Menu Utama

Minta Australia Campur Tangan Bukan Sebab Terdesak Kata Anwar Ibrahim

Ramai yang sudah maklum perihal sekumpulan pemimpin muda PKR pergi ke Australia dengan misi untuk melobi sokongan ahli politik dan pemimpin negara kanggaru itu supaya campur tangan dalam kes liwatnya yang akan dibicarakan pada 28 dan 29 Oktober nanti.PKR Lobi Australia

Bukan juga rahsia bahawa misi PKR ke negara tersebut dibuat selang dua minggu selepas Ketua Umum PKR (KETUM PKR) Anwar Ibrahim secara terbuka merayu kepada Australia supaya menegakkan kembali hak kebebasan dan demokrasi di Malaysia yang didakwanya pincang seperti Afghanistan.

Pemerhati politik dan rakyat kebanyakan melihat tindakan PKR meminta bantuan pihak luar itu mencerminkan betapa terdesaknya Anwar dalam menghadapi saki baki hari menjelang keputusan Mahkamah Persekutuan pada 28 & 29 Oktober kelak. Satu tindakan yang tidak matang seperti sengaja membuka pintu supaya pihak asing mencampuri urusan dalaman negara.

Menariknya apabila diajukan oleh pemberita perihal keterdesakannya itu Anwar mendakwa bantuan dan sokongan yang dipintanya dari negara luar (termasuk Australia) bukannya tanda dia terdesak sebaliknya untuk menunjukkan kesungguhan dirinya yang konsisten menentang ketidakadilan.

Dengan kata lain bagi Anwar masalah peribadi berhubung kes liwat yang dihadapinya itu adalah satu bentuk perlanggaran hak kebebasan dan asasinya yang tidak adil dan menzalimi dirinya sebagai rakyat Malaysia. Maknanya kalau kes liwat itu digugurkan barulah dikatakan wujud kebebasan dan keadilan, gitu gamaknya.

Dekat mana berlakunya ketidakadilan dan hak kebebasannya yang mana satukah yang dihalang sampai sekarang penulis tercari-cari.

Nak kata Anwar dihalang membela diri, rekod mahkamah menunjukkan sudah berpuluh-puluh kali peluang menangguhkan kes diberikan atas pelbagai alasan yang dikemukakan oleh Anwar dan barisan peguam belanya. Peguam yang diupahnya pula bukan seorang tapi berbelas orang. Masih tidak adil?

Nak dikatakan kebebasan Anwar disekat atau hak bersuaranya dihalang pun tak kena sebab siang malam Anwar bebas ke merata-rata tempat berkempen sana sini termasuk bila-bila masa bebas pergi keluar negara untuk meneruskan agendanya menghasut negara luar menekan Malaysia. Ini pun masih dikatakan tiada kebebasan?

Berbalik pada fokus utama artikel ini, persoalannya betulkah Anwar tidak terdesak?

Hakikatnya kalau betul tak terdesak buat apa sibuk-sibuk hantar delegasi pemimpin PKR ke luar negara dengan misinya jelas mahu melobi sokongan antarabangsa supaya mencampuri kes liwatnya yang sezarah pun tiada kaitan langsung dengan kepentingan negara itu.

Begitu juga kalau betul tidak terdesak buat apa Anwar membenarkan PKR menggerakkan program flashmob ‘Rakyat Hakim Negara’ yang matlamat penganjurannya untuk meraih sokongan umum sebagai persediaan berhimpun secara besar-besaran pada hari perbicaraan kelak.

Orang lain dari pelbagai latar belakang kerjaya dan kedudukan boleh berlapang dada menghadapi perbicaraan kes mereka di Mahkamah dengan menyerahkan urusan pada peguam masing-masing, dia pula terhegeh-hegeh minta perhatian antarabangsa untuk campur tangan membelanya.

Pusing-pusing dan belit kot mana pun memang nampak jelas semua tindakan itu menunjukkan Anwar berada dalam keadaan cukup terdesak sehingga tergamak meminta kuasa asing membantunya dengan tujuan meningkatkan tekanan terhadap Kerajaan Malaysia supaya campur tangan dalam urusan mahkamah.

Bimbang betul dia kalau-kalau Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabit kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari maka dikhuatiri hayat politiknya yang selama ini mendambakan keempukan kerusi Perdana Menteri akan musnah dimamah usia lanjutnya dalam penjara.



(Next News) »



14 Komen to Minta Australia Campur Tangan Bukan Sebab Terdesak Kata Anwar Ibrahim

  1. Adam Abdullah says:

    Pasal apa pula pergi ke Australia untuk dapatkan bantuan? Sistem perundangan kita yang ada sekarang adalah sistem mengikut undang-undang Persekutuan, mengikut Akta Parlimen. Bincang dan bahaskan dalam Parlimen tak boleh dan tak cukup ke?

    Mana ada peruntukan dalam Undang-Undang kita atau Perlembagaan Malaysia apabila kes jenayah dibicarakan di Mahkamah kita kita perlu ke Negara lain seperti australia untuk dapatkan bantuan.

    Kalau betul tindakan itu semua kira membazirkan masa, wang ringgit dan tenaga orang PKR dan rakyat Malaysia.

