Menu Utama

Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB: Ada Yang Menggelupur Rupanya

unTahniah diucapkan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan pasukannya yang bertungkus lumus sehingga Malaysia mendapat 187 undi daripada 192 bagi membolehkan negara dipilih sebagai wakil tidak tetap dalam Majlis Keselamatan PBB. Hanya 5 undi sahaja yang memisahkan dari jumlah sebenar negara yang layak mengundi, menceritakan bagaimana penerimaan masyarakat antarabangsa terhadap kepimpinan negara.

Dan tentunya ini adalah pengiktirafan terhadap keberanian dan konsistensi Malaysia dalam memperjuangkan dasar keamanan sejagat. Tidak perlu penulis menceritakan panjang tentang penglibatan Malaysia dalam memastikan keamanan di Acheh, Selatan Filipina malah sehingga hari ini, kepimpinan negara dan rakyat tidak pernah berundur dari terus bersama Palestin. To protect the security of Palestine, not Israel.

Kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu ini dianggap penting kerana ia memberikan hak kepada negara anggota mencampuri dan bersuara dalam menangani isu berkait dengan keamanan dan keselamatan dunia – dari Syria ke Palestin, sekatan terhadap Iran dan Korea Utara, kegiatan keganasan meliputi militan Negara Islam (IS) dan operasi pasukan pengaman PBB. Tanggungjawab yang cukup berat kepada negara sekecil Malaysia, apabila dipilih untuk menjadi suara dalam penyelesaian konflik antarabangsa.

Ketika ianya harus disambut dengan rasa gembira dan berbangga atas pencapaian antarabangsa ini, rupanya ada yang tidak senang dengan pengiktirafan yang diterima oleh Malaysia. Pelbagai komen bersifat merendah-rendahkan kemampuan berfikir rakyat Malaysia seperti “menang harga barangan boleh turun ke?” dan “kemenangan ini boleh tingkatkan pendapatan rakyat?”. Tidak kurang pula yang mahukan SPRM menyiasat berapa jumlah wang negara yang dibelanjakan untuk menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan PBB. Sesungguhnya, komentar-komentar yang sebegini rupa amat menarik untuk diperhalusi.

Pada penulis, apakah motif untuk mereka memperkecilkan dan memperlekehkan pencapaian terbaru negara di peringkat antarabangsa ini? Apa yang membuatkan mereka sakit hati?

Hakikatnya, merekalah yang selalu mewar-warkan kononnya si polan telah ditelefon oleh Perdana Menteri Turki.

Hakikatnya, mereka selalu berbangga-bangga dengan pertemuan si polan dengan wakil kerajaan Amerika Syarikat.

Hakikatnya, mereka selalu bertakbir tatkala si polan jual “obat” dengan berkata “Yusuf Qadhrawi baru telefon saya”.

Hakikatnya, mereka selalu berkata si polan baik dan akan membawa pelaburan dari negara arab.

Dalam keempat-empat perkara diatas yang tidak mampu disahihkan kebenarannya oleh mereka sendiri kecuali perkara kedua, tahu pula mereka bercerita tentang si polan kononnya diiktiraf oleh pimpinan antarabangsa. Tahu pula mereka berbangga waima sekadar “kisah jual obat”.

Apabila Malaysia mendapat pengiktirafan yang sejati, mengapa mereka menggelupur dan cuba mengelak untuk menceritakan atau berpesan-pesan dengan kebenaran? Tidak pula mereka tahu berbangga atas pencapaian ini? 187 negara dari 192 negara yang menyokong, bukan calang-calang.

Apa sudah jadi dengan orang kita? Apakah mereka bukan lagi rakyat Malaysia?






14 Komen to Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB: Ada Yang Menggelupur Rupanya

  1. pu yoh says:

    Begini lah sikap buruk orang melayu, semuanya igois, diri sendiri saja yg baik, orang lain tak yah buat apa la. Sampai bila ni , nak jadi macam ni

  2. Uturn says:

    Kalau di negara lain bila negara mendapat sesuatu keistimewaan atau kemenangan seluruh rakyat akan bergembira dan bangga tapi tidak di Malaysia. pembangang pakatan syaitan di Malaysia ni tau ajar hasut dan benci saja.

