Menu Utama

Pengarang Malaysiakini Gesa Penyokong Pakatan Lupakan Anwar Ibrahim

fathiaris1Para penyokong Pakatan Rakyat perlu melupai Anwar Ibrahim jika mahu gerakan perubahan politik mereka berjaya dan tidak tersangkut dengan personaliti tertentu semata-mata.

Dalam satu kenyataan beraninya, Fathi Aris Omar, salah seorang pengarang Malaysiakini.com menyatakan sama ada Anwar akan terpenjara atau tidak, bersalah atau tidak, ia tidak harus menjadi titik masa depan Pakatan.

Suatu hari nanti jika tidak dipenjarakan pun Anwar akan mati. Justeru penyokong Pakatan perlu mengubah perspektif perjuangan politik tidak harus berpaksi kepada Anwar Ibrahim.

Kenyataan Fathi yang ditulis dalam facebooknya walaupun agak “biadap” kepada Anwar ia bukanlah mengejutkan.

Ini kerana sejak krisis Pakatan Rakyat di Selangor antara Khalid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim, Malaysiakini memang cenderung kepada Khalid Ibrahim.

Kecenderungan itu bukan sesuatu yang menghairankan apabila dikaitkan dengan gosip-gosip bahawa Malaysiakini merupakan penerima terbanyak bajet iklan dan promosi kerajaan negeri Selangor yang berjumlah RM 15 juta setahun.

Berikut ialah tulisan Fathi Aris Omar didinding Facebook peribadinya:


Kepada pengkagum, pemuja dan peminat Anwar Ibrahim (dan semua pemimpin seangkatannya); juga penyokong Pakatan Rakyat:

“In a world that’s changing really quickly, the only strategy that is guaranteed to fail is not taking risks.” — Mark Zuckerberg

Semua harus akur bahawa tiada guna bergayut pada sentimentaliti tokoh bernama Anwar.

Seperti pemain ‘superstar’, jika sudah sakit atau tidak lagi berkesan, pemain harus direhatkan di bangku simpanan.

Mungkin kita fikir masih lagi remaja atau mentah. Namun jika ibu bapa kita pergi, kita harus belajar hidup sendiri – cari rezeki dan rumah sendiri.

Kita harus ambil risiko meninggalkan Anwar dan semua seangkatan dengannya, dalam Pakatan atau di luar Pakatan.
Lagi cepat kita berfikir untuk mengambil risiko bergerak tanpa Anwar (dan generasi seangkatannya), lebih baik untuk masa depan reformasi bangsa ini.

Umar juga tidak dapat menerima kematian Rasulullah. Hanya Abu Bakar yang rasional dan strategik.
Pilihlah – nak jadi Umar atau Abu Bakar? Nak jadi budak-budak selamanya atau bebas daripada ikatan ibu bapa? Mahu dengar nasihat pengasas Facebook atau tidak?

(ii)
Kalau saya, ambil risiko lebih baik. Sama ada saya terpaksa merempat di sini; namun saya tidak akan kembali tinggal di rumah pusaka atau menziarahi pusaranya dengan linangan air mata.

Saya memang tidak bersentimental dengan gerakan atau tokoh politik.

Saya dekati, saya minati, saya ceburi, saya perjuangkan dan saya tulis apa yang saya fikir tanpa perlu bersentimental.

Sama ada Anwar dipenjara atau dibebaskan, pesan ini kekal relevan. Soalnya, bukan Anwar bersalah atau tidak; soalnya, suatu hari nanti Anwar akan pergi dengan cita-cita dan angan-angannya.

Saya harap pesan saya ini berguna kepada semua pengkagum Anwar dan penyokong Pakatan Rakyat.

Saya tiada dendam pada sesiapa seperti saya kagum pada (almarhum) Fadzil Noor. Tapi saya tiada sentimen dan sanggup berdepan dengan karenah PAS tanpa kepemimpinan Fadzil. Seperti berdepan karenah hidup sendiri tanpa usapan manja ibu.

Kita harus keluar daripada bayang-bayang Anwar (dan mereka seangkatannya). Jika tidak esok; lusa pastilah sudah.

(iii)

Dalam Quran, pesan seumpama ini disampaikan kepada Muhammad dan pengikutnya melalui surah “An Nasr”.
Surah ini meramalkan kemenangan merampas Makkah. Dan, sekali gus, membawa isyarat Nubuwwah tidak lama lagi akan berakhir.

Saya bukan menyampaikan wahyu. Saya tidak mampu meramalkan kemenangan. Saya hanya memberi pesan akan tiba sudah isyarat pertukaran generasi perjuangan reformasi.

Saya tidak maksudkan Anwar seorang sahaja. Saya maksudkan “Anwar dan angkatannya”, di dalam dan luar Pakatan.
Kalaulah anda mahu memahaminya.







17 Komen to Pengarang Malaysiakini Gesa Penyokong Pakatan Lupakan Anwar Ibrahim

  1. […] Ini kerana sejak krisis Pakatan Rakyat di Selangor antara Khalid Ibrahim dengan …read more […]

  2. Uturn says:

    Sebenarnya ramai penyokong pakatan dah sedar anwar nimpenipu besar . Lakukan penghijrahan terbaik sempena muharram ni, tinggalkan saja anwar dan pakatan rakyat.

  3. dkds says:

    Tapi masalahnya adakah penyokong pakatan ni ada otak?

  4. Tuan Guru Haji Hadi Awang says:

    KAMI PUN DOK TUNGGU DIA TAKMO BERAMBUS LAGI.. YANG DTG CERAMAH PASAL KES LIWAT PUN BUKAN SEBAB NK DENGAQ PASAL ANWAR SGT SBB DEPA XSUKA GOMEN SAJA.. TO ME ANWAR IS DONE!

