Menu Utama

Menyerang Perkasa Tidak Menjadikan Parti Gerakan Lebih Kuat Dari DAP

Ketua Pemuda Parti Gerakan, Tan Keng Liang dalam satu kenyataannya yang dipetik oleh portal pro pembangkang telah menggariskan salah satu punca rakyat menjauhkan diri dari BN disebabkan kewujudan NGO parasit yang menjejaskan imej BN.

Katanya, “NGO tersebut selalu memberi tanggapan seolah-olah mereka adalah penyokong BN. Sebaliknya, pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan ekstremis yang membuatkan rakyat Malaysia marah dan benci dengan BN. Ini hakikat”.

Dia tak sebut secara terbuka nama NGO yang dikatakan sebagai parasit, tapi semua maklum ia ditujukan kepada NGO Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang diketuai bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang walaupun mesra BN tetapi cukup kritis dalam banyak isu.

Bukan satu rahsia pun sejak Perkasa ditubuhkan kira-kira lapan tahun lalu, parti komponen BN seperti Gerakan dan MCA sering menjadikan Perkasa sebagai sasaran kecaman seolah-olah mahu menyembunyikan hakikat kelemahan mereka sendiri dalam menguatkan BN.

Kalau Ketua Pemuda Gerakan ada terdetik untuk mengetuk akal fikiran sendiri patutnya dia sedar sewaktu BN dilanda tsunami politik pada PRU-12 2008 dulu NGO Perkasa belum pun wujud. Tapi kenapa Gerakan tetap kalah banyak kerusi yang mereka tandingi termasuk hilang penguasaan di Pulau Pinang?

Bukankah itu sudah cukup menjelaskan soal kewujudan Perkasa yang didakwa menjadi parasit kepada BN adalah satu kesimpulan yang dangkal dan langsung tiada kena mengena dengan prestasi hambar Gerakan dalam PRU-12 mahupun PRU-13 yang lalu.

Perkasa bukannya punca penurunan prestasi BN dalam PRU-12 dan bukan juga penyebab kejatuhan Kerajaan BN Pulau Pinang yang didominasi Gerakan tika itu.

Begitu juga dalam PRK Parlimen Teluk Intan baru-baru ini, jika kelibat kewujudan Perkasa masih mahu dijadikan kambing hitam sepatutnya Presiden Gerakan yang mewakili BN sudah kalah teruk apatah lagi sepanjang kempen PRK itu Perkasa turut memainkan peranan meraih sokongan pengundi untuk BN.

Sebetulnya dalam isu yang dibangkitkan Ketua Pemuda Gerakan itu soal rakyat menjauhkan diri dari BN disebabkan Perkasa atau NGO seumpamanya tidak timbul pun.

Sejarah PRU-13 menunjukkan BN menang di peringkat Pusat serta 10 negeri yang lain termasuk menawan kembali Kedah dan Perak. Demikian halnya dalam 7 siri PRK, BN berjaya mengekalkan kemenangan lebih cemerlang di PRK DUN Kuala Besut, Balingan dan Pengkalan Kubor serta merampas kembali Teluk Intan dari DAP.

Pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP pula walaupun masih mengekalkan penguasaan Sungai Limau, Kajang dan Bukit Gelugor tetapi mengalami kemerosotan undi dan majoriti yang ketara.

Itu membuktikan sedikit demi sedikit BN terutama sekali UMNO dan beberapa parti komponen lain berjaya meningkatkan pengaruhnya walaupun di masa yang sama Gerakan & MCA terus gagal menyumbang peningkatan sokongan dan undi yang signifikan dari pengundi keturunan Cina untuk BN.

PR menang bukan kerana adanya Perkasa dan BN kalah di tiga kawasan PRK itu juga bukan disebabkan wujudnya Perkasa. Berhentilah dari menyalahkan pihak lain atas kelemahan sendiri dan tak usahlah terikut sangat gerak tari politik kebencian ala DAP.

Realiti yang patut Gerakan perlu akui ialah sebahagian besar pengundi keturunan Cina masih jauh dari jangkauan mereka disebabkan kelemahan gerak kerja parti itu sendiri yang gagal meyakinkan khalayak bahawa mereka lebih baik dari DAP.