  3. Pejuang IMRj says:

    Sepuluh (10) Kejayaan sejati yang PR perjuangkan adalah seperti berikut. Yang lain tak main la…..
    1. Kalimah Allah perlu diTrinitikan – Tuhan yang ada anak
    2. Mengiktiraf Sex bebas dan LGBT sebagai hak asasi manusia mutlak
    3. Perjuangan Negara Islam ditukar kepada Malaysian Malaysia – Semua mesti Freeeeee
    4. ‘BERTEMPUR” Demi Pluralisma dan Liberalisma ugama – semua agama sebenarnya sama
    5. Orang Islam/melayu bebas untuk murtad – Hak yang sama dengan bangsa lain
    6. Meng KO kan UMNO / BN – Doa qunut PAS
    7. Meruntuhkan sistem Beraja Berpelembagaan – demi negara republik
    8. Mengekalkan Tahaluf Siyasi dengan Kapir Harbi at all costs – dengan matlamat menghancurkan UMNO
    9. Menghalalkan Pesta Arak besar-besaran – kerana negara berbilang kaum
    10. Memastikan keselamatan Israel terjamin – pastikan pembunuhan beramai2 oleh Palestin tidak berlaku

  4. moo says:

    Bagus..nanti buat sesuatu di Syria, Palestine, Mesir, Myanmar yer..Jangan ikut rentak Obama ya…

    Kalau pertahan kan Islam tu buat style Hajjah Nancy yg beriya2 pertahan islam tapi tak tutup aurat pun…

  5. Tubir says:

    Apa yang kita capai dan dapat sokongan diPBB bukanlah atas dasar politik tapi atas dasar negara.Kena ingat tu…….Kerana nama baik negara dan peranan negara kita untuk keamanan dan dasar negara sebagai negara yang aman serta tidak mencampuri hal negara lain jika tidak diundang …..kerajaan yang memerintah seharusnya diberi pujian bukan orang persoarangan .

  6. itsme says:

    lagipun apa si anu ada?? gaji RM1 (perihatin kpd rakya
    tat konon) blkg dia claim 15juta, ambik engkau.. apa kata anu? diam!!! u tanya lagi i saman!!

    tak tutup aurat biar dia dgn Allah.. yg penting kita dh sampaikan.. tapi bagaimana pula dgn menipu rakyat sana sini, belakangkan agama, memesongkan akidah?? itu bagaimana?? & lee wat pula cam mana?? nancy pemimpin kexik, si anu??

    kok tang mana pun si anu tak leh jawab beh.. baru nak tanya… u bunyi i saman!! hr ini dlm sejarah..

  7. Tuan Guru Haji Hadi Awang says:

    Cilakak puak2 nih.. sepatutnya kita bangga walaupun berbeza Idealogy politik. Mesti ada BROKER & BARUA yang dengki dengan kejayaan MALAYSIA! Moga Allah LAKNATI KAMU!

  8. WTF says:

    La Mooh, hang dgn Nancy pun nak berkira???

    Siapa di kalangan dalam 5 negara yg tak menyokong Malaysia untuk dipilih sebagai wakil tidak tetap dalam Majlis Keselamatan PBB???

    My suspicion, one of them maybe ISRAEL!!!

    Apa2 pun, tahniah kepada kerajaan Malaysia atas perlatikan sbg wakil tidak tetap dalam Majlis Keselamatan PBB.

  9. Mawar says:

    Setuju ngan WTF…
    Aku pasti salah satu yg tak sokong ialah israel.

  10. moo says:

    Ya ka tak sokong?? Kontrak APCO RM76 juta kasi kat israrel, berdagang pun dgn Israel?? Tak sokong camner tu???

  11. WTF says:

    Aku dah agak mesti Mooh bukak cerita basi pasal APCO!!!

    PAS sungguhlah hang ni Mooh!!!

    Hehehehehehe!!!!

  12. WTF says:

    Berdagang dgn Israel????

    Siapa yg dibuktikan BERSALAH dan perlu bayar saman MYR 100K kepada Felda atas tuduhan kononnya Felda jual minyak sawit kpd Israel???

    http://www.mykmu.net/2014/04/30/kaki-fitnah-dalam-pas-diarah-bayar-rm-100-ribu/

Leave a Reply