Menu Utama

Mansuh BR1M, Kekalkan Subsidi Minyak?

perbandingan subsidi minyak

Tidak mengejutkan sekiranya sekali lagi, rata-rata rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan kenaikan harga minyak yang diakibatkan dari pengurangan subsidi. Pada hemat penulis, hanya mereka yang “kurang waras” sahaja yang tidak mengeluh akan keputusan kerajaan ini.

Dalam remang-remang dinihari membaca himpunan keluhan rakyat Malaysia melalui aplikasi-aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, Blog mahupun WhatsApp dan Telegram, penulis putuskan bahawa ramai yang mengutarakan idea pemansuhan BR1M sebagai mekanisma terbaik dalam memastikan harga minyak dapat dikekalkan. Caranya ialah dengan menggunakan peruntukan BR1M bagi mengekalkan subsidi yang sedia ada.

Penulis tidak menolak 100% cadangan ini, memandangkan penulis sendiri tergolong di kalangan golongan pertengahan, pendapatan isi rumah di bawah RM5000 dan tidak layak menerima BR1M. Atas sentimen ini, tentu sahaja ia memberi sedikit kelebihan kepada kewangan penulis sekiranya ia benar-benar dilaksanakan.

Tetapi, apakah ini satu resolusi yang adil?

Penulis merasakan bahawa BR1M adalah mekanisma terbaik dalam memastikan golongan berpendapatan rendah menikmati apa yang penulis sifatkan sebagai perkongsian hasil. Adalah tidak masuk akal sekiranya BR1M untuk golongan miskin dimansuhkan semata-mata untuk menanggung subsidi minyak dalam keadaan di mana subsidi tersebut dinikmati dalam skala besar oleh pemilik kereta-kereta mewah, atau dalam bahasa mudahnya, orang kaya.

Hakikatnya, penggunaan petrol oleh mereka jauh lebih banyak berbanding golongan kurang berkemampuan, yang hanya mungkin terpaksa bergantung kepada motorsikal sebagai kenderaan utama pergi dan balik untuk urusan seharian.

Maka, keputusan kerajaan mewujudkan BR1M kepada golongan yang difikirkan layak adalah sangat bermanfaat. Idea pemansuhan BR1M untuk menampung subsidi minyak bukanlah resolusi terbaik.

Cuma, khusus untuk pembuat dasar kerajaan, sudah tiba masanya untuk melihat kepada golongan pertengahan seperti penulis, yang dihimpit dengan kenaikan kos sara hidup. Sudahlah tidak layak menerima BR1M, pengurangan subsidi minyak pula tidak sekadar tamat di dalam tangki kenderaan semata. Apa yang mengerikan, kesan rantaian dari kenaikan harga minyak itu bakal menyaksikan harga-harga barangan akan meningkat.

Tatkala harga barangan meningkat, poket kita akan terkesan. Dan apabila poket kita terkesan, tentunya kita tidak gembira.

Penulis adalah golongan pertengahan, dan juga PENGUNDI.



« (Previous News)



25 Komen to Mansuh BR1M, Kekalkan Subsidi Minyak?

  1. mzma says:

    Sebelum isu kenaikan 20 sen nie…. cerdik atau bodoh kerajaan kita nie..

    Tak dapat nak fikir lagi dah nie… Harga Diesel Euro 5 dijual di petrol stesen terpilih di Negeri Johor hanya mahal 10 sen dari outdated Diesel Euro 2M kat klang valley… Diesel yg berkualiti tinggi beza hanya 10 sen?

    Cuba fikirkan berapa banyak bezanya harga RON92 Euro 5 (kualiti tinggi) dengan outdated RON95 Euro 2M (kualiti rendah)…

  2. Uturn says:

    Kerajaan sudah banyak memberi perhatian kpd golongan rendah, suda sampai masanya kerajaan melihat kepada golongan kelas menengah yg kurang mendapat bantuan dan dalam masa sama menanggung berbagai masalah kenaikan harga.

  3. Zainol Rashid Ariff says:

    Jika dibandingkan Brim RM1000 baru hanya Rm2.73 satu hari deganh kenaikan harga barang yang akan naik berkali ganda memang tk berbaloi. Lebih baik jika tiada kenaikan harga barang.
    zaonol_56.

  4. veteran says:

    Bersetuju dgn pandangan penulis.BR1M patut diperluaskan kpd golongan pertengahan.Kalau tak 100% pun pertimbangkan kadar 70% atau kadar yg wajar.Maka hampir semua kita menikmati BR1M.

