Menu Utama

MAIS Macam Anjing Bercawat Ekor Sahaja Sekarang Ini

Oleh AJAB

Apabila penganjur program I Want To Touch A Dog mendakwa ia mendapat restu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mendakan program mesra anjing semalam, ia sekadar membuktikan bahawa para pentadbir Majlis tersebut yang kebanyakannya merupakan penyokong kuat Pas sudah berada di bawah telunjuk DAP.

Tidak ada sebab yang munasabah yang langsung untuk MAIS memberi restu kepada program pegang dan peluk anjing ini. Oleh kerana sehingga hari ini MAIS tidak menafikan kenyataan penganjur tersebut maka kemungkinan besar benarlah restu itu.

Kita boleh berbahas berjam-jam lamanya mengenai hukum menyentuh anjing ini, namun ianya tidak menyelesaikan isu sokongan Mais kepada kempen pegang anjing ini.

peganganjingYang menyokong kempen ini sebagai sesuatu yang mulia kerana untuk memulihkan stigma benci anjing di kalangan orang Islam sebenarnya menghina majoriti umat Islam di negara ini. Majoriti kami tidak pernah benci anjing mahu pun mendera anjing. Kami hanya tidak membela anjing sebagai binatang peliharaan kerana dilarang oleh agama kami. Kami tidak menyentuh anjing tanpa sebab kerana ia merupakan ajaran agama kami.

Kami juga menjauhi anjing kerana agama kami telah meletakkan syarat supaya melakukan acara pembersihan tertentu (sertu) jika bersentuh dengan anjing dalam keadaan basah atau dijilat anjing tersebut. Dalam keadaan kami perlu solat 5 kali sehari, wajarlah kami tidak mendekati anjing sesuka hati.

Ini samalah seperti kami tidak mendekati Harimau kerana takut dibaham atau menjauhi diri dari ular kerana takut dipatuk. Kami juga tidak memeluk ayam, itik, kambing, lembu dan kerbau. Ini bukan bermakna kami membenci atau mahu mendera binatang-binatang tersebut.

Kempen ini memberi imej yang sangat buruk kepada muslim di negara ini. Ia seolah-olah orang Islam di negara ini sering menganiaya dan mendera anjing sehinggakan perlu satu kempen sentuh, pegang dan peluk anjing bagi mengubah tabiat buruk orang Islam.

Hakikatnya, anjing lebih banyak didera dan dianiaya oleh orang bukan Islam terutamanya kaum Cina kerana mereka sahaja yang banyak memelihara anjing. Kita hampir tidak pernah mendengar langsung orang Islam membunuh atau mendera anjing sama ada secara fizikal atau mental.

Justeru apakah tujuan kempen ini?

Alasan kempen ini kononnya untuk mendidik orang Islam megenai cara menyayangi anjing sebagai binatang ciptaan Allah adalah alasan dangkal yang diterima bulat-bulat oleh pentadbir MAIS.

Kempen ini bukan mahu memberitahu orang Islam mengenai anjing, tetapi lebih kepada mahu meruntuhkan sempadan moral orang Islam di negara ini.

Satu demi satu sempadan moral dan akal orang Islam di negara ini diruntuhkan seperti mana mereka mahu menukar perkataan Tuhan kepada Allah dalam bible bahasa Melayu, dan menerima orang bukan Islam sebagai pemimpin nombor satu (lihat penyertaan Melayu bertudung dalam DAP) dan kebebasan menukar agama Islam kepada agama lain sesuka hati adalah hak asasi.

Apabila menonton sandiwara “I want to touch a dog” semalam, ia menunjukkan betapa mudahnya Melayu Islam di negara ini, termasuk ustaz-ustaz di Mais, dimanpulasi dan ditipu oleh orang lain semata-mata kerana mahu menunjukkan Islam itu agama yang “cool”.

Berselindung di sebalik slogan “Islam itu mudah”, “Islam itu sayang semua binatang”, “semua binatang itu ciptaan Allah”, kumpulan ini berjaya meruntuhkan satu lagi sempadan moral orang Islam di negara ini.

Kejayaan mereka menjadikan sebahagian orang bertudung seumpama zombie dan memeluk anjing secara terbuka untuk diambil gambar oleh kaum Cina wajar diberi tabik hormat. Di Selangor hari ini lebih mudah memegang dan memeluk anjing dari berpoligami. Itulah makna Islam di Malaysia hari ini.

Jika benar MAIS merestui program ini, maka MAIS hari ini pilihlah sama ada mahu menjadi “anjing tiada bercawat ekor” (sesuatu yang hina dan tiada berguna) atau membuang diri menjadi seperti “anjing bercawat ekor” (Pergi atau menghindar kerana malu dan terhina).

anjingsakit






25 Komen to MAIS Macam Anjing Bercawat Ekor Sahaja Sekarang Ini

  1. Uturn says:

    apa mais dgn geng2 pas yg konon tersangat alim buat kat selangor? buat bodoh sajakah?

  2. korokstabang says:

    bangang punya manusia bukankah lebih baik buat program yang lebih berfaedah seperti program mengajak orang ramai melawat rumah kebajikan orang tua pegang gosok & belai orangtua, apa mais sejak di kawal mb baru ni sudah buta kaa

  3. org jay bee says:

    xlame nanti ada pulak kempen sentuh babi atau makan babi.

  4. Mek esah says:

    Hina sangat ka anjing sampai nak sentuh pun bising satu malaya…pemuda ashabul kahfi tertidur selama 309 tahun dalam surah al kahfi menjadikan anjing sebagai teman jagaannya….

  5. WTF says:

    Sungguh2 Mek Esah backing penganjur program “I want to touch a dog”!!!

    Mek Esah ada SYER ka dgn penganjur tersebut???

