Menu Utama

Kerajaan tidak tanggung hutang 1MDB.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak menanggung sebarang hutang atau bayaran faedah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya syarikat itu jatuh bankrap.

Perdana Menteri berkata, hanya pinjaman bernilai RM5.8 bilion sahaja yang menerima ‘jaminan jelas’ kerajaan Malaysia.

“1MDB tidak menerima jaminan dari kerajaan bagi pinjaman lain.

“Sepertimana syarikat lain yang tertakluk di bawah Akta Syarikat, 1MDB juga mempunyai liabiliti terhad dan selain daripada pinjaman atau bon yang menerima jaminan kerajaan, hal kewangan 1MDB tidak termasuk dalam kiraan kontinjen liabiliti kerajaan. Keadaan kewangan syarikat adalah tanggungan syarikat itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu sama ada kerajaan terpaksa menanggung beban hutang RM38 bilion 1MDB jika syarikat itu muflis.

Najib menjelaskan hutang 1MDB pada tahun berakhir 31 Mac 2013 adalah sebanyak RM36.25 bilion.

Perdana Menteri berkata, 1MDB mempunyai rangka kerja tadbir urus yang kukuh dan membolehkannya mendapat pengiktirafan antarabangsa bagi bon yang diterbitkan.

Selain itu katanya, syarikat itu sentiasa melakukan ‘due dilligence’ kewangan dan teknikal yang sepenuhnya sebelum membuat keputusan bagi melabur dalam sesuatu projek.

“Setakat ini, 1MDB tidak pernah terlepas daripada memenuhi obligasi jadual pembiayaan kewangannya.

Kedudukan kewangan 1MDB tetap kukuh disokong oleh aset strategik yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti di samping mempunyai peluang pertumbuhan yang utuh,” kata Najib.






15 Komen to Kerajaan tidak tanggung hutang 1MDB.

  1. wong jowo says:

    mmg tak tanggung utang 1 bilion..tapinya utang lebih bilion22222

  2. itsme says:

    pd sy isu yg lbh ptg ialah bagaimn sebuah sykt yg br setahun jagung boleh diamanahkan dgn dana yg begitu besar dan lg bgmn boleh kita percaya sykt yg br tumbuh mampu utk menfendalikan beban kewangan yg begitu besar?? ini agak mustahil dan mungkin hanya bbrp org shj didunia ini mampu mengendalikannya..

    nak maju pun biarlah bertateh dulu, ini nak terus tingo dipuncak sy rasa agak kekok kalau nak cerita pun… ramai lagi yg meniaga dan melabur sana sini ttp mrk semua beemula dr situasi yg memberi mrk ilmu dan pendekatan yg oaling selamat.

    penat sokong kpd yg membawa rebah!! kita tak mahu dengar lagi bunyi2 spt harapkan pagar, pagar pulak yg mamam padi..

  3. raplahjinggaa says:

    siapa di dini belum bertayam?

  4. amad says:

    nak cover balik..berapa banyak tariff elektrik kena naik..

  5. kluangman says:

    Itu jawapan atau alasan?

  6. Uturn says:

    Ni bukan company setahun jagung. Lain kali kalau tak tau buat homework dulu.

    1MDB began as Terengganu Investment Authority (TIA), a sovereign wealth fund aimed at ensuring economic development for the state of Terengganu that is long term and sustainable while safeguarding the economic well-being of the people of Terengganu.[3]

    TIA was established in 2008, and was renamed 1Malaysia Development Berhad on January 2009.[4] In his announcement on July 22, 2009, Prime Minister Najib Razak said the decision to expand TIA into a federal entity was made to enable its benefits to reach a broad spectrum of Malaysians rather than to the residents of only one state.[5]

    Focus

    1MDB focuses on strategic development projects in the areas of energy, real estate, tourism and agribusiness.

