Menu Utama

Kempen Bawa Bekal: Balaci Kata ‘Terbeban’, Tapi Sombong Pulak!!

BILA kerajaan umum saja harga minyak naik (subsidi dikurangkan) RM 0.20/liter, melalaklah balaci di seluruh antero Malaysia ini menggunakan akaun media sosial masing-masing mengutuk dan membesar-besarkan perkara tersebut sampai ke tahap makan pasir dan sebagainya.

Hakikatnya, tak siapa makan pasir pun, auta saja lebih. Yang balaci boleh guna Internet untuk hantar komen-komen berbaur jelek itu sendiri menunjukkan berduit.

Bila bajet 2015 diumum, semua usaha kerajaan nak membantu rakyat dipandang rendah balaci, naik elaun RM50 untuk Orang Kurang Upaya (OKU) pun dijadikan bahan ketawa juga, walhal ada juga naik, yang balaci dan kerajaan balaci bantu apa untuk OKU?

Menariknya, golongan OKU yang asli, tak seorang pun yang komplain, yang komplain ni hanyalah jenis yang ‘OKU mental’, balaci lah tu. Samalah macam BR1M, belum ada seorang pun penerima BR1M buat surat mintak tidak dibayar wang itu kepada mereka tahun depan kerana jumlahnya sikit.

Yang banyak mulut ni penulis lihat, banyak dari kalangan yang tak dapat.

Sekarang bila ada kempen bawa bekal ke sekolah, sekali lagi jadi bahan ejekan balaci. Anehnya, bodoh-bodoh yang sama juga melalak kata naik minyak RM 0.20/seliter membebankan mereka, bila dibuat kempen untuk kurang apa yang kononnya membebankan tu, kenapa nak diejek-ejek pulak?

Gila macam mana?

Sehingga jadi persoalan, ini sebenarnya membebankan ke tidak minyak naik RM 0.20/liter ni? Kalau terbeban, kenapa sombong pulak bila ada usaha nak kurangkan beban tu? Bawa bekal ni memang usaha baik nak kurangkan bebanlah sebab isu biasa setiap kali minyak naik ialah peniaga naikkan harga barang – tak terkecuali peniaga makanan/kantin sekolah.

Justeru, penulis cenderung untuk kata kenaikan harga minyak dan kenaikan-kenaikan lain yang dikaitkan dengannya adalah satu sandiwara balaci pembangkang semata-mata. Kenaikan memang ada tapi dalam masa yang sama, majoriti orang gajinya naik juga, seterusnya dapat menampung semua kenaikan tersebut.

Sebab itulah ramai yang sombong bila kempen seumpama ini dijalankan.






17 Komen to Kempen Bawa Bekal: Balaci Kata ‘Terbeban’, Tapi Sombong Pulak!!

  1. Uturn says:

    Aak saya pun bawa bekal. Lagi murah, sihat dan selamat.

  2. […] Adamyan BILA kerajaan umum saja harga minyak naik (subsidi dikurangkan) RM 0.20/liter, melalaklah balaci di […]

  3. Mek esah says:

    Alahai cai sampai suruh bawak bekal pulak….bekal tu boleh dapat percuma ka?….bahan mentah untuk persediaannya turut naik le cai…. untung tak berapa sen pun…..sedap2 puak hang naik rega minyak….senang2 nak menyusahkan kaum ibu pulak….pasai tu le umno kekal lama perintah….pasai cai jenis mangkuk dan sejenis dgn nya masih jenuh dan berterabur di bumi malaya ni……angguk memanjang je kerjanya

  4. dkds says:

    Bila tgk cerita wayang atau series barat terutamanya dari US…kita akan lihat bagaimana ibu bapa akan menyediakan bekal utk anaknya ke sekolah…walaupun apa yg dipaparkan keluarga itu dr golongan pertengahan….

    sebenarnya drama kita tidak banyak membantu dalam soal kempen kebaikan pun..

  5. Moo says:

    Nanti aku suruKak Semah masak, supaya Pok Jib bawak bekal. Bila ada client datang, najib akan keluarkan mangkuk tingkat, bini dia suruh bawak bekal.

    Kepimpinan melalui teladan katanya…

  6. Moo says:

    “Semua sudah bersuara. Ada sokong. Ada bantah.KM

    Melaka mulanya kata tiada masalah. Ini untuk orang non muslim. Siap kata PAS berfikiran tertutup.

    Tak menghairankan KM Melaka ini. Beliau pernah bersama Ali Rustam dan Kerabat Istana merasmikan Hard Rock di Melaka. Untuk pengetahuan semua, di Hard Rock tiada budu dan cincalok di jual!

    ISMA, Perkasa bahkan UMNO melalui mulut Noh Omar pun kritik pesta tersebut.

    Tapi sampai sekarang tiada komen dari Menteri Pelancongan Nazri Aziz.Bukankah pesta ini adalah dalam program Kementerian Perlancongan sebagai antara program untuk menjadikan Malaysia Hub Hiburan?

    Mengapa Nazri masih membisu?Tunggu komen panas dan pedas dari Nazri.