  5. m8 says:

    dah tau kereta besar pakai minyak banyak naik kan lah cukai jalan untuk kereta tu, tak apa2 punya idea, he he, tapi aku pakai ngv minyak 2 bulan sekali isi

  6. sungai_siput says:

    “””Penulis merasakan bahawa BR1M adalah mekanisma terbaik dalam memastikan golongan berpendapatan rendah menikmati apa yang penulis sifatkan sebagai perkongsian hasil”””…..

    apa yang hang merepet repet ni penulis?????

    hang tau tak US pun turun kan harga minyak la ni, kalau duit kita 32.9 sen…

    kalau orang kaya pun hang nak depa rasa samarata dgn org miskin….. ini suda serupa dgn ideologi karl marx dgn mo zhe tong

    yg kaya…. kaya lah yg susah kita bantu… harga minyak tgh turun 56 ringgit setong dari bulan 7 sampai bulan 9 nih, dah 4 tahun harga minyak dok stabil…

    hari ni gerakan untuk najib berundur sudah tercetus tanpa dapat di hentikan lagi…

  7. King Damdeok says:

    Salam, Sungai Siput,

    1. US turunkan harga minyak sebab US tak bagi subsidi. Sepatutnya Malaysia dari dulu lagi tak payah bagi subsidi pada bahan bakar dan lain barang yang bersubsidi. Semasa kerajaan bagi subsidi tak ada siapa pun yang melalak, malah tak ada bersyukur pun. Hidup bermewah mewah sampai tak hingat. Bil kena tarik balik subsidi, melalak, meroyan tak tentu arah, seolah-olah dah nak kiamat.

    2. Harga minyak turun naik dipasaran dunia adalah minyak mentah (crude oil) bukan Refinery oil yang hang sumbat dalam tank motor atau kereta hang tu. Kena faham lah……

  8. alimedanbaru says:

    tarik subsidi ni
    macam kena tarik nyawa la
    bila kena baru nak mintak Tuhan pangjangkan usia
    baru nak beramal nak beribadat
    rakyat Malaysia ni
    banyak yg berlagak
    tengoklah hp masing-masing
    tukar pulak tiap 3, 4 bulan
    anak tak sekolah pun dibelinya sorang satu
    bab makan luar jangan cakap
    eksyen bukan main makan kad restoran makanan segera
    semua rumah pakai astro
    pakej maksima pulak..(perlu ke)
    tengoklah rumah pangsa..semua ada arial astro..
    tanyalah bank
    kebanyakan kakitangan kerajaan dan swasta suka berhutang
    pantang ada kereta baru
    budak baru kerja sebulan dah pakai kereta myvi dan proton
    sebab tu bisnes AH LONG sentiasa ada permintaan
    tengoklah yg adakat kedai mamak
    yg merokok
    yg pasang komputer bla-bla-bla
    cara hidup kini terlampau
    kerajaan sekadar mengurangkan bukan menghapuskan
    nanti negara meminjam dan jadi bangkrap lagi teruk
    lu fikirlah
    lu tak mahu berubah
    jangan salahkan mak bapak!

  9. bujuk says:

    Isunya bukan harga minyak… Rakyat m’sia boleh terima lagi pengurangan subsidi minyak, isu yg lebih besar ialah kesan dari harga minyak tersebut. Apkah k’jaan boleh/mampu tangani kesan harga minyak tersebut tidak berjangkit pada barangan lain dan keperluan harian yg lain?
    Tak berbaloi dapat rm1000 BR1M setahun berbanding kenaikan harga beras, tepung, susu, tambang bas sekolah, makanan d kanten, pakaian sekolah, buku anak2, yuran tuisyen, bil letrik dan semuanya. Aku lagi suka k’jaan hapuskan terus subsidi minyak dan ikut pasaran dunia.. tapi syaratnya kawal betul2 semua harga barangan keperluan dan perkhidmatan awam. Restoran mewah, hotel 5 bintang, kereta mewah dan lain2 yg mewah pedulilah… tapi k’jaan kena pastikan orang miskin dan pertengahan mampu hidup selesa dengan pendapatan mereka. Jangan jadikan mereka pencuri, perasuah, penzina dan pelbagai gejala sosial dan maksiat akibat dari ketidakseimbangan keperluan dan pendapatan.
    Bayangkan anak muda nak motosikal, nak hp, nak kawin dan sebagainya… macamana pulak ibu-bapa yg nak besarkan anak2 sekolah. Jika minyak naik.. yg. naik kereta boleh tukar naik motor atau bas. Tapi bagaimana anak2 yg naik bas sekolah? nak suruh jalan kaki ka? basikal sekarang mana dapat harga rm100. Dengan pelbagai masalah colek, rogol, buli… ada yg fobia silap2 anak2 tak p sekolah.
    Tak cerita orang kampung yg harga getah rm180 sekilo, petani dan nelayan lagi..

