Menu Utama

Mampukah Rafizi Berhadapan Dengan Azmin Bila Anwar Di Dalam?

ADA satu masalah dengan orang yang bergantung kepada orang lain untuk survival dalam hidup – bila orang itu jatuh, dia pun akan ikut jatuh sekali. Ini masalah dengan Rafizi sekarang, selama hari ini dia macam anak emas dibelai Anwar sehingga dapat macam-macam keistimewaan termasuk catat rekod jadi Setiausaha Agung walaupun dah menang jawatan Naib Presiden.

Dengan Anwar bakal masuk ke dalam, apakah Rafizi bersedia berhadapan dengan dominasi Azmin yang kian kuat setelah cita-citanya untuk jadi Menteri Besar Selangor tercapai.

IMG-20141015-WA0002Persoalan ini penulis tanyakan bila Raja Petra Kamarudin (RPK) mendedahkan salinan email yang didakwa dihantar Rafizi kepada Anwar dimana kandungannya jelas menunjukkan kebimbangan Rafizi ke atas kekuatan pengaruh Azmin. Email sama juga memberitahu kita bahawa yang PKR pakat-pakat kata perlantikan Azmin tidak ikut undang-undang tubuh negeri itu, adalah datang dari Rafizi, bukan peguam atau ‘pakar perlembagaan’ yang bersepah dalam parti tersebut.

Sebelum itu, sahih tak sahih dokumen yang RPK dedahkan dalam portalnya tu, penulis tak begitu peduli sebab dengan PKR ni satu Malaysia dah tau, raja nafi, nak-nak Ketua Umum. Jadi dari membuang masa, lebih baik teruskan sahaja, kalau tak betul, pandai-pandailah dia saman RPK tu macam mana cara pun.

Balik pada cerita tadi.

Satu Malaysia tahu Anwar sekarang sudah sampai tahap tepu. Banyak benda dalam parti itu diserahkan kepada orang lain untuk menguruskannya dengan dia hanya masuk campur pada perkara-perkara tertentu sahaja, seperti bila ura-ura jawatan bininya sebagai Presiden nak dicabar Azmin.

Diperingkat Pakatan Rakyat pun sama, Anwar gagal selesaikan masalah dengan PAS sehingga kemelut Menteri Besar Selangor berpanjangan dan buat banyak kerosakan kepada imej Pakatan Rakyat – dahlah itu pertubuhan haram.

Jadi nampaknya dari email tersebut (kalau betul), kepada Rafizi inilah Anwar harap untuk jalankan semua benda. Langkah Kajang dah memang dia, sampai nasihat apa nak cakap untuk cover damage Azizah tak dapat jadi Menteri Besar pun, harap pada Rafizi juga.

Tapi nasib Rafizi selepas ini (kalau Anwar ke dalam), belum tahu lagi macam mana, nak-nak dengan Azmin yang semakin mengukuh kedudukannya. Agak-agaknyalah, berbanding dengan benda lain, penulis rasa, itulah yang paling Anwar runsing kan sekarang.






4 Komen to Mampukah Rafizi Berhadapan Dengan Azmin Bila Anwar Di Dalam?

  1. Mek esah says:

    Tak lama pun si azmin pegang jawatan MB tu…lepas pru14 ni walghuyub le

  2. Memang Terok says:

    Ibarat rakyat biasa bercita2 untuk jadi sultan. TRErlalu tinggi cita2 untuk jadi sultan hingga sanggup berbelah arang, berkerat rotan. By hook or by crook , mesti mahu jadi raja walau hakikatnya orang yang berdarah raja saja boleh dilantik jadi sultan bukan semua orang.

    Padanya … oh tidak, sejarah sudah mencatit raja zaman dulu ada yang asalnya seorang lanun. Lanun itu serang negeri dan halau raja atau terus bunuh raja lalu dia naik takhta jadi sultan.

    TApi dia lupa,itu dulu. Satu masa dulu siapa kuat dia dapat. Siapa lembek dia melepek. Sekarang tidak macam itu. Undang2 kita sekarang terlalu jelas walau pun kita amal British Law, tetapi pesalah tetap dihukum. Pembunuh dihukum gantung. Edar dadah disebat dan dipenjara. PEliwat dipenjara.

    Kita lihat manusia akan menyusah diri sendiri jika memakai kasut lebih besar dari kaki. Mesej disini ialah ANWar seharusnya bermuhasabah diri. QUIT dan lupakan semua cita2 dunia. Jawatan dunia, harta didunia tidak akan dibawa mati. Forget all those, you are not getting younger day by day, no one is.

  3. WTF says:

    Ek eleh Mek, macamla Azmin Ali jatuh nanti, jawatan MB Selangor dapat kat PAS!!!

    Tapi kalau dapat PASMA (di mana Mek bukan ahli PASMA), aku percayalah!!!!

    Hehehehehehehe!!!!

Leave a Reply