Menu Utama

Pas mahu pemimpin politik bertaubat.

Dewan Ulama Pas tegur Nurul Izzah dalam cubaan liberalkan hukum Islam

Pas menggesa pemimpin politik Islam yang memuji dan menggalakkan penganjuran ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ supaya segera bertaubat kepada Allah kerana kempen tersebut jelas bercanggah dengan syariat serta akhlak Islam.

Ketegasan Pas yang disuarakan menerusi Dewan Ulama Pusatnya itu dibuat selepas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang juga anak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji penganjuran berkenaan.

Nurul Izzah menerusi laman Twitternya dipetik sebagai berkata, “Islam juga adalah tentang kasih sayang. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang hadir” walaupun penganjuran berkenaan dikutuk hebat pelbagai lapisan masyarakat.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali, penganjuran ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ jelas merupakan hakikat kepada sebahagian daripada agenda liberalisme untuk meliberalkan hukum-hakam agama Islam.

Katanya, atas sebab itu, selain pemimpin politik Islam yang bertindak memuji serta menggalakkannya, semua pihak terlibat baik penganjur mahu pun mereka yang hadir sebagai peserta perlu segera bertaubat kepada Allah.

“Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan kepada pemimpin politik Islam yang memuji dan menggalakkan penganjuran program seumpama itu agar bertaubat kepada Allah dan jangan dimulakan suatu ikutan yang tidak baik kepada masyarakat Islam.

“Percubaan untuk mempromosi syariat salah dengan dipelopori orang Islam sendiri menerusi agenda yang dilabelkan dengan label yang lunak hakikatnya adalah agenda liberalisme untuk meliberalkan hukum-hakam Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahad lalu, penganjuran program ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ di Petaling Jaya mendapat sambutan segelintir umat Islam dan ramai dalam kalangan mereka yang hadir bertindak menyentuh serta membelai haiwan tersebut sebelum memuat naik gambar di Internet.

Penganjurnya, Syed Azmi mendakwa, tujuan penganjuran kempen tersebut adalah untuk menghakis perasaan takut orang ramai terhadap anjing yang digambarkan sebagai ganas dan sering menyerang manusia.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin berkata, sebarang usaha berdalih dan mencari alasan semata-mata untuk menghalalkan atau merasionalkan sesuatu yang salah perlu ditolak sama sekali, apatah lagi jika kenyataan berkenaan dibuat oleh pemimpin politik.

“Ia hanyalah dalih untuk meliberalkan amalan syariat umat Islam. Hukum Islam tidak diamalkan berdasarkan nafsu untuk mencari yang mudah tetapi untuk mencari pendapat yang terkuat dengan dalil terkuat berdasarkan penilaian ulama muktabar,” jelasnya.

Tambah beliau, hadis-hadis sahih dengan jelas mengatakan bahawa haram hukumnya membela anjing kecuali untuk menjaga ternakan atau berburu manakala kempen pada Ahad lalu pula cuba membawa mesej kepada masyarakat mengenai anjing tanpa menghirau hukumnya.

Utusan






12 Komen to Pas mahu pemimpin politik bertaubat.

  1. Uturn says:

    Pas setakat boleh tegur dan cakap dari jauh saja tapi gagal “mengislamkan” rakan tahaluf siyasi yg sebelum ini mereka kata dah berjaya mengubah dap. Org islam pun mereka gagal ubah.

  2. GT86 says:

    Apa nak jadi dengan cucu si Berahim ni? Aritu buat fitnah sehingga berjaya menipu rakyat. Hari ni mempermain-mainkan agama kepercayaan nya sendiri. Mendahului Nabi dan membelakangkan Allah. Berani sungguh. Harap rakyat sekalian yg memberi undi padanya dapat melihat hal ini dengan matahati yang waras. Ini mungkin salah didikan dari keluarga sendiri.
    Jadi untuk PRU yang akan datang, harap para pengundi dapat membuat keputusan tepat demi untuk kesejahteraan semua.
    Selebihnya, biar Allah yang mengadilinya, berdoa saja lah

  3. itsme says:

    nak kata apa lg ek.. nak lulus pekse pun dia sanggup bxxxxxx.. haha, minah kurg keyakinan & kemampuan diri biasanya mudah lah sgt terbawa2 @ terpengaruh.. sian kat dia, ada lg baik jika ustaz2 PAS tu p tarbiyah directly, lg baik……

