Menu Utama

PAS Disuruh Berlapang Dada Walaupun Dibuli

Hakikat PAS yang sering dibuli sejak bersama PR dah lama rakyat tahu malah sebelum PRU-13 dulu heboh diperkatakan ramai perihal dominasi PKR dan DAP akan menyebabkan PAS menjadi parti kelas ketiga dan mangsa buli yang akan kerap mengalah bila digertak rakan-rakan sepakatan.

Namun telah menjadi peel perangai PAS yang sudah terbiasa enggan menerima hakikat maka masalah sedemikian sering sahaja disapu ke bawah karpet sehinggalah bila timbulnya kemelut MB Selangor yang berpunca dari Langkah Kajang yang serba tempang, barulah sibuk nak mengadu peritnya asyik kena buli.

Oleh itu bila mana AJK PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen PAS Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz akhirnya mengakui PAS sememangnya kerap dibuli PKR dan DAP, sebenarnya ia sekadar membuka rahsia yang orang ramai dah maklum dan hanya mengesahkan hakikat permasalahan yang dah sekian lama wujud dalam PR.

Dalam pada itu rupa-rupanya ada pemimpin PAS berjawatan kanan dari Perak berpandangan sebaliknya apabila menafikan pengakuan Nik Abduh perihal gejala membuli PAS dalam pakatan pembangkang.

“Perasaan itu hanya timbul apabila pimpinan Pas berasa terlalu rendah diri untuk memberi pandangan dalam pertemuan dengan mereka, tidak terbuka fikiran dan berlapang dada dalam mesyuarat bila berlaku perbezaan pendapat dengan mereka,” demikian penafian Ketua Penerangan Pas Perak, Misbahul Munir Masduki berhubung isu PAS dibuli dalam PR.

Anak jantan Nik Aziz kata PKR dan DAP sering membuli PAS tapi pemimpin PAS Perak ini pula menyalahkan pemimpin PAS yang mempunyai masalah rendah diri, fikiran tidak terbuka (jumud) dan sikap tidak berlapang dada pemimpin yang menyebabkan seolah-olah PAS kelihatan dibuli.

Maksud tersiratnya kalaupun nampak seperti kena buli PAS kena terima dengan fikiran terbuka dan berlapang dada.

Tak disangka betul dalam keadaan maruah partinya dipijak-pijak, dicaci dan dihalau keluar dari PR masih ada juga pemimpin PAS yang cuba nak memenangkan kaki buli. Agaknya dah tersampuk demam parasit Anwarinas itu pasal tergamak menyalahkan pucuk pimpinan parti sendiri.

Yang jelas depan mata rakyat sekarang, PAS telah dipersalahkan sewenang-wenangnya berikutan krisis politik sesama PR berpanjangan. Bini Anwar Ibrahim gagal menjadi MB Selangor, PAS yang kena balun. ADUN PAS dicuri kemudian mengkhianati parti, tapi PAS pula yang dimaki dan dilibas sesuka hati.

Itu pun bukan bulikah? Lagi nak disuruh PAS berdiam diri semacam sengaja nak menonjolkan lagi kedayusan dan betapa makin tak bermaruahnya PAS di mata khalayak.

Begitu juga apabila pemimpin PAS digelar sebagai pengkhianat kemudian bilangan EXCOnya dikurangkan, itu tak dipanggil sebagai perbezaan pendapat, tapi pembulian dan pencabulan maruah. Tapi masih juga disuruh pemimpinnya berlapang dada dan redha menerimanya. Tak patut… tak patut…

Jelaslah sekarang PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan pembulian oleh rakan sepakatan tapi pemimpin yang sekapal pun nampak macam seronok pula melihat PAS dibuli. Jika beginilah gayanya memang tunggu masa sahaja untuk PAS karam dan hanyut dari peta politik tanahair. Lambat atau cepat saja.



(Next News) »



10 Komen to PAS Disuruh Berlapang Dada Walaupun Dibuli

  1. tony gunawan says:

    bagi pas umno tetap lebih busuk dan hodoh daripada dap dan pkr!

  2. mancini says:

    Tony nak tau kenapa awak kata bagi pas umno lebih hodoh drp dap dan pkr sebabnya pemimpin dan ahli pas dan awak pun adalah tak lebih baik drp baghal.baghal adalah binatang yg tukang bawa beban diatas belakangnya.walaupun berat bawak juga sebab baghal tu bodoh.

  3. PakChak says:

    Biarlah asalkan bahagia!

  4. Uturn says:

    Pas dan kaldai berpisah tiada

  5. PenjawatAwam says:

    Bukankah President PAS sudah buat deklarasi.. yang mereka akan buat apa saja, dibuat apa saja oleh sekutu mereka asalkan mereka dapat berkuasa. Terlalu mabok Hadi dengan angan2 naik tahta, walau dia tahu untuk teraju Selangor pun mereka huru hara ini kan pulak teraju negara.

    Hadi perlu terantuk atau dipukul kepala nya untuk dia sedar dan pulih ingatan.

  6. GT86 says:

    Bukan berlapang dada, itu tandanya roh Islam dah Allah tarik kembali dari dada orang-orang Islam PAS. Hinggakan mereka begitu takut kehilangan kesenangan dunia. Hal yang sama berlaku ketika angkatan perang Monghul menyerang empayar Islam, baca lah sejarah.
    PKR dan DAP yang bertuhankan keduniaan telah berjaya dalam usaha dakwah mereka pada PAS.
    Mereka telah berjaya memurtadkan PAS.
    PAS= rest in hell

  7. stingray says:

    Itu kata PAS tony oii…kata DAP & PKR pulak, PAS serupa tua kutuk tak sedar diri…bodoh mcm lembu….pikaq mcm keldai..standard cacai penggangkut taik…otak udang kelas 4…hang x perasan ke depa pandang PAS lagu tu tony…

  8. anakbochek says:

    GT86, saya setuju dengan kenyataan anda yang roh Islam mereka sudah ditarik. Bila kalah pilihanraya mereka menyalahkan pengundi hantu dan sebagainya. Mereka tidak percaya lagi pada rukun iman yang keenam “percaya qada dan qadar serta ketentuan Ilahi”.

  9. WTF says:

    PAS anggap UMNO tetap lebih busuk dan hodoh daripada DAP dan PKR???

    Setahu aku, apek macam hang ni yg BUSUK sebab TAK MANDI!!!

    Oh ya Tony, awat bini Dewa orang Cina tak dapat jd MB Selangor!!!

    tony gunawan (February 20th, 2014 at 11:32 PM)

    orang cina di seluruh malaysia anggap anwar sebagai dewa hidup!u tau tak!

    http://www.mykmu.net/2014/02/20/prk-kajang-anwar-menang-atau-tidak-rakyat-selangor-sah-dibodohkan/

Leave a Reply