Mengikut gerak tari DAP dengan mengecam Perkasa atau lain-lain NGO mesra BN tidak menyebabkan Gerakan kelihatan lebih kuat dari DAP melainkan hanya menunjukkan Gerakan sudah hilang asas kekuatannya yang selama ini menentang sikap rasis kecinaan yang didominasi DAP.

Hakikat ini nampaknya sampai sekarang gagal difahami pemimpin Gerakan. Malang betul.






11 Komen to Menyerang Perkasa Tidak Menjadikan Parti Gerakan Lebih Kuat Dari DAP

  1. Uturn says:

    Dgn attack perkasa gerakan takkan dpt sokongan majoriti cina pun. Tak ada kesan langsung. Buat la cara lain nak dptkan kembali sokongan tu.

  2. raplahjingaa says:

    Persetankan Gerakan !! cina tak undi BN pun…presiden UMNO tetap menjadi PM, sebab apa ?? sebab majority orang melayu masih sayangkan UMNO !! ditambah pulak apa yang orang melayu lihat sedang berlaku di Pulau Pinang…

  3. tony gunawan says:

    hi raplahjingaa lu masih tak faham spr main busuk tapi belum sampai tahap korea utara! itu saja!

  4. raplahjingaa says:

    Ya…ya..togay, SPR memang main busuk aku mengaku, SPR main busuk di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, memang terbukti !! hehehehe…

    Dey gayboy…kat Penang guan eng dah sampai tahap korea utara, dah lama dah !! hang tonggong, ketinggalan zaman.

  5. kayu says:

    Gerakan dan MCA tangan kanan Cina,,.DAP tangan kiri Cina..,,apa saja yang ada disumbat kedalam mulut dan perut yang sama….otak yang sama ,hati yang sama cuma cara yang berbeza….!!!!!!!!!,,,satu tangan untuk makan ,,.satu tangan sapu tahi…!!!

  6. system baru says:

    Aku ucap taniah pada Zariril khir johari dari dap dapat gundik baru dari dap korang tengok gundik siapa
    http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/10/19/Zairil-Khir-Dyana/

  7. ceplos says:

    Gerakan x payah ler sibuk cari kesalahan org lain..kelemahan sendiri lu perlu baiki..cmna org cina x nk parti cina dlm BN

  8. wong jowo says:

    kaum yang menjauhi BN siapa je melainkan cina dari DAPig. MCibaiA, dan cina GREAgasAN..pandai pulak nak kutuk PERKAS..patutnya kaum babi ni jangan di beri muka sangat..sebab muka diorg kat mana2 pun tak de sapa suka..dh macam kaum israil je jahatnya..Malaysia je yang terima diorg ni..oleh itu kita orang melayu fikir2lah jangan asik gaduh sesama melayu nnti kaum babi yang dapat untung..macam sekarang ni pun babi2 sepet ni dh bermaharaja lela..

  9. Umnoover says:

    Jangan pedulikan parti yg anti hudud anti islam

  10. WTF says:

    Nampak sangat Gerakan nak cari scape goat dgn menuduh adanya PERKASA menyokong BN sebab nak cover kelemahan diri yg tak mampu menarik undi kaumnya sendiri ketika PRU 13!!!

    BERUBAHLAH, DAN PERBAIKILAH KELEMAHAN DIRI!!!

    Jangan lupa kata2 Najib Razak di Perhimpunan Agung MCA baru2 ini, MCA tidak boleh meminta peuntukan yg bukan2 dan secara berlebihan sekiranya ahli2nya tidak mampu menarik kaum Cina memberi sokongan dan undi untuk BN terus berkuasa di Malaysia!!!

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/dont-make-demands-if-you-dont-support-bn-najib-tells-chinese

    MCA dan Gerakan perlu ingat, Najib Razak (who is a MODERATE MALAY MUSLIM) is in such difficulty at this moment!!! Sebab sekiranya Najib Razak teruskan lagi memberi peruntukan yg diminta oleh ahli2 MCA dan Gerakan tapi MCA dan Gerakan masih gagal lagi menarik undi kaum Cina kepada BN, Najib Razak sendiri yg akan jatuh tak lama lagi dan yg akan mengantikannya Najib Razak di dalam UMNO pastilah seseorang who believe in MALAY SUPREMACY!!!!

    Masa tu, aku ucapkan PADAN MUKA kepada KAUM CINA!!!

Leave a Reply