Menu Utama

PAS Kaji Semula Tahaluf Siyasi Dengan PKR & DAP

Khabarnya pada waktu ini Jawatankuasa Penyelidikan Dewan Ulama PAS sedang dalam proses membuat kajian semula bagi menentukan samada kerjasama politik (tahaluf siyasi) yang membabitkan PAS dengan PKR dan DAP benar-benar mengikut hukum syarak atau sebaliknya.

Kajian tersebut dijangka selesai dalam masa terdekat dan ia akan dibincangkan oleh Dewan Ulama PAS Pusat untuk ditentukan cadangan atau penyelesaian yang dirasakan sesuai. Selepas itu ia akan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS untuk dimuktamadkan keputusannya.

Itu sedikit sebanyak penjelasan oleh Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dr. Mahfodz Mohamad berhubung tindakan yang bakal diambil oleh PAS berikutan kemelut yang melanda parti itu dengan parti pembangkang yang lain.

Punyalah banyak prosedurnya sebelum PAS dapat membuat keputusan samada untuk terus kekal dibuli oleh PKR dan DAP atau tarik diri dari PR demi mempertahankan maruah diri. Bendanya mudah saja untuk diputuskan mana satu pilihan tapi banyak pula prosedur dan birokrasinya.

Sekarang ini setiap hari PAS dan pucuk pimpinannya kena balun dan dibuli sesuka hati, malah NGO pro PKR pun dah berani main terjah Ibu Pejabat PAS sambil desak Presiden PAS supaya tunduk dengan tuntutan mereka atau jika gagal akan dihalau keluar dari PR.

Tak terasa hinakah PAS diperlakukan sedemikian rupa? Masih lagi nak menunda keputusan penting yang melibatkan maruah diri? Parah betul…

Waktu PAS nak mula-mula bersekedudukan dengan PKR dan DAP dalam PR tak pula serumit ini, boleh pula bersenda gurau dan berselingkuh dahulu lepas itu baru minta restu Majlis Syura untuk menghalalkan perbuatan. Sekarang bila teruk ‘dikerjakan’, kena tunggu kajian dulu sebelum buat keputusan.

Nampak gayanya mana-mana ahli dan penyokong PAS yang begitu mengharapkan PAS akan segera bertindak menegakkan maruah parti perlulah terima hakikat pimpinan atasan PAS lebih rela terus dibuli dari menyegerakan keputusan tegas demi kepentingan parti.

Inilah hakikat perangai PAS, dulu pasal kesucian kalimah Allah SWT yang memang terang jelas sepatutnya dipertahankan bermatian-matian oleh setiap umat Islam pun PAS flip-flop tak dapat buat keputusan segera yang tepat, jadi dalam bab tahaluf siyasi pun samalah situasinya.






12 Komen to PAS Kaji Semula Tahaluf Siyasi Dengan PKR & DAP

  1. Uturn says:

    pas setakat kaji sajalah, lepas tu tunduk juga kepada dap dan pkr

  2. dkds says:

    Kalaulah di medan perang…dah lama tentera mati katak sbb jeneralnya nak bermesyuarat dalam merangka strategi…

  3. alimedanbaru says:

    kalau nak diambil kira
    orang biasa yg bukan ulama pun
    dah boleh beri keputusan
    dalam situasi Pas sekarang
    demi maruah dan harga diri
    sepatutnya keputusan boleh dibuat ‘diatas tangga’
    apa perlu nak bermesyuarat dan mengkaji
    perkara yg berlaku bukan tersirat
    tetapi tersurat
    SUDAH TERANG APA PERLU BERSULUH?

  4. raplahjingaa says:

    Alaaaaaa…wayang je tu, PAS dah terlalu bergantung dengan DAP/PKR hinggakan lebai-lebai ni tak sedar pengaruh DAP/PKR dah kuat dalam kalangan macai-macai depa.

    Dulu ngeh di perak sanggup pakai serban masuk kampung melayu kutip undi macai PAS….la ni sebelah mata dia tak peandang dengan pemimpin PAS pusat…kecuali mat sabu dan husam.

    Sapa yang bagi gelaran khalifah Al Rasyidin pada guan eng ??

  5. anakbochek says:

    “Khabarnya pada waktu ini Jawatankuasa Penyelidikan Dewan Ulama PAS sedang dalam proses membuat kajian semula bagi menentukan samada kerjasama politik (tahaluf siyasi) yang membabitkan PAS dengan PKR dan DAP benar-benar mengikut hukum syarak atau sebaliknya.”

    ———
    Kajian semula dibuat bukannya berdasarkan kepada penghinaan dan cercaan yang diterima tapi dari segi hukum syarak? Sebelum ni tak pernah dikaji ke? Berapa ramai ulamak kat dalam tu tak buat kajian dan perbincangan ke sebelum bersetubuh dengan puak PR yang lain.

    Maknanya hubungan yang dulunya “halalan toyyiban” sudah diragui status “halalnya”. PAS masih belum berani untuk bertindak mengajar orang yang menghina dan mencerca mereka. Telur mereka masih kecut di dalam.

  6. buluh rucing says:

    Berlaku d tempat saya,seorang ahli pas,nampak warak la sikit,munkin fanatik pas, bila berjumpa atau bersembang dengan sesama melayu,tambahan melayu yg berlainan idologi,siustaz ni seperti acuh tak acuh nak bercakap,berbeza kalau bersembang dgn simata sepek, seperti mau dipeluk,diciumnya,jelas nampak kebodohan,nabi tak pernah pong ajar gitu,entahlah

  7. PasbaruaDap says:

    Pas bermeetin utk merancang alasan pembohongan utk ahli Pas utk dikemukakan pada DAP dan PKR dalam merancang tahaluf siyasi menjadi bayangan sangsi

  8. ciku says:

    hopefully doa kita agar pas keluar dari pakatan dimakbulkan, demi menjaga maruah saudara se-Islam yang masih belum sedar, bukan atas kapasiti politik. tapi atas kapasiti mereka masih saudara se-Islam kita.
    Kita sudah mintak Allah SWT tunjukkan sikap sebenar rakan mereka kerana hati mereka menebal dengan perasaan benci sehingga tidak mampu menilai mana rakan dan yang mana musuh..

    Cukup2 lah sekadar jaguh kampung yang bunyinya berdegar-degar tapi cuma tin kosong.
    Takde apa yang boleh dimanfaatkan bersama pas melainkan membenci sesama sendiri dan cintakan kehancuran, kesepakatan dalam perjuangan memartabatkan Islam bukanlah matlamat mereka yang sebenar.

  9. Syed says:

    Walau apa yg terjadi PAS wsjib pertahankan balao-balaci dgn PR demi utk menjatuhkan kerajaan yg sangat berjasa selama ini …. demi Buku Jingga yg disepakati sehingga kiamat dan di persoalkan baik buruknya di Mahkamah Allah swt….

  10. samad says:

    pas dayus mana berani nak keluar dari pakatan.

    setakat pakcik-pakcik pakai serban cakap arab sikit terus di gelar ulama ni nak kaji dok kaji tahaluf siyasi ni baik tak payah la dengar.

    buang masa je. diorang mana ada maruah.

  11. rafrash says:

    Berapa banyak kali kaji daaa!!!!

Leave a Reply