Menu Utama

PasMa Berkembang PAS Bimbang, PKR & DAP Seronok Sakan

Di sebalik nasihat berunsur arahan oleh Majlis Syura Ulama PAS yang melarang ahli dan penyokong parti itu dari menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) khabarnya ia tidak menghalang NGO pro PR itu untuk terus mengembangkan sayapnya di seluruh negara.

Semua negeri termasuk Terengganu yang merupakan negeri Presiden PAS sendiri kini sudah mempunyai cawangan PasMa dan kebanyakan programnya juga didakwa mendapat sambutan hangat ahli dan penyokong PAS. Samada ia betul atau sekadar propaganda, hanya pemimpin PAS dan PasMa yang tahu.

Menurut perkhabaran itu lagi PasMa juga sudah mempunyai pemimpin lantikan di peringkat negeri dan kini dalam proses membuka pejabat tetap selain sibuk mengenalpasti siapa yang layak menjadi kakitangan sepenuh masa bagi melancarkan lagi proses mengembangkan pengaruhnya.

Bila sampai ke tahap mampu membuka pejabat tetap di setiap negeri serta berkeupayaan melantik kakitangan sepenuh masa untuk mengoperasikannya, dan boleh pula menjelajah seluruh negara dengan pelbagai program, itu cukup membayangkan kekuatan dana kewangan yang dimiliki PasMa.

Bukan calang-calang NGO yang baru setahun jagung untuk mencapai prestasi memberangsangkan sedemikian rupa. Keadaan ini tentunya mengundang persoalan yang cukup menarik dari manakah datangnya dana tersebut? Mungkinkah ada tangan ghaib yang bermurah hati menderma demi kepentingan mereka bersama?

Kita biarkan persoalan itu berlegar di kepala pemimpin PAS kerana tertubuhnya PasMa disebabkan wujudnya protes oleh sesetengah pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti itu yang didakwa cuba membelakangi kerjasama pakatan pembangkang PR.

Namun perihal PasMa yang dilaporkan berkembang pesat dan mampu mempengaruhi sesetengah ahli dan penyokong PAS untuk menyertai gerakan tersebut pastinya mengundang kebimbangan PAS yang sejak awal lagi cukup tidak berkenan dengan kewujudan NGO tersebut.

Kebimbangan PAS ada asasnya kerana NGO pro PR itu asal usulnya bukan mahu menguatkan PAS sebaliknya fokus penubuhannya demi nak menjaga kepentingan PR terutama sekali PKR dan DAP. Kalau PasMa wujud untuk kepentingan PAS tak tergamak mereka melanggar arahan Majlis Syura Ulama parti sendiri.

PAS tahu kehadiran PasMa boleh diibaratkan seperti adanya parti dalam parti yang impaknya kelak akan mengakibatkan ketaatan pada pemimpin dan organisasi parti itu akan terhakis sedikit demi sedikit. Paling ditakuti bila PasMa kian kuat ia akan mempengaruhi pola pemilihan pemimpin di Muktamar PAS nanti.

Malangnya makin PAS melarang makin ramai ahli dan penyokongnya dikatakan berminat mahu mengenali PasMa, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak mempunyai wala’ pada PAS disebabkan tersampuk dek pengaruh pemimpin luar yang sepakatan dengan PAS dalam PR.

Malah akronim PasMa itu sendiri ada yang secara nakal mengaitkannya sebagai Parti Anwar SeMalaysia berikutan keterujaan pimpinan NGO itu menumpahkan taat setia mereka kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berbanding rasa taat pada Presiden parti sendiri.

Lebih memburukkan keadaan bila mana di kebanyakan program anjuran PasMa, pelbagai kritikan dan amarah membuak dilontarkan terhadap kepimpinan parti terutama Hadi. Hal ini tambah menguatkan asas kebimbangan PAS peri bahayanya PasMa terhadap keutuhan parti dan kepimpinan utamanya.

Mungkin disebabkan perkembangan itulah memaksa PAS menjelajah ke seluruh negara dengan program khas taat dan wala’ pada parti dalam usahanya membendung gejala yang dianggap tidak sihat itu. Setakat mana ia berupaya menghalang pengaruh PasMa dari terus membiak hanya masa yang akan menentukan.