    On September 30, 2009, 1MDB and its strategic partner PetroSaudi International Limited announced the setting up of a US$2.5 billion joint venture company, aimed at spearheading the flow of foreign direct investment from the Middle East into Malaysia.[6]

    Following that, on January 11, 2010, 1MDB signed a cooperation framework agreement with the State Grid Corporation of China (SGCC), with the intention to undertake various energy-based projects in the Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) and subsequently become major investors in SCORE.[7]

    On January 18, 2010, 1MDB signed a cooperation agreement with Abu Dhabi Future Energy Company (also known as Masdar) to explore clean technology projects and investments, including the possibility of building Malaysia’s first carbon-neutral city.[8][9]

    On May 13, 2010, 1MDB as part of a consortium of companies, will jointly undertake a multi-billion-ringgit redevelopment project on the Sungai Besi old international airport, which is now the base for the Royal Malaysian Air Force. The site covers 162 hectares and is planned to be developed into an Islamic financial centre and will include Qatar Investment Authority (QIA) as a partner.[10] This project is dubbed the City of Malaysia.[11] About the same time, 1MDB and QIA had signed an MOU to assess the viability of energy and real estate investments. In the MOU, QIA also proposed to invest US$5bil.[12]

    On May 21, 2010, it was reported that 1MDB will jointly develop the Kuala Lumpur International Financial District project at a currently vacant piece of land covering 34.4 hectares in the city of Kuala Lumpur with Mubadala Development Company.[13] Nevertheless, the groundbreaking ceremony which was supposed to be held on May 29, 2010, was called off and postponed indefinitely at the last minute.[14] During his speech on Tenth Malaysia Plan, Najib Razak identified the KLIFD and City of Malaysia projects as two of many public-private partnership projects which will help drive the nation’s transformation agenda.

  7. Tubir says:

    Ialah tu kalau sampai nak muflis tntu suruh KWSP ambil dan suntik kewangan….Najib ni cakap macam orang mabuk…..

  8. yon76er says:

    Tubir….kalau ada Duit dan SIMPAN bawah batal kesemuanya nak buat apa?????Berniaga or berbelanja burulah nama EKONOMI yg sihat….nanti kor kata EKONMI=JIMAT kan??…kor tyn anak kor apa tuu EKONOMI, maybe baru kor faham sikit lepas tuu..

  9. WTF says:

    Kepada sesiapa yg tak sokong usaha 1MDB, aku sarankan saudara2 sekalian BOIKOT sahaja usaha 1MDB untuk melaksanakan PR1MA di bekas tapak lapangan terbang Sungai Besi!!!

    Diharap dgn sokongan org2 Melayu terhadap BOIKOT terhadap 1MDB, org2 Melayu boleh memberi laluan pada org2 Cina mengambil kesempatan mengumpul harta di Tanah Melayu dgn memiliki rumah2 mampu milik menerusi program PR1MA!!!

    SYABAS AKU UCAPKAN KEPADA KAUM MELAYU!!! TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA KAN!!!

  10. semangat dato' haron says:

    X pe Najib yg penting kita buat kerja jujur dan amanah. Jadi pemimpin ni x semestinya setiap masa kita dihargai demi jasa2 kita. Say No!!! to KJ.#PulihkanPemudaUMNO

  11. Tubir says:

    Apa hubungan Tiara tanah sdn bhd dengan 1MDB

  12. Tubir says:

    Kalau betulah 1MDB tu untuk meningkatkan pegangan Melayu cakap aja terus terang ….lepas tu kita tengok apa reaction orang orang cina dan india ……najib berani ke cakap macam tu…….kalau dia berani …orang melayu akan sokong najib habis habisan ……

  13. WTF says:

    Menurut berita ini, Tiara Tanah Sdn Bhd is an an indirect wholly-owned subsidiary of IMDB.

    http://www.thestar.com.my/Story/?file=/2012/8/14/business/20120814080248&sec=business

Leave a Reply