    Dan adakah Mek Esah nak kata org2 yg terlibat dalam program “I want to touch a dog” adalah golongan yg disebut dalam surah Al-Kahfi???

    HEBAT BETUL HANG NI MEK!!! MEK ESAH DAH BOLEH GANTI NIK AZIZ TAK LAMA LAGI!!!

  6. brekpit says:

    Lepas ni boleh la buat Kempen Pegang Babi,Kempen Minum Holy Water,Kempen Couple Cara Berhemah,babi dah bela dlm ekon,kandang pung bersih,minum holy water,takda apa2 pun,air saja,couple bukannya zina,dan pelbagai lagi yang boleh campur aduk mazhab syiah dan menyimpang dalam Islam boleh dihalalkan mengikut pengertian masing-masing

  7. raplahjingaa says:

    Ia la tu mek…la ni hang pi himpun semua perempuan PAS, suruh beratur ramai-ramai pakat-pakat bagi anjing minum, manala tau kot-kot dapat masuk syurga.

    Nak lagi power…hang pi bela anjing bulldog karpal singh..hehe

  8. ultramanjhat says:

    Jangan salah faham ye mak esah…bukan masalah pada sesiapa nk pegang anjing..tapi masalah kenapa buat program tu. memang la pegang anjing tu tak berdosa pun (tapi perlu di samak jika terkena pada tempat yang basah)…tapi tak perlulah nak buat program “saya suka nak pegang anjing”.

  9. moo says:

    Pegang anjing (basah)is haram.
    Pelekat Label liquor – ratusan ribu botol haram – UMNO tak kecoh pulak??
    Manufacturer arak -San Miguel – haram – involve berjuta2 peminum – umno tak kecoh pulak?
    Spouse Pemimpin/Pemimpin UMNO tak tutup aurat – haram. UMNO tak nak komen pulak?

  10. ToraTora says:

    Apa bendalah mak esah ni..dalam surah AlKahfi tu kan tujuan utk keselamatan..bukan buat peluk2 masa nak tidur.

    Pada sesetengah puak merasakan penekanan isu ini amat remeh, tetapi akibatnya sangat besar dimasa akan datang jika isu ‘remeh’ ini didiamkan..mcm kes kalimah Allah juga.

    Pendapat aku lagi bagus buat program pegang2 perempuan ke, pegang artis ke..lagi best..xpayah nak sertu2.

  11. WTF says:

    Yang Mooh backing HABIS2AN panganjur program “I want to touch a dog”!!! ni APAHAL???

    Ada ker penulis artikel ataupun para forumer kat sini yg kata DAP, PKR dan PAS terlibat dalam program “I want to touch a dog”???

    Ker Mooh ada SYER dgn penganjur tersebut!!!

    Cuba cerita kat aku, tang mana UMNO promote bahawa minum arak tu HALAL???

    Ataupun UMNO promote bahawa tak tutup aurat tu hukumnya BUKAN HARAM???

    Hang gila ka Mooh???? Ataupun hang ni masih MABOK OKTOBERFEST LAGI!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!!

  12. samad says:

    Masalahnya kalau hang nak bela dekat rumah bapak anjing sekalipun, lantak pi kat hang. Kalau buat kempen macam ni, nampak sangat nak suruh orang langgar syariat islam itu sendiri.

    Yang bodohnya ada pulak melayu yang menyokong. Siap pakai ayat al-quran nak tegakkan alasan bodoh dia.

  13. bajak says:

    moo jgn jd bodo…nk tutup aurat kex itu hak masing2…itu yg dibg tau oleh kalid samad mase kempen prk telok intan…n nk minum arak tu kn tiada halangan utk org bukan islam mcm yg kalid samad ckp..pasal pelekat tu juz nk tau arak tu seludup kex…kerajaan malaysia bukan nk jaga muslim mcm ko je..tu berjuta lagi rakyat bukan islam yg kerajaan nk jaga hak mereka…

  14. dkds says:

    MAIS mahu memalukan ketua agama negeri?

  15. reds says:

    mooh memang anjing kahkahkah….x de benda lain ke ko nak jadikan isu…. mesti semalam mooh pegi jugak….silap siap bawak balik anjing skali…

  16. wannnn says:

    Aku pun tak setuju dgn acara pgg anjing ni. Tp yg ko ni mcm meroyan kenapa. Ko x bleh kata agama melarang pgg anjing sbb dlm mazhab hanafi dan maliki luaran anjing x najis. Xpayah emosi sgt. Hujah biar ilmiah. Wallahua’lam.

  17. hasif@gmail.com says:

    bangsat moo!

  18. kamal corner says:

    mesti kau ni cina kan moo! sedap mulut jea nak ckp

  19. acip says:

    mazhab mana penganjur ikut ni? apa motif semua ni? kalau diri sendiri dah sesat, jgn nak menyesatkn org lain… banyak banyak kan lah kaji tentang islam sblm nak lakukan aktiviti mcm ni!

  20. akob says:

    jgn sangka air yg tenang tiada buaya

  21. sireh ke gagang says:

    keluarga yang siap selfie dgn anjing tu , aku gelarkan , melayu bangang abadi. sia – sia jadi mak & bapak kalau cuma tahu buat anak , tapi tak tahu mendidik anak tentang hukum najis2 di dalam islam.

  22. wak says:

    Mek esah, moo & wannnn, korang buat lah kempen anjing 2.0. selfie dari anjing kecik ke anjing besar. lepas tu korang jalan lah kat rumah orang yang bela anjing. kadang kadang anjing rumah tu ada yang terlepas kat luar. selfie juga kat situ. kalo sempat selfie la. ohhh pas luv dap very much.

  23. wong jowo says:

    jangan salahkan mais..tuh menteri besar baru tu baruah kapir…

Leave a Reply