Menu Utama

Kenyataan Rasmi Kementerian Pertahanan

Berikut ialah kenyataan rasmi berkaitan laporan awal kami mengenai kehilangan sebuah bot tempur dan 7 anggota tentera.

INSIDEN KEHILANGAN HUBUNGAN KOMUNIKASI DI ANTARA BOT TEMPUR CB 90 DAN KAPAL PENGIRING KD PAUS

Kuala Lumpur – Sebuah Bot Tempur CB90 TLDM yang akan ditugaskan untuk beroperasi di kawasan Terumbu Layang- Layang (Stesen Lima TLDM) telah hilang perhubungan komunikasi dengan kapal pengiring KD PAUS semasa dalam perjalanan ke stesen tersebut.

Kehilangan perhubungan komunikasi radio ini berlaku dalam cuaca buruk di sekitar Pulau Mengalum pada jam 1115 hari ini.

KD PAUS dan Bot CB204 telah belayar ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu untuk melaksanakan tugasan di kawasan operasi pada 5 Okt jam 5 pagi.

Operasi mencari sedang dilaksanakan oleh aset TLDM, APMM dan aset udara TUDM. Walau bagaimanapun sehingga kini bot masih belum ditemui.

Krew bot tempur milik TLDM ini terdiri daripada tujuh orang dan diketuai oleh Leftenan Azri bin Bakar TLDM. Operasi mencari masih diteruskan mengikut prosedur sedia ada.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“PERTAHANAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA”






5 Komen to Kenyataan Rasmi Kementerian Pertahanan

  1. Tubir says:

    Mcam mana boleh hilang? Berapa jarak diantara boat pengering…..dan takan hanya satu sistem kominikasi yang dibawa.kedaan laut bergelora kenapa benarkan kapal kecil beroperasi.adakah boat cb90 tersebut fit untuk belayar ?

  2. tengkudin says:

    semoga mereka ditemui selamat..amin..

  3. raplahjingaa says:

    Harap semuanya selamat….siapa yang pernah ” bermain ” di laut akan faham…its so unpredictable, kita doakan keselamatan depa, buat masa ni tak payahlah nak tuding jari sana sini.

  4. anoi says:

    Ade pencerohan di pihak luar ke? Makin melebar hal Malaysia di rundung malang. Ade sabotaj ke ape Mohon Allah swt sajalah melakui keajaiban (nyahkan pengkhianat)

Leave a Reply