Lain halnya dengan rakan sepakatan PAS yakni PKR dan DAP yang nampaknya seronok sakan melihat perkembangan ini. Mungkin mereka melihat keadaan ini akan mengikat PAS dari membuat sebarang keputusan atau pendirian yang bercanggah dengan kepentingan PR di masa depan.

Apa pun, senario ini pasti membuatkan PAS tersepit bagaikan diluah mati mak bila ditelan mati pula bapak. Mana nak diutamakan antara kepentingan parti atau PR? Pilihan ditangan PAS, yang pastinya akan sampai masa nanti mereka terpaksa juga membuat pilihannya kelak.






7 Komen to PasMa Berkembang PAS Bimbang, PKR & DAP Seronok Sakan

  1. raplahjingaa says:

    Aku sebenarnya sedih dengan perkembangan didalam PAS sekarang ni, aku mengharapkan ada 2 parti utama melayu yang mencorakkan negara ini, PAS dan UMNO. Apa yang berlaku sekarang PAS sedang dimusnahkan dari dalam oleh ahli-ahli PAS sendiri dengan tunjuk ajar dari anwar dan kit siang, Orang yang sama di agung-agungkan oleh lebai-lebai kulup PAS. Dari parti yang terbesar dalam gabungan pembangkang, PAS kini berpecah belah tidak bermaya.

    Dalam blog pro PAS, ada yang macai yang meluahkan perasaan terlalu sedih melihat aji adi di mahkamah duduk didalam kandang orang bersalah macam buruk belatuk kesejukan menghadapi perbicaraan saman ahli PKR !! tok guru yang depa sanjung-sanjung kelihatan terlalu helpless dan fragile…itulah akibat tarbiyah PAS pada DAP / PKR !! ataupun mungkin jugak akibat kifarah Allah kerana keceluparan aji adi mengkafirkan sesama umat Islam.

    Bangunlah PAS !! buka mata, buka minda….jangan biarkan maruah diri dilongkangkan oleh peliwat dan kafir laknatullah.

  2. bujuk says:

    PasMa akan diam lepas pemilihan pemimpin utama PAS nanti… In Sha Allah.

  3. arhi says:

    Balasan Tuhan kpd sesetengah pemimpin PAS yg keras kepala dan hati,jumud tdak mahu lihat Islam bersatu menolak sebarang perpaduan kononnya pernah ditipu itu satu alasan lantaran mengikut nafsu dendam kesumat yg tidak pernah padam,dendam kerna tidak mendapat kedudukan yg diidamkan semasa menjadi ahli UMNO dulu cuma sekadar guru KEMAS,kini rakan sekongkolnya telah menikam dari belakang tunggu untuk menghumbankan ke laut yakni pabila menubuhkan PASMA SEBAGAI SAINGAN PAS

  4. din says:

    Bangunlaaaaaa….jgn lena lagiiiiiiii…sebelum puakpuak yg bertopengkan manusia ni membantu DAP dan PKR
    mengusung PAS ke kubur…..

  5. ToraTora says:

    Planning tahalufsiasi yang memakan diri..sedih orang melayu islam semakin berpecah

  6. Pejuang IMR says:

    Penyokong Tahaluf Siyasi perlu muhasabah dengan soala2 cepumas spt di bawah.
    1. Dalam PR adakah PAS Dominan. Bebanding UMNO dalam BN
    2. Siapa yang akan jadi PM dan TPM sekiranya PR menang PRU14. Dalam BN jelas kedua2nya adalah dari UMNO
    3. Di manakah kedudukan PAS sekiranya PR menang PRU14 nanti. Dalam BN sangat jelas
    4. Mampukah PAS melaksanakan Islam seperti yang dilaung2kan sekiranya PR menang. UMNO memang telah terbukti
    5. Sebelum 4 item di atas mampukah PAS meletakkan Islam dalam Manifesto PR utk PRU14
    Buatlah penilaian dengan hati terbuka dan ikhlas. MAMPUKAH?????

  7. Adam Abdullah says:

    PAS nak kena kipas macam ini – http://www.youtube.com/watch?v=KWH9W0RT2Ps&index=3&list=PLKKNcApkV9PYt4iF1LmRuYUdb3v26Ogvl

Leave a Reply