Menu Utama

PKR Terdesak Minta Bantuan Austalia Selesai Masalah Peribadi Anwar

Sejak beberapa hari lepas khabarnya sekumpulan pemimpin PKR dilaporkan berlepas ke Australia dalam usaha mereka mendesak ahli politik negara itu supaya campur tangan dalam menyelesaikan masalah peribadi bersabit kes liwat yang dihadapi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Selain mengetengahkan isu perbicaraan kes liwat Anwar, mereka juga menjaja isu Akta Hasutan 1948 yang kononnya mengekang hak kebebasan bersuara dan melanggar hak asasi manusia untuk perhatian Menteri Luar Australia, Julie Bishop serta Ahli Parlimen Australia yang lain.

Antara pemimpin PKR yang terlibat dalam kempen roadshow yang melampaui sempadan antarabangsa itu termasuklah Rafizi Ramli, Nik Nazmi serta beberapa pemimpin PKR yang lain seperti Sim Tze Tzin, Wong Chen, Lee Chean Chung dan Exco AMK, Melissa Sasidaran.

Usaha terdesak mereka ini merupakan lanjutan rayuan Anwar yang pada dua minggu lepas secara terbuka meminta ahli politik Australia mengembalikan kebebasan bersuara dan demokrasi di Malaysia yang menurutnya tidak kurang teruk berbanding Afghanistan.

Bagi kita rakyat Malaysia yang waras dan bermaruah tentunya tidak dapat menerima kempen antarabangsa yang dilakukan PKR itu kerana ia sebenarnya boleh diumpamakan seperti meminta pihak asing untuk menentukan hala tuju negara ini mengikut acuan mereka.

Apa yang dilakukan PKR sekarang mengingatkan kita kepada suasana di awal pemecatan Anwar sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri pada lewat tahun 1990-an dulu di mana pemimpin dan penyokongnya sibuk meminta bantuan Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton supaya mencampuri urusan politik negara.

Rentetan dari situlah semasa perasmian Sidang Kemuncak APEC 1998, Naib Presiden Amerika Syarikat ketika itu Albert Arnold Al Gore (Al Gore) menyuarakan sokongan terbuka kepada gerakan reformasi Anwar sekaligus mengiktiraf usaha menjatuhkan Kerajaan Malaysia melalui demonstrasi jalanan.

Tidak cukup dengan itu, isteri dan anak perempuan Anwar juga turut mengelilingi dunia termasuklah berjumpa dengan Presiden Filipina dan Indonesia untuk tujuan meraih sokongan asing supaya membela permasalahan peribadi Anwar yang kononnya teraniaya.

Dulu yang dikaitkan kena liwat ialah pemandu Wan Azizah dan adik angkat Anwar, kini yang kena liwat ialah pembantu peribadinya iaitu Saiful Bukhari yang Anwar sendiri ambilnya bekerja. Yang dituduh meliwat ialah Anwar dan semua yang dikaitkan dalam kes liwat mempunyai hubungan rapat dengan Anwar dan keluarganya.

Jadinya apa kaitannya hinggakan laki bini anak beranak yang mengetuai PKR ini serta pemimpin PKR generasi baru sekarang ini pergi meminta bantuan Australia, Amerika, Filipina dan Indonesia? Sendiri punya hal sampai nak di jaja ke peringkat antarabangsa supaya selesaikan masalah peribadi sendiri buat apa. Tak cerdik!






10 Komen to PKR Terdesak Minta Bantuan Austalia Selesai Masalah Peribadi Anwar

  1. Uturn says:

    dia pergi ostolia minta bantuan kat mp australia lgbt tu la…..pm ostolia pun tak layan dia.

  2. WTF says:

    Kalau nak tahu sama ada Anwar Ibrahim tu kaki LIWAT atau tidak, disarankan kerajaan Australia periksa apa dalam lobang bontot ahli2 PKR (termasuklah Rafizi Ramli, Nik Nazmi serta beberapa pemimpin PKR yang lain seperti Sim Tze Tzin, Wong Chen, Lee Chean Chung dan Exco AMK, Melissa Sasidaran) yg dtg melawat Australia menjaja kononnya Anwar Ibrahim bukan seorang PELIWAT!!!