  2. Uturn says:

    bagilah dia pergi makan angin luar negara puas2, lepas ni makan angin dalam penjara saja lah.

  3. tengkudin says:

    tu semua nak kasi hakim tu goyang la tu….podahhh…aljuburi…hakim mahkamah tinggi boleh la ko rasuahkan…harap jel sg buloh dah siapkan sel utk dia

  4. Mek esah says:

    Nwar makin menghampiri sungai buloh…..hehe

  5. itsme says:

    tiada beza sg buluh dan istana segambut.. anwar akan tetap dilayan umpama pemimpin hebat.. agak mustahil ds zahid akan menganggap anwar sama spt banduan2 lain. ds zahid tetap akan melayan anwar spt mn anwar dahulu. lg pun ds zahid hanya nampak keras bila pemilihan umno menjelang.. lepas tu p lantaklah.. so apa anwar nak takut?? masih ramai lg pengampu beliau yg dok dlm kerajaan.

  6. Badrole Amin says:

    harap PM dan majoriti ahli parlimen(tak termasuk senator yang bernama saxophone/xenophone ke apa tu) ostolia ada tengok videoseks musibat anak haram(anwar) tu dengan chinadoll dan mereka juga ada membaca kronologi/fakta tentang perbicaraan kes Saiful kena liwat

    aku percaya ostolia tak akan cuba mengeruhkan hubungan diplomatik dengan Malaysia disebabkan tindakan gundik-gundik musibat anak haram(anwar) tu seperti si rafizi dll…semoga pemergian gundik-gundik ini ke ostolia ibarat anjing menyalak bukit disana(ostolia)

  7. ToraTora says:

    Kita tengoklah nanti mcmana zahid melayan Anwar Berahim ni..layanan spesel ke tidak kat dalam lokap nanti..dulu memang kawan baik..Tapi disaat2 akhir ni aku cadangkan Anwar lari terus ke Australia naik bot pancong..boleh la guna suaka politik..lepak sana terus sampai mati

  8. Memang Terok says:

    Secara lojik akal sebaik saja ditangkap melaku jenayah dan bakal didakwa, Anwar boleh saja slow talk dengan orang2 tertentu yang berkuasa. Buat satu mutual exchange dengan kerajaan. Misalnya ” Ye saya sudah buat silap. Saya hanya seorang manusia. Sekarang saya bercadang untuk keluar, untuk exile. Saya berjanji aku terus diam semasa exile dengan melupakan apa yang ada disini. Syaratnya jangan ganggu saya, jangan extradisi saya, jangan dakwa saya.

    Itu teori lojik akal dibuat oleh orang yang bermaruah dan guna akal. SEbagaimana Raja Petra, chief MsiaToday yang exile dan ternyata tiada siapa ganggu dia hingga kini. Tetapi Anwar dari dulu memilih untuk berada disini sanggup berhadapan dengan tuduhan dan dipenjara. Kerana apa, kerana dia yakin dia ada sokongan. Dia yakin pembohongannya tetap didengar. Dia yakin dia akan terlepas akhirnya kerana dia berpandu dengan banyak scenario yang berlaku saban masa diserata dunia. Dia percaya rakan2 diluar akan bantu dia disaat dia memanggil untuk dibantu. Australia contohnya. Indonesia sudah tidak perdulikan dia kerana tahu siapa Anwar.

    Walau dia terpaksa gadai maruahnya, terpaksa gadai maruah keluarga, anak bini. kerana Anwar jenis manusia yang rendah sekali maruah dan harga dirinya.

    Itu yang dapat kita lihat.

  9. Syed says:

    Makhluk perosak wajar dibasmi hingga ke akar umbi supaya tak berulang lagi.

  10. alimedanbaru says:

    SEGALA YG ADA PADA ANWAR AKAN REPUT
    DIA AKAN MELANGKAH KEUMUR 70AN BILA DALAM PENJARA
    BILA KELUAR DIA AKAN MENYAKSIKAN
    DUNIA POLITIK INI BUKAN UNTUKNYA LAGI
    WAN AZIZAH BUKAN PRESIDEN LAGI
    DIA AKAN JADI ORANG TUA YG TAK DIPANDANG LAGI
    YANG MENGETUAI PKR AKAN PASTIKAN ‘Anwar tidak akan kembali menguasai parti..’
    dan dia akan rasa penangan politik sebenarnya!

  11. wong jowo says:

    abis nuar minta anjing tolong haritu dh tak jalan..

  12. Jambol says:

    Minta negara luar xcampur tangan dalam masalah peribadi bukan tindakan terdesak ? Dia fikir semua orang Malaysia dan Australia ni sebodoh dia ? Kita tidak hairanlah orang-orang PKR tu semuanya lembu dicucuk hidung. Fikir, fikir dan fikir.

  13. WTF says:

    Banyak duit Anwar Ibrahim nak melobi ahli2 Parlimen Australia untuk menekan Mahkamah Persekutuan supaya membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan LIWAT terhadap Saiful!!!

    Ni dapat duit dari mana ni Anwar Ibrahim, dari MYR 3 Billion rezab kerajaan negeri Selangor ka???

Leave a Reply