  5. itsme says:

    otak ada akal tarakkk!!!

  6. alimedanbaru says:

    KALAU DIDALAM DEWAN BESAR
    ANWAR TAK PERLU LAGI NAIK KEATAS PENTAS
    MEMADAI
    GAMBARNYA DITAMPAL DIDINDING
    DIA TELAH JADI SEJARAH
    TIDAK LAGI RELEVAN
    MASANYA TELAH TAMAT
    DIPENTAS PERLU MUKA BARU
    UNTUK MASA INI….

  7. ToraTora says:

    Ada 3 jenis golongan penyokong Anwar Berahim (maaf andai pendapat kita tak sama). Pertama golongan yang percaya anwar teraniaya dan berjuang menyokong bersama beliau utk menakluk negara ini dan seterusnya menjadi PM.

    Yang ke-2, golongan yang tahu benar Anwar ini memang penipu, biseksual, buruk moraliti, asal-usulnya yang mencurigakan. Tetapi golongan ini tetap menyokong kerana adanya anwar ini yang lengkap (dalam putar belitnya) dapat digunakan untuk merampas tampuk pemerintahan sekarang.Apa nak jadi dengan Anwar andai negara jatuh ke tangan pakatan itu belakang kira.Menang dulu baru cerita.

    Yang terakhir ialah golongan yang memang bencikan Barisan nasional. Golongan ini tak kira apa dah. Sokong membabi buta, asal ada yang cuba gulingkan kerajaan yang aman makmur ini, mereka sokong. Buat masa ini mereka memang sokong anwarlah.

    sekian.

  8. GT86 says:

    Adakah selepas ini Malaysiakini akan lebih adil dan bertanggungjawab atas semua tulisan mereka? Rasanya tidak….
    Dan kenapa baru sekarang berani memberikan saranan ini? Adakah mereka yakin dengan sistem kehakiman sekarang dan percaya anwar akan diadili seadilnya.
    Adakah mereka akan memperbaiki segala kerosakkan yang telah mereka lakukan?

    Sebenarnya Anuwar ni dah tak releven buat mereka lagi….mereka akan cari puppet baru….

  9. kiamak says:

    Hari2 cerita pasal anwar ibrahim. Apa yang susah sangat pasal dia ni. BUNUH SAHAJA dia. Baru tenang Malaysia ni.

  10. reds says:

    wau….mesti bang non mengamuk punya lepas baca apa yang pengarang malaysia kini tulis…..betul tu amik risiko…tinggalkan bang non…hahaha

  11. LEMBAH BUJANG says:

    ToraTora, Aku setuju dengan semua ketiga tiga pendapat hang, cuma aku rasa cina cina yg mai dari tongsan ni sebab pendapat kedua hang, depa dh tau perangai dan kelemahan Anwar, jadi kalau Anwar jadi PM (kunun nya kata Tun) senang depa nk ugut supaya ikut telunjuk depa,

  12. tarabas says:

    Pendapat tora tora dan lembah bujang memang tepas sekali bagi orang2 yang masih boleh berfikirla, tapi memang terlalu ramai orang yang berada pada pendapat ke-3 c tora tora tu, semuanya golongan melayu yang sedar mereka pasti tidak akan berkuasa selama lamanya jika tidak bersengkokol dengan nuar dan DAPig ni. Sebenarnya hati mereka talah dibutakan oleh pemimpin mereka cam c ajis dan Hadi. Sekarang Allah telah menampakkan betapa mereka2 yang buta hati dan fikiran ini dengan memecahbelahkan kepimpinan mereka.

  13. semangat dato' haron says:

    Anwar tiada gantinya…apalah pakatan tanpa Anwar

  14. bujuk says:

    Daripada buat dosa kering baik kita diam dan muhasabah diri sendiri. Sebab ada sesetengah orang yg hebat mengkritik dosa dan salah orang sedangkan diri sendiri pun terpalit juga dengan dosa dan kesalahan tersebut. Inilah orang yg paling takberguna…

  15. uncle vellapan says:

    siapa boleh nafikan anwar icon pakatan…tapi mana lebih utama?icon atau matlamat perjuangan? anwar hidup atau mati perjuangan mesti berterusan…takkanlah pakatan teruk sangat mcm tu sampai takde pemimpin pelapis?

    dalam hal ini penyokong pakatan mesti buktikan mereka lebih cerdik dari UMNO! Dapat?

  16. zerry says:

    pada aku yg x pndai politik ni… senang sj.. ANWAR is GONE case.. bukan nk sbuk2 mngata org.. tp dia mmg bahaya bg malaysia, khususnya bangsa Melayu/Islam. sbb klu politician yg straight pn blh dirasuah dgn betina, inikn pula org mcm DSAI. Musuh2 Islam snang2 umpan dia jantan2 Jambu lpas tu blacmail dia.. agak2 dia nk tolak ke jantan2 jambu, bkn senang2 nk dapat.. klu betina cun mmg senang nk cari.. tupun org x tolak!! sbb tu DSAI ni liat ssangt, sbb ada hidden hand behind him, funds utk diani x pnah kurang.. he s just a Puppet.. n lastly pd sesiapa yg masih ragu2 yg DSAI ni homo, jgn tnya bibir korang, tnyala hati korng pling dalam, betulke korang masih caye yg DSAI ni dianiaya, n dia bukan homo…klu dh dpt jwapan, ingat pula ingatan ALLAH, yg DIA melaknat seorng homo.. sori klu marah, dont intend to provoke anyone.. juz my two cents. ciaooo..

Leave a Reply