Menu Utama

Pantau ‘aliran’ pengurusan universiti

Oleh Jabdin Juhat

imageSelepas pagar Uni­versiti Malaya (UM) roboh di­rem­puh dan diceroboh oleh kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ib­ra­him semata-mata mahu Ketua Pembangkang itu ma­suk ke Dewan Tunku Canselor (DTC) untuk menyampaikan pidatonya, kita sedar be­tapa lemahnya pengurusan isu oleh pihak universiti. Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya perkara itu diurus secara tegas, bijaksana dan ditangani lebih awal.

Kerosakan telah berlaku dan ia turut merosakkan imej kerajaan. Kerajaan perlu melakukan sesuatu selepas insiden ini.

Pada pendapat penulis, jika kita mahu pengurusan sesebuah universiti bagus, ada misi visi dan tahu tugas mereka selepas dilantik oleh menteri seperti termaktub dalam AUKU 1971 (Pindaan 2009) yang selari aspirasi kerajaan, lihatlah perkara-perkara berikut;

Pertama, empat jawatan pengurusan tertinggi universiti iaitu Naib Canselor (NC), Timbalan Naib Canselor Akademik (AA), Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Pembangunan (P). Naib Canselor dan TNC-TNC yang berpura-pura ‘neutral’ tapi sebenarnya ada aliran fikrah (sama ada parti atau pertubuhan dalam dan luar negara). Kerajaan mesti menyemak latar belakang mereka sebelum melantik ke jawatan berkenaan.

Aliran atau fikrah biasanya akan mempengaruhi cara mereka be­kerja, menjaga kerahsiaan dan kesetiaan kepada kerajaan yang memerintah. Sebab itu tidak hairanlah kita melihat pelantikan pegawai khas NC dan TNC serta jawatan utama di dalam kampus mereka daripada golongan sealiran dengan fikrah mereka.

Kalaupun ada NC dan TNC jenis ‘tidak ambil tahu’ biasanya mereka ini tidak kisah pun latar belakang pegawai khas mereka. Sebab itu dalam beberapa situasi NC dan TNC kelihatan nampak diberi nasihat yang salah dan bertentangan dengan kerajaan. Malah tidak keterlaluan ada kalangan pegawai mereka ialah anggota parti pembangkang yang secara terang-terangan mempunyai jawatan parti yang penting.

Kedua, lihat program-program universiti yang mereka anjurkan atau bakal luluskan kepada mahasiswa. Kadang-kala kononnya atas kebebasan akademik maka sesebuah program dianjurkan tanpa ambil kisah tentang sensitiviti dalam universiti dan pengaruhnya kepada masyarakat luar.

Mereka jenis ‘sudah terhantuk baru tengadah! Sudah jadi isu atau viral barulah kelam-kabut hilang punca menyelesaikan masalah. Mereka tidak pandai membuat keputusan penyelesaian malah menyebabkan kerajaan terpaksa kelihatan campur tangan akibat kedangkalan gerak kerja mereka. Atau mereka sendiri terlibat dalam ‘game’ isu itu yang akhirnya menyebabkan kerajaan terpalit.

Ketiga, mahasiswa di dalam kampus boleh menjadi mata dan telinga. Mereka seperti ‘jauhari juga yang mengenal manikam’ tanyakan apa usaha dan gerak kerja pengurusan universiti mereka. Cenderung kepada siapa? Dari sini kita akan tahu siapa NC, TNC-TNC dan para pegawai yang punya elemen songsang dan ada agenda sendiri dalam politik mereka

Keempat, kita boleh menyemak sumber-sumber agensi yang me­ngenali mereka yang ada maklumat mereka sejak zaman mahasiswa, belajar ditaja keluar negara hinggalah bekerja sebagai pensyarah atau pegawai. Amat mustahil maklumat mereka tidak diperoleh lebih awal.

Oleh itu, sepatutnya sumber-sumber pelbagai maklumat itu dimanfaatkan sebaik-baiknya sebelum melantik mereka ke jawatan itu. Dari­pada berharap mereka yang dilantik ini mengejar ranking universiti yang nampak amat payah mereka capai, lebih baik kerajaan menumpukan kepada mereka yang benar-benar fokus dan ambil peranan terhadap dasar kerajaan. Syarat-syarat ketat perlu dikenakan ketika hendak menyambung kontrak mereka se­mula sebagai NC, TNC dan pegawai utama universiti.

Kerajaan mesti serta-merta menyemak semula apa yang tidak kena khususnya pada AUKU (Pindaan) 2009 dan AUKU (Pindaan) 2012 iaitu;

i) Seksyen 4A Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2009 mengenai kuasa menteri me­lantik jawatankuasa untuk menasihati menteri mengenai pelantikan NC atau bagi mana-mana jawatan lain yang menteri mempunyai kuasa untuk melantik di bawah Akta ini dari semasa ke semasa.

ii) Subseksyen 4C (1) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah.

Kerajaan melalui Menteri Pendidikan Tinggi perlu memastikan pelantikan individu Ketua Pe­ngarah Pendidikan Tinggi, Timbalan-timbalan Ketua Pengarah dan jawatankuasa menasihat menteri pelantikan NC dalam jawatankuasa penasihat adalah individu yang sesuai dan mempunyai aspirasi kerajaan.