  10. yusmo says:

    jangan banyak soal, tanya diri sendiri dulu.perlukah ada astro,lepak kedai mamak, makan direstoran selepas jam 9 malam. aku pun bantah jugak dengan hal minyak naik ni ,tapi dok pikir2 kalau kita amalkan hok nabi ajar iaitu berjimat dan bersederhana selamat hidup kita.tapi dok tengok2 apa yang disebut diatas masih lagi beleluasa macam tadak apa2,so sendiri pikirla. nak kata minyak naik berapa baru nak berhenti.kalau dah nafsu besar macam orang ketagih rokok jugak,jual lah 100 ringgit sekotak nafsu dak akan peduli

  11. raplahjingaa says:

    Najib ikut sangat nasihat 3 stooges kawan baik dia..Idris Jala, mamak seregar dan bekas CEO maybank, depa tu apa peduli apa yang jadi kat BN !!

    Kerajaan harus lead by example….buktikan kerajaan jugak merasakan kesempitan, kurangkan elaun pegawai-pegawai tinggi kerajaan, kurangkan majlis keramaian, kurangkan jadi tuan rumah itu ini.

    Kurangkan kursus-kursus tak berfaedah kakitangan karajaan di hotel- hotel 5 star dan kalau ekonomi dah tak begitu baik…jangan bagi bonus pada kakitangan kerajaan tahun ni !! ada berani ??

    hehe…ramai yang marah kat aku ni..

  12. alimedanbaru says:

    dunia nak hancur dah
    kutub utara dan kutub selatan sedang
    merubah kedudukan peta dunia
    tak lama lagi dunia tonggang langgang
    bahan mentah entah kemana..makin berkurang dan kurang
    gempa bumi, tsunami, letupan gunung berapi
    pertanian musnah sebab cuaca dan sebagainya.
    kita akan terus hadapi era kesusahan dan derita
    apakah selamanya kita tidak boleh belajar erti menerima hakikat sebenar
    siapa pun jadi kerajaan
    benda tu jugak yg akan dibuat.
    macam mak bapak
    tak sewajibnya dia menerangkan setelitinya mengapa tindakan mesti dibuat
    makluman dah dibuat
    subsidi akan ditarik beransur-ansur….

  13. Kenaikkan harga barang adalah disebabkan oleh kenaikkan harga minyak melalui pemotongngan subsidi dari kerajaan,sekiranya penambahan subsidi minyak oleh kerajaan dinaikkan, tidak pula menyebabkan penurunan harga barang, malahhan harga barang sentiasa akan naik dari masa kesemasa, brim lebih baik untuk rakyat marhean

  14. Brim lebih bagus untuk rakyat

  15. Mek esah says:

    Tak payah cakap banyak…itu le ini le….semuanya alasan …pokoknya msia memiliki pemimpin yg bodoh sombong…pengikutnya lagi le…

  16. raplahjingaa says:

    Betul sangat mek…Malaysia memiliki pemimpin yang bodoh…yang meletakkan TESCO sebagai tanda aras pembangunan…hehehe

  17. sireh ke gagang says:

    minyak dunia mengamalkan system floating rate prices .kita kena faham dan sedar , RON95 itu bukan minyak yang digali dari bumi kita ini. ron95 dan 97 itu adalah minyak yang dibeli dari asia barat (negara-negara OPEC arabia).minyak negara kita adalah jenis minyak yang tidak sesuai untuk kegunaan kenderaan darat . bahasanya mudahnya minyak untuk kapal terbang. ini adalah kajian dan fakta. kerajaan kita menjual dan terpaksa membeli balik ron95 & 97 untuk kegunaan domestik .faktor lain adalah kestabilan politik negara opec arab. kalau berlaku gangguan politik di arabia , inilah yang kita akan alami skrg. harga minyak yang sedia tidak stabil itu akan melambung naik tinggi dengan alasan pengeluaran di arab terhad , kerana ISIS mengacau politik negara-negara arab pengeluar minyak itu. hakikatnya , benda ini sudah pun lama berlaku. sejak dari permulaan perang teluk 1991 lagi. bila berlaku masalah politik di arab ,harga pasaran minyak dunia akan meelonjak naik ke paras tidak munasabah .

