Menu Utama

Kerajaan Masih Subsidi RON 95 sebanyak 28 sen seliter

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Okt 2014. Dengan ini harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Kali terakhir kerajaan menaikkan harga petrol RON 95 ialah pada 2013 dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyatakan ketika itu kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel. Jumlah subsidi bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan tahun 2013 ialah sebanyak RM24.8 bilion.

Menurut kenyataan Kerajaan harga sebenar pasaran RON 95 menyatakan harga petrol jenis tersebut sekarang ialah RM 2.58 seliter dan disel RM 2.52 seliter.

Ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 28 sen seliter bagi Ron 95 dan 32 sen untuk Diesel.

Terdapat persoalan mengenai pengurangan subsidi petrol ini berlaku ketiga harga minyak dunia 2014 telah jatuh sehingga USD 90 setong.

IMG-20141001-WA0102

Sungguhpun harga minyak jatuh sepanjang tahun ini, namun kerajaan masih memberi subsidi yang besar untuk petrol dan terpaksa belanja lebih apabila harga petrol naik tetapi harga ron 95 tidak dinaikkan.

Dengan pengurangan subsidi ini, kerajaan masih perlu mengeluarkan bajet sebanyak RM 21 bilion bagi subsidi bahan bakar pada tahun hadapan.






21 Komen to Kerajaan Masih Subsidi RON 95 sebanyak 28 sen seliter

  1. Mek esah says:

    Tradisi membela rakyat…hehe

  2. Mek esah says:

    Pasal apa bn kekal lama memerintah msia ?……pasal rakyat yg mengundi umno bn ni bodo mcm lem…..hehe

  3. sam says:

    Biol punya keputusan..

  4. raplahjingaa says:

    Ialaaa tu mek…sebab rakyaat bodoh macam lembu la tahap pembangunan di araskan dengan TESCO…..tak gitu mek ?? hehehe..

  5. Jebon says:

    Baguslah…potong subsidi minyak kemudian beri kpd BR1M….rakyat semakin hilang sabar….pemimpin BN harus sedar kenapa semakin ramai menentang kerajaan….kelompok mana….generasi mana….level mana….ras mana dan KENAPA ???

    Jangan pandang sepi segala keluhan dan rungutan rakyat….ada rakyat yg hanya cukup makan dari gaji yg konon2nya tak layak menerima BR1M…tetapi terpaksa berbelanja lebih kerana terpaksa tinggal di kawasan agak mewah lantaran kedudukan rumah- tempat kerja dan perkhidmatan/prasarana yg mmg diperlukan seperti TASKA, masjid/surau, bank dan perkhidmatan peruncitan

    Paling menyedihkan mereka terpaksa berhempas pulas mengawal perbelanjaan atas faktor yg bukan diminta atau menunjuk2…terpaksa membayar cukai…membayar pembantu rumah etc…bayangkan anda bergaji RM 5000, punya 5 anak yg masih bersekolah, tinggal di Kajang atau Puchong waima Hulu Langat dan bekerja di Jln Raja Laut atau Putrajaya

    Tenaga dan keringat diperah…poket dipulas, subsidi dipotong, cukai2 berselirat dan akhirnya kesemuanya dikumpul oleh perbendaharaan utk diagih2kan….antara penerima terbanyak ialah BR1M !!!…sekarang mencecah hampir RM 5 bilion, 2 tahun lagi akan hampir RM 8 bilion

    Baguslah…mansuhkan saja subsidi2 dan beri kpd rakyat yg sgt2 susah….beri mereka ikan JANGAN beri mereka pancing !!!

  6. dkds says:

    Kerajaan masih lagi menanggung beban subsidi..

  7. raplahjingaa says:

    Rakyaat kelas pertengahan makin terhimpit !! bantuan apa pun tak dapat, income tax kena bayar, ni minyak pulak naik harga !! bila minyak naik…barang lain pun akan naik, dah naik tu ianya tak kan turun sampai bila-bila. Yang kurang upaya dapat BR1M, dapat bantuan itu ini, yang kaya raya pulak naik pi la harga minyak seringgit pun, depa tak peduli.

    Timing nak naikan harga minyak pun cukup cantik…minggu depan raya haji !! pembangkang dok bercelaru…Najib pulak bagi idea kat depa untuk kembali bersatu…dan terus menyerang kerajaan…siapa yang akan mempertahankan kerajaan ?? kita la jugak !!

    Tak cerdik-cerdik lagi Najib rupanya…..

  8. wak says:

    Sapa la penasihat yang naik kan rege minyak ni. Mari kita kekah buat korban. Tak guna simpan orang yang hanya tahu bagi cadangan naikkan rege minyak nie. Mek esah pun kapitalis jugak. Jadi Mek esah Duk diam diam. Isu Kalimah “allah” mek esah boleh duk diam.

