Menu Utama

Polis Ambil Alih Kampus UM Esok

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil alih keselamatan kampus Universiti Malaya (UM) ‎bagi menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk menyampaikan pidato esok, kata Prof Datuk Dr Rohana Yusof.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) itu dalam surat pekeliling kepada semua pelajar UM berkata, pihaknya mendapat amaran daripada pihak PDRM yang pidato anjuran Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) itu adalah perhimpunan haram yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan.

“Kesemua pintu pagar universiti (kecuali pintu pagar utama) juga akan ditutup pada 27 Oktober 2014 bermula jam 4 petang bagi memastikan tiada kenderaan luar memasuki kawasan kampus.

“Pihak polis akan mula mengawal kawasan kampus bermula jam 7 pagi.

“Pihak PDRM akan mengambil alih keselamatan universiti sepanjang tarikh 27 Oktober,” katanya.

Rohana berkata, pelajar juga tidak dibenarkan berada di Dataran Tunku Canselor (DTC) atau kawasan sekitar bermula jam 4 petang. – 26 Oktober, 2014.

Sumber: themalaysianinsider.com



(Next News) »



11 Komen to Polis Ambil Alih Kampus UM Esok

  1. itsme says:

    utk kebaikkan semua, sudah pasti akhirnya nanti mrk itu semua akan berterimakasih kpd pdrm.

  2. semangat dato' haron says:

    Nk harapkan Zahid jgn harap lah dia nk tangkap bekas mentor dia, jgn sampai Tun Dr Ismail bangkit semula dari kubur humban blk semula Anwar dlm trak polis mcm tahun 70 dulu

  3. Uturn says:

    Ambik tindakan tegas kpd siapa yg cuba berhimpun nanti.

  4. semangat dato' haron says:

    Say NO!!! to KJ. Prestasi sbg menteri lebih memalukan berbanding Dato’ Hasan Malek. Letak jwtn je lah bg jwtn menteri kt Ketua Putteri Umno

  5. semangat dato' haron says:

    Desperate times call for desperate measures

  6. semangat dato' haron says:

    Say No!!! to Melayu Murtad. Dakwaan Dato Harussani Ada ratusan ribu melayu murtad harus dipandang serius. Duri dlm daging harus dibuang

  7. Memang Terok says:

    Memang menjadi kewajiban pihak berkuasa untuk mengambil langkah begini bagi tujuan keslamatan. Jangan ambil mudah soal keselamatan dan penguatkuasaan undang2 harus dijalankan without fear or favour.

    Yang pasti kerajaan bakal digelar pengecut. Takut kepada seorang individu. Ini bukan soal takut atau berani. Ini soal seorang individu sudah melanggar undang2. Tindakan membendong lebih baik dari menghantar polis menangkap dia semasa sedang menghasut dihadapan audience.

    Kita ucapkan syabas pada PDRM atas langkah yang bakal diambil.

  8. yon76er says:

    Tak perlu lagi PDRM melayan kerenah Mamat sekor dan Penyokong2 nya..Dah pasti Penghimpunan tersebut HARAM…so tangkap ,,NO QUESTION asked…….Buang masa nak layan berok2 nin..

  9. semangat dato' haron says:

    Tindakan kekerasan pihak polis adalah bertentangan dgn konsep wasatiyyah @ kesederhanaan yg dibawa oleh ah jib gor melalui gerakan keserhanaan global (GMM) yg diketuai Oleh UMNO reject Saifuddin Abdullah dan dipromosikan oleh DAP mouthpiece The evangeliSTAR The Voice of “MODERATION”

  10. hajimat says:

    Hairan sungguh saya, bagaimana mudahnya anak muda kita di peralatkan oleh Al-Juburi atau mereka begitu dahaga untuk meniru segala yang berlaku di negara luar, tidak kira apa tujuannya asalkan dapat “monkey see – monkey do”.

Leave a Reply