    Manalah tahu, untung2 kerajaan Australia boleh jumpa air mani milik Anwar Ibrahim dalam lobang bontot ahli2 PKR tersebut!!!

  3. Memang Terok says:

    Anwar ada hak berbuat apa saja disaat akhir dalam misi menyelamat dirinya. Dia bukan didalam gallow menunggu hukuman gantong dimana semua ikhtiar seharusnya sudah terhenti. Dalam kes Anwar ianya tidak begitu.

    Malangnya apa yang dibuat Anwar kita lihat terlalu terhad pada cara Anwar sendiri berfikir. Misalnya dengan meminta atau mengupah Yusuf Qardawi datang membaca text sediaan nya. Kita lihat Yusuf berfungsi sama saperti bininya yang disuruh membaca text bahawa Anwar seorang anugerah tuhan (tuhan mana satu kita tak tahu kerana Allah tentunya tidak merestui kesejahteraan seorang peliwat)

    Dia guna pula seorang tokoh dari Austrilia. Dan sekarang orang dia pergi pulak kesana untuk meminta prtolongan. Australia barangkali negara yang sesuai untuk mereka mintak pertolongan kerana negara itu saperti kita tahu beri endorsement terhadap seks sejenis, macam tabie Anwar.

    Anwar telah bayangkan juga suasana Bershit saperti yang pernah dilakonkan dulu. Lebih2 lagi keadaan diHongKong sekarang masih hangat setelah redanya suasana serupa di Bangkok. Tetapi Anwar sedar bahawa orang tidak seghairah dulu lagi untuk berSHIT mengikut module yang direka olehnya. Kerana rata2 orang tahu bahawa Anwar memang meliwat.

    Kita simpati tetapi kita mahu dia sedar bahawa jika dia sudah disuratkan masok penjara menjalani hukuman, redhakan saja sambil berharap hikmat diberi melalui hukuman itu. Masakan Anwar tidak faseh rukun yang 6 untuk dia ambil iktibar dan kesedaran bahawa kemampuan manusia terlalu terhad. Kuasa Allah segala2nya.

  4. Badrole Amin says:

    sial punya keluarga puaka, ada ke patut sendiri buat taik disuruhnya gundik-gundik, rakyat tak berapa cerdik dan rakyat asing tolong basuh taiknya

  5. samad says:

    lepas ni dia kata kena suntik virus hiv sekali lagi.

  6. eteist says:

    Berita gempar dari wikileaks yang berpusat di Singapore mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dibebaskan apabila jemaah hakim sebulat suara bersetuju untuk menggugurkan dakwaan sabit kesalahan liwat tokoh berkenaan. Berita ini susulan keputusan yang dibuat oleh beberapa tokoh plmplnan tertinggi kerajan yang dibuat dalam suatu perjumpaan tertutup beberapa hari yang lepas.

  7. Badrole Amin says:

    boring dan terlebih basi lah rakyat nak dengar pasal kena suntik virus HIV tu lagi, biar terus mampos bila dah masuk penjara nanti lagi bagus!

  8. bujuk says:

    Tak perlulah dihebohkan lagi isu Anwar ni. Dia bukan lagi hero rakyat.. biar undang2 berjalan telus tampa campurtangan mana2 pihak. K’jaan baik jauhkan diri dari dilihat mempunyai agenda tertentu. Tak perlu ambil tindakan yg membawa kepada kesangsian rakyat dalam dan luar negara. Hentikan propaganda dan hasutan seolah2 sengaja mahu Anwar ke penjara.. biar kebenaran tentukan.

  9. raplahjingaa says:

    Dah meliwat…tak kan hang tak mau dia dipenjarakan ?? kebenaran ?? kebenaran versi hanpa bujuk, bukan hang tak tau…

Leave a Reply