Jika kita gagal di peringkat pelantikan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan jawatankuasa menasihat menteri pelantikan NC maka ia akan mempengaruhi pelantikan pengurusan universiti di 20 IPTA sekarang. Tidak perlulah kita bercerita panjang mengenai misi, visi dan usaha seorang pemimpin universiti jika pe­ringkat ini kita gagal.

Insiden UM adalah satu contoh kegagalan pengurusan menangani isu dari awal secara tegas yang akhir­nya memberi persepsi buruk kepada kerajaan. NC terkapai-kapai seolah-olah tiada ‘stand’ sehingga terpaksa melihat anak buahnya TNC HEP membuat keputusan yang dianggap menggambarkan kelemahan kerajaan.

Apakah untungnya selepas ini kepada gerakan mahasiswa dan menghadapi pilihan raya kampus? Apakah peristiwa di UM ini mencerminkan 20 IPTA yang lain sedia ada sekarang? Semoga perkara ini tidak merebak ke IPTA lain.

**PENULIS ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Aktivis Belia Tanah Air (ABATA)

Sumber :- Utusan Malaysia






4 Komen to Pantau ‘aliran’ pengurusan universiti

  1. raplahjingaa says:

    kekadang depa ni ada kelulusan setebal yellow pages….takat kelulusan je laa, tapi pemikiran hampas !! dah banyak dak aku jumpa orang jenis macam ni….

  2. Mohamad says:

    Bukan setakat isu pengurusan universiti, tetapi di semua peringkat terutama gred kumpulan penyelia lantikan baru iaitu mulai gred 27 hingalah ke gred yang atas-atas, kerana terdapat agak ramai juga kumpulan penyelia yang baru lantik samada gred 27, 29, dan 41 yang tidak mampu menghayati aspirasi kerajaan.

    Kita bukanya nak menyuruh atau memaksa pegawai-pegawai berkenaan untuk menyertai mana-mana parti politik dalam Barisan Nasional, cuma janganlah jadi duri dalam daging, diambil bekerja untuk menjalankan apa yang direncanakan oleh pihak kerajaan, tetapi mereka bukan sahaja tidak buat apa yang perlu dilaksanakan, malahan mereka inilah yang menjadi penghasut kepada masyarakat untuk menentang kerajaan.

    Perlu diingat bahawa rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dalam sektor awam, ramai juga yang dibuat oleh puak-puak pembangkang ni, tapi mereka inilah yang sibuk kata kerajaan korup, sedangkan mereka yang makan rasuah, menipu, salah guna kuasa, menyeleweng dan macam-macam lagi yang tak sepatutnya.

    Kaedah yang diamalkan oleh Biro Tatanegara sebelum ini perlu diterapkan semula, kita bukanlah nak mempolitikkan penjawat awam supaya mengundi parti itu dan ini dalam pilihanraya, tetapi mereka perlu faham dan dapat melaksanakan aspirasi kerajaan dalam perlaksaan dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

    Jangan jadi gunting dalam lipatan, jangan jadi duri dalam daging, jangan jadi api dalam sekam, jangan jadi talam dua muka, makan gaji dengan kerajaan yang memerintah hari ini, tetapi tak laksanakan dasar yang dibuat oleh kerajaan elok, siap makan rasuah, salah guna kuasa, menyeleweng lagi, lepas tu sibuk menyalahkan kerajaan.

    Masyarakat menyalahkan kerajaan adalah disebabkan penjawat awam sebaginilah, mereka yang menjadi nila yang merosakkan susu sebelanga, kemudian mereka pula yang menjadi batu api.

    Oleh itu pihak kerajaan kena sedar ini semua.

  3. Mohamad says:

    Kerajaan kena kaji mengapakah dahulu, penjawat awam menjadi agen kepada kerajaan untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan untuk difahami oleh rakyat sedangkan ketika ini adalah teramat kurang perkara sedemikian terjadi, malahan penjawat awam pula yang menjadi duri dalam daging menentang kerajaan dan menghasut orang ramai menentang kerajaan.

    Sekarang ini, jabatan yang dahulunya menjadi mata dan telinga kerajaan pun sekarang ini dah ada talibarut pembangkang. Kita bukannya nak menyekat ahli parti pembangkang dari jadi penjawat awam, tetapi nak politik itu politiklah, tetapi jangan mengkhianat kerajaan memerintah pada hari yang membayar gaji kamu semua.

    Sekarang ini pun pasal itu gaji pun ada yang pandai jawab, katanya rakyat yang bayar gaji, katanya cukai rakyat. Memang diakui bahawa rakyat yang bayar cukai, tetapi kerajaan yang bayar gaji, cukai yang dibayar itu kepada kerajaan, maka cukai itu milik kerajaan, gaji yang dibayar dari cukai itu adalah dari milik harta kerajaan. Jika ini pun penjawat awam tak dapat nak hayati, sebab itulah ada yang makan gaji dengan kerajaan, lepas tu mengkhianat kepada kerajaan pula.

    Kegagalan menghayati dan menanamkan kesetiaan kepada majikan yakni kerajaan yang bayar gaji mereka, menyebabkan mereka mengkhianati majikan sendiri. Bab nak undi pilihanraya itu terpulanglah, tapi bila bertugas, jangan jadi khianat kepada majikan.

Leave a Reply