  18. bangKano says:

    Pemberian BR1M wajib di kekal & penarikan subsidi petrol amat wajar sekali. Kalo nak tentang beri la alasan yang logik sikit bukan emosi berapi api. BR1M untuk golongan marhain & penarikan subsidi untuk mengekang oghang kaya & pendatang asing mendapat kemudahan subsidi…subsidi khusus untuk rakyat tempatan bukan rakyat asing. La ni subsidi menguntung kan golongan kaya & rakyat asing yang berada di negagha ni. Depa ni rata rata berpendapatan tinggi sehingga berpuluh ribu ringgit setiap bulan…sedang kan rakyat marhain cuma sekadaq di bawah RM3000.00 sebulan. Depa cuma ada kapcai isi petrol penuh cuma 4 liter jerrr…cuma dapat subsidi sikit jerrr. Coba bayang kan pemilik BMW rakyat asing termasuk oghang kaya isi petrol penuh tangki sampai RM200.00…berapa banyak depa sapu subsidi…? Tu sebab kerajaan tarik balik subsisdi bagi mengelak lan subsidi di nikmati oleh oghang kaya & rakyat asing…adil la lagu ni…?

    Kita jangan taksub ngan istilah kesama-rataan/similariti tapi teliti betul betul konsep KEADILAN anjuran kitab suci alQuran…..bukan nya retorik Parti Keadilan Rakyat PKR tuuu. Konsep KEADILAN mencakupi semua… sedang KESAMA-RATAAN cuma golongan tertentu terutama si kaya yang banyak ontong maaa.

    Berpikir la secagha sehat bukan nya mengikut skrip pihak tertentu pada hal diri sendiri pun masih samar samar apa yang di ucap kan langsung tak paham laksana burung tiong bercakap….mau anda di label macam burung tiong….?

    Cuma golongan bebal jerrr yang terkeliru bagai unta membawa kitab kitab di pundak nya…bukan kiasan orang arab tapi kiasan di petik dari teks alQuran..!

  19. Luapahalbro says:

    Untuk tatapan king damdeok yang terlebih pandai…ni contoh simulasi yang aku nak tunjuk bagi komen no.2 ko tu..

    Ko cakap pasal harga crude oil yg turun dan bukan refinery…ok..

    Ni contoh ye..so harga yg aku letak pun contoh..saja aku cakap awal-awal takut org terlebih pandai macam ko akan putar belit fakta ni…

    Contoh..

    Harga crude oil dahulu adalah 400/drum dan kos refinary/drum pun 400..jadi kos adalah 800

    Then harga crude oil semasa turun jadi 200/drum dan kos refinary/drum still 400 tetapi total kos dah jadi 600

    So bila kos dah kurang patut harga pu kurang la wahai encik yg terlebih pandai..

    Negara kat luar kalau kos bahan minyak turun then harga pun turun…tapi MALAYSIA bila kos bahan minyak turun dia org still maintain harga…bila kos naik harga naik…macam BANGANG BAHLOL JE…

  20. bangKano says:

    Woi mek esah…napa hang ni bangang sangat hah…? Tok leh pikiaq sikit ka ato hang ni dari puak puak haprak Pakatan Robek lubang pungkoq saja buat bodo jadi pandiaq nak keliru kan oghang ghamai hang tersedia bebal alam macam penyokong hamPAS tu hah…?

    Hah dah silap masuk media sosial la…kat sini semua oghang cerdik la leh pikiaq dalam dalam bukan tusuk pungkoq dalam dalam. Hang pi kat blog menyokong PR tu…semua forumer depa macam burung tiong jerrr terhangguk hangguk tegeleng geleng memanjang pada hal depa bukan paham pun.

    Last sekali depa bertempik ALLAHU AKBAR…..masa tu diri depa leh kena sembelih pun dah tak sedaq diri sebab dah kena bius minda depa…!!!

  21. bangKano says:

    Wahai buluh runcing…hang ni memang bodo semacam la….subsidi petrol & barang keperluan lain semata mata kerajaan nak beri kebajikan pada rakyat terutama golongan marhain. Kerajaan keluar kan perbelanjaan lebih apa yang di panggil subsidi untuk kesejahteraan rakyat nya….tapi harga yang di beli di pasaran global tetap tinggi sama seperti harga barang yang di langgani olen negagha lain. Coba bayang kan berapa bilion ringgit kerajaan sanggup keluar kan dari dana negagha demi kepentingan rakyat terutama golongan bawahan…?

    Pikir pikr kan la fakta ni…bersyukur kita ada kerajaan kebajikan di bawah perentahan BN. Ni semua bukan AUTA maaa…!!!

