Menu Utama

Melayu-Melayu Bodoh Yang Sertai Kempen Peluk Anjing Semalam Tolonglah Baca Tulisan ini

I want to touch a dog adalah sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu ‘uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul ‘uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan ‘uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.

Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:

Hukum menyentuh anjing

1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada “alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)”, ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.

Hukum membela anjing

2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:

i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga

“Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath.”
[Hadis Muttafaq ‘Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: “Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.”
[Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: “Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak.”
[riwayat Muslim no. 1571]

“Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari”
[Hadis Muttafaq ‘Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar”
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya:
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja

**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.

3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.

Rujukan:
Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)
Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad ‘Ata)

Sumber: http://siraplimau.com/program-i-want-to-touch-a-dog-orang-islam-pegang-anjing






19 Komen to Melayu-Melayu Bodoh Yang Sertai Kempen Peluk Anjing Semalam Tolonglah Baca Tulisan ini

  1. korokstabang says:

    golongan melayu bodoh yang diresapi golongan liberal saja2 pegang anjing tanpa sebab musabab @ dalam keadaan darurat sedangkan anjing itu najis hanya orang gila yang pegang najis tanpa sebab, kenapa lah dengan orang melayu ini mudah sangat di perkudakan

  2. […] boleh berbahas berjam-jam lamanya mengenai hukum menyentuh anjing ini, namun ianya tidak menyelesaikan isu sokongan Mais kepada kempen pegang anjing […]

  3. Uturn says:

    melayu termakan umpan dr golongan yg mahu melayu dan islam berpecah belah di bumi malaysia……sgt mendukacitakan

  4. Mek esah says:

    Barang khilaf…..satu malaya bising….bagaimana pemimpin umno yg dengan mudah bersalam dengan betina dalam banyak majlis sejak dari dulu hingga kini…bagi le fatwa…ajak sekali al fadhil tuan guru mursyid al astora jabat ( yg skrg rasanya dah balik kampung) menfatwakannya !!!!!

  5. wong jowo says:

    nak kata apa..yang jadi pemimpin melayu pun tak abis2 cover cina babi ni..patutnya melayu dh sampai masa lupakan sengketa politik..bawak bersatu..ni masing2 kepala fikir duit je..ni lah hasilnya..dh makin di pijak dh melayu islam kat malaysia..nama je negara islam..tapi dh ada pesta bogel..pesta arak..ni lagi pesta anjing..tak lama lagi ada pesta makan babi beramai2 di dataran merdeka…pemimpin melayu semua tido..kalau bab nak berebut kerusi je masing melalak..dh dapat kerusi..semua diam kira duit je,,,

  6. WTF says:

    Bagi aku, memang BERDOSA pun mana2 lelaki bersentuhan dgn wanita bukan muhrim!!!

    Tapi yg aku HAIRAN, kenapa Mek Esah sungguh2 backing penganjur program “I want to touch a dog”!!!

    Mek Esah ada SYER ka dgn penganjur tersebut???

  7. raplahjingaa says:

    Yang haram tu la puak PAS suka sangat mak esah oiii….meliwat bini, anjur pesta mabuk-mabuk, ” kerjakan ” bini orang, janda orang…lepas tu kata fitnah.
    Bahagia sungguh PAS ya mek…boleh up apa saja !

  8. makluk allah says:

    errgghh!~ pernah pulak page nie buat article pasal pasangan bukan muhrim pegang tangan? “Dogs are also God’s creatures. We need to overcome the mentality of seeing the animal as an offensive creature. Teach the young to love others but at the same time know the limit of touching one”

  9. bajak says:

    mek esah yg salah tetap salah…dlm isu ni kite bincang hal sentuh anjing…so diskus la hal yg di bangkit kn…jgn la wat cite laen utk tutup isu yg di bincang kn…hal bukan muhrim bersalam tu mang salah n hope ade yg tegur pemimpin yg lain jantina bersalaman…bukan pemimpin umno saje tp ade gak pemimpin dr dap n pkr pn wat perkara yg same…

  10. jebat derhaka says:

    Hahha mak esah xkesah..nk fatwa ap lagi mak esah? Bersalaman dgn bkn mahram adalah haram..isu sekarang cita pasal anjing..haih..nonsense. .buat lawak boleh..haram tetap haram la..kita spa nk pertikai hukum allah..nk syg haiwan xsalah..bab haiwan yg haram status nya ada limit2 gak nk syg…cara2..kena ikut hukum la..haih..mak esah ni laa..

  11. hasnul rahman says:

    Tak payahlah komen banyak.
    Kita mohon saja kepada Allah swt yg Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa dalam menentukan habuan untuk mereka yg terang dan nyata mencabar keunggulan Islam di negara ini.
    Teruskan berselawat beramai-ramai memohon perlindungan dan syafaat Rasulullah.

  12. sireh ke gagang says:

    Aku menyokong tulisan penulis di atas. Kita di malaysia mengikut Fiqh mazhab syafie .dan mazhab syafie menyatakan keseluruhan anjing itu najis berat. kalau ada yang fikir , tak perlu ikut mazhab syafie , itu dia punya pasal. anjing dan babi ini sejak kita kecil lagi pun , dah diingatkan oleh org tua kita ,tak boleh kita pegang suka2. program celaka di atas ini bukan sahaja menghina fiqh mazhab syafie yang menjadi pegangan terbesar org melayu dlm malaysia ,bahkan turut menghina adat & budaya org melayu yang sama2 melarang kita memegang anjing tanpa 5 tujuan seperti yg dinyatakan di atas.

    pasal mek esah , aku no komen. sebab aku pun tak pasti , dia bangsa apa , agama apa. kerana dia selalu mengeluarkan pendapat yang terpesong dari rentak cara org melayu islam bercakap. jadi wajar dipertikaikan agama & bangsa si mek esah itu.

  13. Sangat kecewa dengan rakyat Malaysia sekarang terutama orang Melayu yang beragama Islam. Moga mereka seda kembali 🙁

  14. Shaa says:

    Insafilah diri wahai teman kita saudara sesama Islam perlu saling menegur…kita boleh membenci perbuatan mereka tetapi janganlah kita membenci saudara sesama Islam kita… Orang Islam perlu bersatu dalam menegakkan syiar agama…

  15. zack says:

    Ini isu najis….kenapa korang besar besarkan….hukum 4 mazhab yang sepakat mengenai al quran dan hadis yang tidak di ikuti kenapa korang senyap jaaa…pasal najis yang kita belajar masa sek rendah pun korang memekak….menderrr….

  16. […] Telah banyak dibicarakan isu kempen “I wan to touch a dog” atau kempen pegang anjing ini. Telah kita bahaskan panjang lebar soal hukum hakam Islam dari pelbagai Mazhab. […]

  17. suara hati says:

    Semua bende yg kita buat dekat muka bumi ni aku rasa bersebab.. Kempen tu pun ada jgak kbaikan dia jadi aku rasa peserta bkn pegi pegang anjing suka2.. Tggu la majlis fatwa bagi hukum.. Pendapat dan pandangan org memang lain2 x semuanya sama jadi xperlulah berbalah.. Hormat je pndgan org lain.. Ini bukan soal klah menang ini soal agama.. Kita nak tahu mana betul mana salah untuk hari kelak.. Sekian dari saya..

  18. azmi says:

    sayangnya..orang islam sendiri yang anjurkannya. apa nak jadi?

  19. […] tidak mahu percaya hadis nabi s.a.w pun percayalah sains yang anda bertuhankan selama […]

Leave a Reply

Threesome