  4. alimedanbaru says:

    BARU SEKARANG PAS NAK TEGUR?
    apa pun Pas yg masih bersatu bantal dengan PKR DAN DAP
    samalah hakikatnya seperti MENYENTUH ANJING!
    sepihak amal Islam Plural
    dan satu lagi anti Islam dan penentang No 1 negara Islam dan hudud
    apa nak jadi dengan Pas ni
    sebelum tegur Nurul Izzah yg terang-terang sebelum ini mempromosikan persamaan agama
    ALANGKAH ELOKNYA PAS MENEGUR DALAM KEADAAN DIA TELAH MEMISAHKAN DIRI DARI PKR DAN DAP,
    ADA BERANI?

  5. yon76er says:

    Tapi buat moooo@lembu ..it’s oookkeyyyy..sbab dia pegang LEMBU and pelok2 sahaja..tak mcm tuu moooooo….

  6. Adam Abdullah says:

    , tentangIslam adalah agama dari Allah –

    http://file.upi.edu/Direktori/FPIPS/M_K_D_U/196011241988031-EDI_SURESMAN/Manusia,_agama,_dan_islamkelompok_2.pdf

    Disebutkan dalam Perlembagaan Malaysia: Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
    (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
    dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

    Tetapi kita orang Melayu/Muslim di Malaysia melalui individu-individu, wakil-wakil, pakar-pakar, profesional-profesional, cerdik/pandai dalam PR (PAS/PKR) dan NGOs asik bertelagah atau memberi pandangan/pendapat berbeza-beza tentang sesuatu isu, tentang sesuatu perkara berkaitan Islam – tidak ada kesatuan, persefahaman, brotherhood dan keseragaman. Bagaimana rakyat bukan Melayu/bukan Muslim hendak memahami Islam, budaya Islam, peraturan Islam dan adat resam Islam sedangkan ada kita orang Melayu/Muslim di Malaysia, dari Utara ke Selatan dan Timur ke Barat serta di Lembah Kelang, di Bandar dan Bandaraya sendiri keliru/confused tentang sesuatu isu/perkara/tafsiran Islam dan Quran/Hadis?

    Perlu dan patutkah kerana politik kita orang Melayu/Islam tua dan muda terus menjadi keliiru dan dikelirukan?

    Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan melalui JAKIM/IKIM perlu berusaha menyatupadukankan umat Melayu/Islam di Malaysia, Melayu/Islam dalam UMNO/BN, dalam PR(PAS/PKR/DAP), NGOs dll pertubuhan.

    Kita patut di peringkat Pusat, Negeri, Daerah, Majlis Perbandaran, Mukim dan kampong ada satu badan rasmi sahaja (yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja) yang mentadbir/mengurus, mengawal selia, memberi kuasa, pendidikan, penerangan, penjelasan, dakwah tentang Islam dan hanya mereka yang bertauliah sahaja dari satu badan seperti JAKIM sahaja yang boleh memberi penerangan dan penjalasan secara lisan atau bertulis tentang Islam di seluruh Malaysia. Dengan cara sedemikian kes ekstremis, militan, ajaran salah/sesat, “sentuh anjing” dll penyelewengan dapat dibendung di seluruh Negara.

  7. raplahjingaa says:

    Anak buluh betung tu hangpa jangan kira dengan dia….pensyarah orang putih mabuk pun jadi…janji dia pass exam.

  8. WTF says:

    PAS mana mampu nak trabiyah Nurul Izzah, Nurul Izzah hanya ikut pendapat “Anugerah Tuhan” jer!!!

    Tuhan yg mana satu, aku tak tahu lah. Yg pasti, ayah Nurul Izzah bukan “Anugerah Allah”!!!

  9. Dol says:

    PAS SEDANG BERUSAHA UTK MENGISLAMKAN UMNO

    SEBB UMNO SEKARANG INI MUKA MCM NK INSAF… DH PANDAI YAHANANA

    SO ELOK JUGA PAS DAKWAH MUALAF UMNO TU.

  10. Jambol says:

    Pemimpin PAS sendiri pun tak ikut arahan Dewan Ulama PAS. Cukuplah dengan menasihat dan menyeru seperti anjing yang menyalak !!! Orang-orang PAS masih juga pangkah Nurul Izzah, sama dengan DAP.

Leave a Reply