelar mereka yang datang menyalak & menggila di perkarangan Istana Kehakiman adalah “ANJING-ANJING ANWAR IBRAHIM”.

    Drama & lakon layar yg digarap nampak cukup baik dengan ending Anwar sendiri mententeramkan para ANJING-ANJINGNYA yang sedang menggila menyalak2 di perkarangan Istana Kehakiman bagi menunjukkan dirinya cukup baik dikaca mata wartawan asing yg mengikuti kes liwat beliau… Tetapi sayang seribu kali sayang ianya tidak sempurna kerana ada kecacatan yg cukup jelas & tidak boleh dinafikan oleh anwar, penglibatan secara lansung Tian Chua dalam insiden provokasi tersebut menunjukkan semuanya telah diaturkan.. Ini semua POYOsss Anwar Inbrahim semata2..

  7. WTF says:

    La Mooh, sat lagi harga runcit telur ayam dan itik naik akibat kegilaan puak hangpa membeli telur ayam dan itik secara pukal ,hang jangan pulak marah kerajaan Malaysia nanti!!!

  8. Adam Abdullah says:

    Apa pasal baling telur? Sambil duduk turn gunakan smart phone atau IPad dan buat Google search tentang Sec.377 Kanun Keseksaan atau Penal Code. Apakah undang-undang kata? Mudah sahaja – zakar masuk kedalam lubang jubur. Telur tergantung kat luar _ Salah. 20 tahun penjara.

  9. Adam Abdullah says:

    DNA “male Y” didapati dalam lubang jubur (anus) siapa? Bagaimana? Itulah yang sedang dibahas, dipertikai dan dihujahkan sekarang. Tak payah baling telur. Fikirkan.

  10. GT86 says:

    Moo lembu, gaji anuwar pun rakyat jugak yang bayar. Bezanya dengan anuwar ialah anuwar menyusahkan rakyat dan memfitnah negara dan merosakkan agama demi kerana lubang kunyit dia. Orang takde agama macam engko memang susah nak paham.
    Separkara lagi, tolong gunakan akal yang waras, bawa telur ke Mahkamah, nak buat apa? Kan dah jelas niat dan tujuannya. Orang macam ni terlalu bodoh dan mudah di beli dengan harga yang sangat murah.

  11. Adam Abdullah says:

    Sekarang zaman sacience dan techonology, IT,CCTV dan DNA. CCTV, IT, YouTube, DNA dapat membantu dalam mendapatkan keterangan (evidence), dapat membantu mengesan/menangkap penyamun, perompak, pembunuh, perogol dan pelewat. APA pasal nak heboh heboh, nak demonstrasi?

Leave a Reply