Menu Utama

Penganjur Sentuh Anjing Bukan Peduli Mazhab

PENULIS sebetulnya bukan tidak setuju pandangan ilmuwan-ilmuwan agama dari pertubuhan tertentu yang cuba menenangkan masyarakat Islam yang naik darah dengan penganjuran program sentuh anjing dan pesertanya di Selangor Ahad lepas kerana tidak sensitif dengan Islam.

Baguslah tu, nak tenangkan orang.

Tapi janganlah bagi gambaran bahawa orang Islam yang naik darah kerana program tersebut ini bersalah, sedangkan yang menganjur tu nampak macam baik kerana kononnya persoalan mazhab. Perbincangan berkaitan Mazhab ni bukan perbincangan agama yang biasa, tapi sesama mereka yang betul-betul mendalami pengajian Islam.

Penulis yakin, penganjur program berkenaan bukan peduli apa dengan mazhab pun. Latar belakangnya pun tak menunjukkan dia mengaji lebih mendalam pasal Islam. Silap-silap, amalan yang wajib ini pun belum tentu dia buat, lagi nak cerita mazhab-mazhab apa segala.

Kalau niat baik, kenapa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pun ditipunya jugak? Konon nak buat program penerangan, tazkirah sahaja, rupa-rupanya ada agenda lain yang lebih teruk. Nasihat MAIS supaya jangan dibuat sentuh-sentuh anjing ini dilanggarnya?

Yang penting sekarang ialah, cari dia ini dulu dan siasat betul-betul apa tujuan dia menganjurkan program tersebut.

Penulis setuju bahawa program ini ada agenda liberal yang besar dan perancangan yang teliti. Dari peserta program terlibat, surat MAIS, panggil Ustaz bagi tazkirah, perempuan Melayu pakai tudung belai anjing, semua ini menunjukkan ada agenda tertentu, bukan nak bagi pemahaman seperti didakwa.

Kenapa dibuat di Selangor itu sendiri pun bukan saja-saja, mesti ada sebab munasabah. Mungkin, hanya di Selangor sahaja program bodoh seumpama ini mudah nak dibuat. Sebelum ini pun ada gereja di Selangor didapati cuba memurtadkan orang Islam.

Menguatkan lagi pandangan tersebut ialah bila penganjur program tersebut melarikan diri, dakwa kena bunuh, tutup akaun Facebook dan sebagainya. Kalau niat baik, takde agenda lain, atau tak faham, kenapa pulak nak lari?






5 Komen to Penganjur Sentuh Anjing Bukan Peduli Mazhab

  1. […] Penulis yakin, penganjur program berkenaan bukan peduli apa dengan mazhab pun. Latar belakangnya pun tak menunjukkan dia mengaji …read more […]

  2. raplahjingaa says:

    Terlalu banyak manusia yang berdosa hari tu….penganjur lari, tutup facebook..kerajaan selangor pulak tuding jari pada penganjur, MAIS kata depa di tipu, janji lain buat lain…yang senyum meleret ialah musuh-musuh Islam !!

    Bukan kita tak tau yang ianya akan dianjurkan……apa kita buat ?? berdegar-degar setelah ianya berlaku…termasuk lah MYKMU !! benda dah jadi bro….

  3. Uturn says:

    dia tak ada mazhab kot.

  4. Adam Abdullah says:

    Hari ini 23.10.2014 (Khamis) ulasan/pandanga/komen/tulisan berbeza-beza masih terus dilapurkan di media cetak dan media eletronik. Antaranya ialah seperti berikut:-

    http://www.thestar.com.my/Opinion/Columnists/Musings/?c=%7b0AAC1B04-0EC6-4B30-8BD1-9EF6DC5B7875%7d

    http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/10/23/Author-comes-to-Syed-Azmis-defence-Dog-event-leader-is-one-of-the-better-Muslims-around-today-says-A/

    http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/10/21/Touch-a-dog-event-draws-flak-from-authorities-Islamic-scholars-question-the-need-for-campaign-and-i/

    http://www.nst.com.my/node/45031

    Pandangan, penjelasan, penerangan dan lapuran dari siapakah yang patut kita dengar dan ikuti? Tidak lain dan tidak bukan ialah mereka dari JAKIM –
    http://www.islam.gov.my/fungsi-jakim. Mereka semua bertauliah dan diiktiraf di peringkat Antarabangsa dan Ketua Pengarahnya di lantik oleh Agong (kalau saya tidak silap).

    Yang lain boleh terus dan bebas untuk tunjukkan kepandaian mereka. Kita semua perlu membaca dengan teliti dan memahami perkara yang mudah dan jangan terkeliru dan dikelirukan.

  5. Badrole Amin says:

    nak salahkan MAIS boleh juga sebab sikap kurang peka/sedar/proaktif mereka…maksud aku apabila MAIS menerima surat pemberitahuan/permohonan dari seorang beragama Islam bernama syed azmi mahu mengadakan acara ‘i want to touch a dog’, seharusnya MAIS terlebih tahu dan faham untuk memberi teguran dan saranan kepada penganjur bahawa nama acaranya itu tidak sesuai, ianya perlu ditukar(kerana menerima/membenarkan pengunjung beragama Islam hadir) dan merasakan pihak penganjur akan melakukan perkara tidak elok(mengajak/menggalak pengunjung beragama Islam memegang, memeluk atau mencium anjing) semasa acara diadakan walaupun dalam surat pemberitahuan/permohonan itu penganjur mengatakan pengisian program acara hanya diselitkan dengan ceramah/penerangan agama dari ustaz yang dijemput tetapi tidak mengatakan yang penganjur akan mengajak/menggalak pengunjung di acara tersebut dari kalangan orang Islam(terutama kanak-kanak) untuk memegang, memeluk dan mencium anjing

    sekiranya MAIS mempunyai lebih sikap peka/sedar/proaktif itu, persetujuan MAIS membenarkan pihak penganjur mengadakan acara ‘i want to touch a dog’ itu seharusnya disusuli dengan arahan kepada pegawai mereka(JAIS) supaya pergi ke acara tersebut untuk membuat pemantauan dengan menyamar sebagai orang awam(pengunjung acara)…maksud membuat pemantauan ialah memberi teguran atau menguatkuasakan undang-undang(terpakai dengan MAIS) sekiranya perkara tidak elok atau pelanggaran undang-undang(terpakai dengan MAIS) dilakukan oleh pengunjung beragama Islam dan pihak penganjur itu sendiri

    kesalahan MAIS adalah kecil kerana kurang peka/sedar/proaktif disebabkan penganjur acara ‘i want to touch a dog’ begitu licik memperdaya(menipu) mereka…niat penganjur memang hendak ‘melakukan perkara tidak elok’ itu bila mengadakan acara ‘i want to touch a dog’ itu…perkara tidak elok itu telah mendatangkan kemarahan kepada sebilangan besar umat Islam di Malaysia…kesalahan(memperdaya) yang dilakukan oleh pihak penganjur adalah satu bentuk penghinaan kepada kewibawaan dan integriti MAIS, oleh itu satu fail siasatan harus dibuka, pendakwaan harus dilakukan oleh MAIS dan satu bentuk hukuman harus dikenakan terhadap penganjur untuk dijadikan pengajaran dan juga peringatan kepada penganjur lain…tidak kira seringan atau seberat mana hukuman itu ianya harus dikenakan untuk memperbaiki persepsi majoriti umat Islam di Malaysia yang memandang agak negatif kepada MAIS sebagai ‘lemah dan malas’ berhubung isu penganjuran acara ‘i want to touch a dog’ itu

Leave a Reply