Menu Utama

Nik Abduh Baru Sedar, Walhal Dah Lama Daahhh…

Dalam beberapa hari ini, Nik Abduh adalah watak yang popular meniti di bibir ahlul PAS dan juga peminat politik tanahair. Dakwaannya bahawa terdapat konspirasi untuk menjatuhkan pimpinan ulama di dalam PAS telah mengundang pelbagai kecaman terutamanya dari ahli parti tersebut.

Tentunya kita tidak hairan, apabila wujud penafian di kalangan pemimpin-pemimpin PAS sendiri akan berlakunya perkara seperti dakwaan Nik Abduh. Pertembungan dua pendapat berlaku, dakwaan dan penafian. Apakah Nik Abduh berbohong?

Untuk mereka yang mahu berfikir, pemecatan Hasan Ali dari PAS telah menjadi titik permulaan bahawa golongan ulama sudah tidak dianggap relevan bersama PAS. Dan jika diambil dari perkataan-perkataan Hasan Ali, amat mengejutkan bahawa Hasan Ali bukanlah menentang presiden partinya, tetapi menentang seorang yang tiada di dalam parti PAS! Sudahlah tiada di dalam PAS, malah individu tersebut sebenarnya tidak langsung berjawatan rasmi di dalam hierarki parti tersebut!

Tidak cukup dengan itu, kita disajikan dengan kelicikan peranan yang dimainkan oleh golongan tertentu yang bijak mengatur dan mencatur politik dalaman PAS sehingga terhumbannya Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari hierarki kepimpinan PAS. Apa signifikannya Ustaz Nasha, walhal sekadar menjawat jawatan Timbalan Presiden? Jawapannya ialah untuk membiarkan Presiden terumbang-ambing, sambil terpaksa mengharapkan sokongan dan dokongan dari golongan bukan pro-ulama. Hakikatnya, dengan golongan ini berkuasa, maka desakan dan tekanan dapat dipusatkan kepada Presiden PAS demi keputusan yang menguntungkan individu di luar parti itu. Apa lagi yang mampu Ustaz Nasha lakukan, sedang tidak lagi punya hak dan suara majoriti untuk menemani dan mempertahankan presiden partinya.

Jika kancah politik dalaman tidak cukup untuk menceritakan kebenaran dakwaan Nik Abduh, berlapanglah dada dan bukakan minda, tentang dasar-dasar perjuangan PAS yang tidak lagi sekata, senada dan selari dengan apa yang pernah disampaikan oleh arwah Ustaz Fadzil Nor.

Siapa antara kita yang pernah terfikir, bahawa akan wujud pimpinan PAS yang menyokong kalimah Allah untuk digunakan oleh sebuah majalah katholik?

Siapa, di kalangan kita, boleh terduga, pabila pimpinan PAS “menghalalkan” pesta arak di Selangor? Konsert rock heavy metal ketika muktamarnya? Siapa?

Siapa pula yang menjangka, ADUN berbaiah PAS lebih utamakan individu luar parti berbanding pimpinan partinya sendiri? Samikna wa atokna kepada siapa? Anwar Ibrahim?

Bukankah hanya “talam dua muka” yang selalunya melakukan perkara-perkara sedemikian? Apakah sifat “talam dua muka” ini juga yang membawa maksud “barua dan broker” seperti mana amarah Hj Hadi baru-baru ini?

Sedang Nik Abduh menyatakan keberanian dan kebenaran dalam dakwaannya, penulis sangat yakin dan pasti, ramai di kalangan kita yang sudah mengerti dan faham “reformasi” yang berlaku di dalam PAS hari ini. Kasihan PAS, parti tunjang di dalam Pakatan Rakyat diperalatkan persis “melukut di tepian gantang”. Walhal, mereka mempunyai jentera terkuat berbanding sekutu mereka.

Tidak sukar untuk menyedari dan memahami hakikat PAS kini, sekiranya kita mengelakkan diri dari berfikir menggunakan kepala lutut!






7 Komen to Nik Abduh Baru Sedar, Walhal Dah Lama Daahhh…

  1. Uturn says:

    dia dah tau lama dah, tapi buat2 tak tau…….mungkin dia nampak geng anwarinas nak take over pas, tu yg kelam kabut skrg ni.

  2. raplahjingaa says:

    KO UMNO, UMNO KO. KO UMNO, UMNO KO…..hehehehe, buat lagi kerja bodoh, berdoa terpekik terlolong macam siamang, la ni siapa yang nak KO ??