  9. sam says:

    Kesilapan Pak Lah di ulang lagi… tak belajar ke dari pengalaman lepas.

  10. Mek esah says:

    Mek rasa org yg paling bertanggunjawab besar dlm kenaikan rega minyak ni adalah org yg sama dgn gesaan untuk diadakan gst….iaitu lah bapak kapir anak Jala dari Sarawak tu kan????….manakala matnajib rasanya jong angguk je…pasal dia tak berapa cerdik mana pun…lagi pun dia ni anak bangsawan yg tak tau kesusahan sebenar rakyat !!!!

  11. terangsang says says:

    bagus jika semua barang subsidi dinaikan harga hingga berselisih 50 sen sahaja lebih murah dari negara jiran. bagus untuk elak penyeludupan, reda secara outomatik.jadi fokus akan beralih kepada keselamatan. pasarana dalam negara jadikan kurang atau tiadakan bayaran langsung. kesan rantaian kenaikan harga minyak itu memang patut kerajaan kena tolong, kalau boleh kerajaan buat kilang sendiri.he he. rakyat biasa macam saya tak kesah mana mungkin cuma kena tukar tabiat, dari merokok jadi berhenti rokok, dari biar anak merayau tak tentu hala,kawal dia dirumah saja dari makan banyak jenis lauk tukar jadi banyak jenis sayur he he. jangan mare..

  12. kulaan says:

    Ini semua salah PAS. Hari hari ceramah suruh che det berhenti jadi PM. Kata kat dia mahafiraun lah..maha zalim lah..last2 dia berenti..padan muka semua..dapat PM PM yang tak cerdik tak dapat macam dia…he he..

  13. dagang says:

    Kerajaan tidak peka dengan masaalah rakyat. Minyak itu punca utama pengerakan dan pengangkutan rakyat termasuk semua pekerja dan peniaga.
    Harga baru ini cukup membebankan rakyat.Naik 10%. Percayalah keyakinan rakyat kepada kerajaan sekarang akan merudum kerana harga minyak ini.
    Entahlah . Tak tau apa nak jadi dengan kerajaan sekarang. Agaknya memang dah tak mampu nak jaga ekonomi Negara . Rakyat telah sedia berada dalam keresahan besar memikirkan sumber pendapatan untuk tanggungan keluarga sendiri ditambah lagi dengan beban baru.
    Entahlah. Fikirlah apa yang akan terjadi di masa depan. Rasanya rakyat akan buat sesuatu …….yang mungkin kerajaan tidak pernah menduga……beban…beban..beban..beban besar diatas belakang rakyat hingga tidak tertanggung lagi…..Bajet rumah dan keluarga pun sudah goyah sekian lama. Sekarang sudah jadi carca merba.Harga barang tak kan pada paras itu sahaja kalau diesel naik. Masing-masing fikirlah …pening kepala hotak membayangkan masaalah mendatang…

  14. poyo says:

    takpa.tggu pr14 nanti turunlah 50sen.lgpun minyak kita still terrndah di asia,sama mm gaji kita x kurang 5k.lg satu,ni utk menyekat penyeludupan minyak dan untuk kesejahteraan rakyat.kita kena faham hutang negara dh kritikal,jd sbg rakyat kita kenalah tlg byrkn sbb ramai pemimpin2 msia ni terlalu boros.

  15. mzma says:

    Kalo ye pon nak mansuhkan Subsidi Minyak… bagilah rakyat RON92 Euro 4/5 yg lebih murah dari outdated RON 95 2M… rakyat pon happy…..

  16. azhar says:

    ni semua nak cover najib ngn rosmah punya espenses pi new york sampai tak reti nak balik….rakyat yg kena tanggung!

  17. Umnoover says:

    Blunder bodoh naik 20 sen sekaligus..

  18. Tubir says:

    Segala pembangunan dan penambahbaikan pengangkutan awam hanya berlaku dikuala lumpur dan lembah klang saja……bagai mana tempat tempat lain?…..kami diluar kl juga bayar cukai dan kena kesan pengurangan subsidi minyak.Rayaat diluar kl dan negeri lain harus bangkit menuntut hak pembangunan dan permodonan pengangkutan awam.Nampaknya kerajaan hanya memberi tumpuan dikl….adakah hanya yang bayar cukai dan undi BN?

  19. buya says:

    tubir, ko tak payah risau. Kami-kami di kuala lumpur ni hari-hari bayar tol. Penyelenggaraan jalan yang kerajaan keluarkan, hampir semua spent pada jalan-jalan luar KL.

Leave a Reply