Menu Utama

Pelbagai Insentif Kurangkan Beban Rakyat Dalam Bajet 2015

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek membayangkan terdapat pelbagai mekanisme bagi mengurangkan beban rakyat yang akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2015 minggu depan.

Beliau berkata ia termasuk peningkatan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi harga rumah dan insentif percukaian lain.

“Kerajaan jamin dalam kenaikan harga minyak, beban rakyat diambil kira. Jadi kita minta rakyat bersabar dan melihat kenaikan ini secara positif. Selain itu, tunggu pembentangan Bajet kerana perdana menteri akan umum beberapa langkah untuk kurangkan beban rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Harta Intelek di sini.

Beliau diminta mengulas pengumuman pengurangan subsidi petrol dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa tengah malam tadi yang menjadikan harga runcit baharu untuk petrol RON95 RM2.30 seliter dan harga diesel RM2.20 seliter.

Dalam pada itu, katanya, kementerian akan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan 24 jam bagi memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya berikutan pengurangan subsidi minyak.

Beliau menegaskan kerajaan juga tidak akan bertolak ansur untuk menghukum mana-mana peniaga terbabit sama ada rakyat tempatan atau luar negara.

Ditanya rasional disebalik pengumuman pengurangan subsidi, Hasan berkata kadar kenaikan adalah minimum dan keputusan itu telah lama dibuat perdana menteri.

“Kita mahu mengurangkan ketirisan dan penyeludupan oleh golongan tidak bertanggungjawab. Bukan niat kita untuk membebankan rakyat sebaliknya mengukuhkan kewangan negara supaya akhirnya pada 2020 kita berjaya mengurangkan defisit negara ke tahap sifar,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pengurangan subsidi bahan bakar itu membantu kerajaan berjimat dengan lebih banyak dan dapat menyalurkan wang untuk mengadakan program dan infrastruktur lain untuk kebajikan rakyat.

Dalam perkembangan sama, Hasan berkata kenaikan harga minyak itu juga mungkin memberi impak minimum terhadap kadar inflasi, namun tidak dapat memberi jaminan tiada kenaikan petrol pada masa akan datang kerana ia berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

Beliau juga enggan mendedahkan sama ada Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang bakal dilaksanakan April tahun depan akan melibatkan petrol dan diesel.

— BERNAMA






15 Komen to Pelbagai Insentif Kurangkan Beban Rakyat Dalam Bajet 2015

  1. Uturn says:

    golongan rendah dah byk bantuan, kerajaan kena tekankan bantuan utk middle income group pulak. mereka ini yg tertekan skrg ni.

  2. azhar says:

    puuiiihhh kurang konon…. yang baru naik semalam apa jadahnya. dok tak dok naik..

  3. HMK says:

    http://www.youtube.com/watch?v=JeaClSiRtH0

    Menteri dari Parti Cap Ayam tengok Maharaja Lawak…

  4. HMK says:

    Menteri Standard Cap Ayam!!!

  5. Mek esah says:

    Kata2 yg merupakan gula2 yg sering ditabur setiap kali lepas rega minyak dinaikkan…..tidak menaikkan rega minyak tu le sebenarnya bantuan kerajaan kepada rakyat….tetapi ia bukan dlm bentuk gula2 politik jd kaedah ini tidak popular bg pemimpin yg suka bersandiwara dgn rakyat!!!!!!!

  6. semangat dato' haron says:

    The problem is Najib and his consultans. I lost my hope…say no to KJ!!!

  7. tubir says:

    Kepala butuh u talk cock.macam sial menyusahkan rayaat…

  8. terangsang says says:

    cara mudah nak rakyat kebanyakan riang gembira, penguatkuasaan penyeludupan hanya untuk barang keluar dari negara dan lepaskan kemasukan barang seludup dan import seluas luasnya biar berlambak dalam pasaran tempatan,kecuali senjata,dadah. asyik bela peniaga akhirnya diaorang juga kaki bising dan sentiasa tak puas hati.tindakan kerajaan sentiasa disangah. nak meruntuhkan saja, nak bena.. bena ke nafsu perut dan kebendaan saja. harap harap dengan gst barang keperluan akan berlambak lambak dalam pasaran. kita duit tak banyak pakai yang lama jelah.

  9. GT86 says:

    No to Najib and KJ
    Jom kita kurangkan gaji dan elaun para menteri kita yang berjiwa rakyat (dorang pun rakyat jugak).
    Tuntut kerajaan dedahkan pendapatan dan elaun puak-puak pemandu.
    Dan apa sumbangan pemandu pada rakyat dan pada Najib.
    Still no to Najib and KJ. Bastard.

  10. Umnoover says:

    Gula2 takde value lagi.

    Pakai duit zakat dan naikkan kadar bayaran kepada penerima lah.

    Tutup aje Pemandu. Ekonomi x berkembang mana pun.

    Tindakan penuh blunder naikkan harga minyak secara drastik.

  11. Syed says:

    kerajaan nak bayar BRIM … nak selamatkan MAS… dll…. duit makin kering lah tu… tahun depan rakyat kena GST pulak… duit masyuk lah… pak menteri kena tunjuk lah vontoh tauladan sama2 susah dgn rakyat… belanja berhemah dlm semua progran… umumkan potongan gaji menteri 10% kaa… 20% kos perjalanan menteri tanggung sendiri.. baru gentlement ok…

  12. kuman says:

    Dah le harga minyak niak, sekarang banyak pula gula nak di beri dalam 2015 budget alamat kencing manis naik mendadak le , sapa yang untung jugak, farmasi industri le selain teh tarik. Nampak gaya harga Obat pun nail le. Hai obat la obat mari beli obat…

  13. mzma says:

    Dulu masa rakyat bising kenapa harga kereta di Malaysia mahal 2/3 kali ganda.. Motor plak dah cecah 3 kali ganda.. Kerajaan jawab “Kita Ada Subsidi Minyak”… OK, rakyat terima walaupun berat hati.. Sekarang nie bila subsidi dikurangkan & mungkin hapus terus menjelang 2015, bila lagi nak turunkan eksais & import duty kereta nie… atau dah ada alasan baru tak nak turun harga kereta & motor.. kerana alasan yg acap kali kedengaran selepas pengurangan demi pengurangan subsidi minyak la nie.. “Kita Mesti Lindung Industri Automotive Negara”…

    Alhamdulillah, R.A.H.M.A.N pusingannya dah sampai kepenghujung & campur plak elemen no 14 (mesti mati)… Harapan melihat kerajaan baru makin terserlah… Syukur2 kepada Allah…

  14. pit69 says:

    Tarik subsidi bukan penyelesaian terbaik,bagi BR1M &tambah brim bukan penyelesaian terbaik,penyelesaian terbaik meningkatkan pendapatan rakyat,bukan suruh rakyat kerja siang&malam utk tampung perbelanjaan.yg dok kampung mungkin kurang terasa,yg dok bandar segala gala duit,ingat anda hanya ada kurang 4 thn utk selesaikan

Leave a Reply