  3. GT86 says:

    Dia ni budak-budak lagi mudah di gula-gulakan dulu. Kan bapak dia yang empunya gula-gula tu yg di supply oleh tokeh2 cina.
    Seperkara lagi, dia ni pandai cakap dan komplen aje….. Kerja tak buat pun. Ada iras-iras KJ gak dia nie.
    Apa yg datang dari UMNO semuanya jadi jijik dan haram. Amaran dan nasihat langsung tak di pedulikan. PAS dah d penuhi dengan para munafik, selagi parasit munafik ini tak di hapuskan selagi itu PAS tidak akan sembuh.
    Sifir nya mudah aje tapi kerana takut hilang banyak kerusi, jadi takut. PAS dah hilang roh Islam. Jadi dayus.

  4. Pejuang IMR says:

    Kalau kita menonton Monday Night RAW World Wrestling Federation (WWF) channel 834 ASTRO pada setiap hari Selasa jam 10.00 malam kita dapati ada seorang penggusti Negro Amerika bernama Mark hendry dengan gelaran World Strongest Man (WSM). Mamat ni memang kuat gila tapi memanjang kalah je. Sebab otak dia ade kureng sikit. Baru2 ni dengan BO Lieve pun kalah. Sebelum tu beberapa kali tap out dengan Rusev (Ukraine Wrestler).
    PAS macam Mark Hendry ni lah. Mempunyai jentera kuat (pimpinan Unit Amal), ramai penyokong, taksub pulak tu, sanggup berguling atas jalan, malah akan turut apa saja yang disuruh, termasuk menyokong gadis yang berjanji menolak Hudud dan melingkupkan UiTM kalau berjaya jadi MP Telok Intan.
    Tapi bak kata Nik Abduh la PAS ni asyik kena buli je. Samapi naik lunyai dah. Sebelum tu kena saman sampai 2 Juta. Tero jugalah Unit Amal PAS tadah kopiah setiap ceramah. Tak tahu pulak dah cukup ke belum. Bukan tu je, kena halau dengan DAP macam kat Serawak tu pun masih nak tunggu lagi.. DAP panggil 4 ADUN PAS yang menyelamatkan kedudukan PR sebagai pengkhianat pun masih nak tunggu lagi. Exco PAS kena turun 3 dari 4 pun masih nak tunggu lagi. Masya’ Allah. Jadi2 la tu PAS.
    Kalau ye pun UMNO adalah musuh PAS, patut-patut la …..

  5. Mek esah says:

    Umno pun jangan berlagak baik le…skrg pas dah kenal siapa lawan dan siapa kawan…rupa2nya semua kawan pas selama ni adalah LAWAN …..tak terkecuali ada le sekor dalam jemaah pas sendiri yg bergayut untuk ‘ sesuatu’ yang tentu boleh merosakkan……betul le….untuk menegakkan Islam memang cabaran yang cukup hebat …..musuh2 nya adalah terdiri dari musuh yg nyata dan musuh tersembunyi…….mungkin pas lebih bahagia bergerak secara solo …

  6. alimedanbaru says:

    dalam kepimpinan jamaah
    samaada islamik atau tak rupa islamaik
    apa yg penting kepimpinan mendokong missi dan missi
    juga prinsip perjuangan
    kepada Pas adakah kepimpinannya mendokong visi dan missi dan
    berprinsipkan?
    apakah perjuangan untuk Islam memestikan bergabong dgn kapir musuh Islam macam DAP? KAN BODOH LAGI BAHLOL NAMANYA!
    Apakah kerana nak semata-mata tumbangkan UMNO kena impot tentera kafir?
    itu bangang dan tak yakin dengan pertolongan ALLAH namanya?
    Pas telah melemparkan prinsip perjuangan Islam
    Pas hanya mengharapkan sarban atas kepala dan jubah yg melekat dibadan
    hakikat perjuangan tak ubah macam MUNAFIK
    Rasulullah menempuh getir perjuangan dipulau, disisihkan, diancam , diperangi dan hingga membawa kepada HIJRAH
    Pas tidak istiqamah
    Pas tidak SABAR
    MALAH PAS SALAH DALAM MEMPASTIKAN SIAPA MUSUH SEBENAR!
    selamanya UMNO tetap merendah diri
    sabar dihina dan dikafirkan
    SABAR MELAYANI ULAMA YG BUSUK DAN MENDOAKAN KEHANCURANNYA
    AGAKNYA
    SELAMANYA ALLAH TETAP MERESTUI UMNO BUKAN PAS
    BUKANKAH KEPIMPINAN DITAQDIRKAN OLEH ALLAH
    KEHANCURAN JUGA DARI ALLAH
    SEKARANG
    SIAPA KUKUH DAN SIAPA BINASA!

Leave a Reply