  22. bangKano says:

    Alahai sungai_siput yang bijak sana…jangan la nak buat perbandingan yang tak kena pada tempat nya. Jangan banding kan AS ngan Malaysia…macam langit ngan bumi. AS ada la sebuah negara super maju sedang kan kita masih di label sebagai negagha sedang membangun..masih menuju ke tahun 2020 untuk maju sebagai sebuah negagha maju. Tu pun belum pasti tercapai…mudah mudahan tercapai hendak nya.

    AS sebuah negagha kaya di mana hampir 70% peratus rakyat berpendapatan tinggi..ada ka rakyat Malaysia dah capai 70% berpendapatan tinggi…tolong jawab. Teknologi nya tinggi & canggih sukar di tandingi oleh negagha lain..China masih menuju kle arah teknologi tinggi. Gimana ngan Malaysia…? Teknologi permotoran pun masih di tahap senak…Proton pun masih tercungap cungap belum lagi dapat menyaingi penguasaan pasaran tempatan apa lagi pasaran global. Tapi AS lagu mana hah…? Semua teknologi IT,peperangan & angkasa lepas dah dapat menguasai seluruh dunia.

    Pemimpin AS memang pintar nak mengembang kan industri teknologi binaan & persenjataan canggih. Depa wujud kan persepsi pengganasan terhadap negagha muslim seperti Syria,Iraq,Afghanistan dll…kempen jahat ni dah berjaya merasuk minda pemimpin dunia melalui PBB…lantas negagha tersebut di perkenan kan PBB untuk di serang. Bila negagha tersebut punah di lantik regim baru yang meyokong AS se bagai presiden baru. Depa ni dah jadi boneka kuasa besar AS…bila nak bina semula infrastruktur presiden boneka ni ambik tender AS untuk pulih kan semua yang hancur ngan teknologi binaan & persenjataan canggig AS. Sapa yang kaut keuntungan besaq bukan ka AS…?

    Malaysia apa yang ada…? Teknologi pun beli dari AS seperti jet pejuang F16 sebagai pengguna…mana nak dapat tandingi ngan AS bongok….? Sebab tu la AS mampu turun kan harga petrol seperti hang dakwa kan tu…..depa dah kaut untung beratus bilion dolar AS hasil penjualan senjata perang serba canggih di negagha muslim yang berkonflik sesama sendiri. Andai nya Malaysia semaju AS pun dah tentu jadi macam AS jugak…buat kacau negeghi lain kemudian juai senjata kat negeghi yang sedang bergolak yang kita saja setup kan tuuu…

    Tu tabiat alam…besaq buli kecil,kaya perlekeh si miskin,si cerdik memperalat kat si bodo,tinggi mengolok olok kan si pendek,ulama mempermain kan sang jahil dll…tu la ragam makhluk ciptaan ALLAH. Cuma manusia yang sentiasa mengguna kan akal nya yang berjaya menjadi khalifah bumi….!!!!

  23. bangKano says:

    Wahai bujuk…apa hang ingat semua kerajaan nak buat ka nak turun kan harga barangan hah…? Penurunan subsidi dah tentu beri kesan kat harga petrol..dah tentu isu nya kenaikan harga petrol yang baru – naik la tu. Harga barangan berdasaq kan pasaran dunia & permintaan melebehi bekalan…tu la kunci segala gala nya. Kerajaan leh bertindak jerrr…nak haghap kan kaki tangan kerajaan semua nya hampeh tak bertanggung jawab belaka tapi bukan semua. Tapi sebagai rakyat perlu jugak memain kan peranan. Jangan bazir kan sesuatu…makan cuma cukup untuk kenyang diri sendiri & keluarga….jangan bazir kan makanan seperti makan bufet di restoran kelas bintang 5. Jimat kan perbelanjaan bil bil seperti elektrik – padam kan lampu,kipas & tv kalo tak dak sapa kat situ. Pili air jangan di buka sampai melempah ruah dalam kolah.

    Apa hang ingat pemimpin bengap PR leh selesai semua kemelut hah…? Lagu mana kat Kelantan di bawah hamPAS,Penang di bawah dagu DAP & Selangor di bawah PKR…tetap jugak bergolak pasai ekonomi & perebutan kuasa. Pasai apa Khalid di singkir kan dari PKR & MB Selangor…?

    Tolong hang bujuk jawab sebab selama ni hang anggap pemimpin PR tu macam keramat tak macam BN/UMNO yang anggap keparat tu….!!!

  24. alhamdulillah says:

    hidup bangKano…terbaekkkk….like sangat2 penerangan bangKano.sama d fikiran cek.apa2 pon sume pd diri sendiri…

Leave a Reply