  7. system baru says:

    mek esak kalau bawa bekal harga lebih murah dan lebih keyang. Kalau beli harga lebih mahal.kenapa pelajar jepun boleh bawah bekal. para pelajar mereka didik masak sendiri di rumah dan kaum ibu mereka menyediakn makanana sebelum mereka pergi kerja. Kaum ibu japan berkerja tapi makanan bawa dari rumah .fikir2 kan sebelum bercakap .aku dulu bawa makanan dari rumah tak kira baru atau semalam punya ketika aku berkerja banyak aku simpan duit.cuma sekarang aje aku malas sebab duit aku kurang ia

  8. bujuk says:

    Setuju sangat bawak bekal.. tapi apa pilihan yg ada bagi mereka yg sekarang sudah bawak bekal? Dalam keadaan minyak belum naik dah bawak bekal, dah ikat perut, dah hutang keliling pinggang? Jangan fikir yg. sederhana atau kaya.. mereka tak terbeban tapi fikirkan yg hanya dapat gaji minimum rm900 sebulan. Malah bagaimana keadaan penoreh yg harga getah rm1.50 – rm1.80 sekilo (majoritinya pengundi BN). Nelayan dan pekerja sendiri lain yg ambil upah kutip kelapa, potong rumput dan lain-lain?
    Mereka ini rajin.. malah berkali ganda rajin berbanding sebahagian besar penjawat awam.

  9. itsme says:

    isnin khamis puasa, so tinggal 3 hari je.. lg pun dpt pahala lg kalau puasa.. kesihatan pun bagus.. bg yg merokok kurg sket jerebu kat tangga office.. mak cik cleaner senang sket kerja.. byk yg positivenya kalau kita mahu.. spt jika semua melayu bersatu… pasti lbh byk keuntungannya dr kerugian.. tp apa nak buat manusia sombong sangka mrk.sentiasa hebat kondem org siang mlm, mmg ada sket payah nak buat berunding… so lupakan shj golongan minoritu yg sebegitu..majoriti itu lg mustahak!!

  10. bangKano says:

    Puak puak bengap lagi pandir macam moo,mek esah & bujuk semua kenyataan di zahir kan main pakai hentam jerrr….kritik dulu kemudian baru nak pikir tu la dia sifat alami cicit cicit keturunan Pak Pandir. Semua idea yang di beri berunsur kebudak budakan…pelajar Tadika lagi cerdik dari mangkuk mangkuk hayun ni.

    Woi mangkuk hayun…cuba hang pa pi tengok kat Indonesia rakyat nya ramai hidup bawah paras kemiskinan kira kira 40 juta tapi depa leh survive leh pakai motorsikal walo pun harga petrol tinggi dari kita…pasai apa depa tak bising macam kita di sini…? Sebab jiwa depa kental & tegaq menghadapi keadaan semasa tang pasaran petrol dunia ngan berkerja kuat hingga sanggup cari bahan buangan seperti bahan plastik di pembuangan sampah. Ataih usaha yang gigh dah ramai rakyat depa di kelas kan golongan menengah kira kira 60% dan ekonomi depa semakin mengembang seiring ngan kita & Thailand…dah ramai mampu membeli banglo & kenderaan mewah jika di banding kan pada tahun 80’an. Ni satu kemajuan yang di luar dugaan kita sendiri. Dulu golongan kaya cuma mampu kereta Jepun takat 1.6 cc jerr siap supir nya sekali…tapi la ni golonagn kaya depa dah mampu pakai BMW,Mers,Hummer,Lamboghini dll. Tapi puak puak haprak kita cuma pandai bising bila subsidi di tarik semula sebnayk 20 sen seliter…ada plak mangkukhayun ni dah ada kereta mewah yang hasil dapatan semasa buat ceramah politik kutuk kerajaan ngan tadah tin Milo.

    Betoi tak moo,mek esah & bujuk oiiii…??

  11. zerry says:

    … cube korng ingt2 mse kcik2 dlu x tau pape pn pasai polotik ni.. Bla jer gomen wat kempen pasai papejela… kita ikut laa tnpa bnyak komen.. Idup pn epi, pikiran pn x kusut.. Bkan aku sokong sgt apa gomen skng wat, tapi rase2nya, pkir cra half full glass (positive) lg baik kkadng.. Sbb2: 1.dulu otak kita suci, x corrupt sgt.. 2.klo kta byak bngkang pn, x la ubah pape sgt pn… 3. Dh trbukti party(PR) yg satu lg pn, klo diberi amanah,x kurang JAHANAMnya jgk.. 4…smpai ada stu mse, dizinkn ALLAH swt ada stu party yg btl2 alternative kpd pemerintah skng, insyaALLAH… sma2 la kita pkat2 sokong nooo..
    Komen bkn nk provoke ssape, utk ingtkn aku sndri gak.. Akula yg depa panggil ‘fence sitter’… adios!

  12. chimera says:

    Mek esah ibu yang pemalas. Tu yang dia bangkang sangat bab nak bawak bekal.
    Sebab dia malas nak masak. Asyik biar anak dan suami makan nasi dan lauk air tangan Indon dan Bangla.
    Oitt mek esah….malang ler anak dan suami kamu dapat kamu sebagai ibu dan isteri dorang.

  13. WTF says:

    Mooh, awat hang nak mintak Rosmah Mansor masak utuk hang Mooh???

    Bini hang tak mau layan hang lagi ka Mooh!!!

    Hehehehehehe!!!!

  14. WTF says:

    Hehehehe, Bujuk suka main sentimen kononnya PAS memperjuangkan hak org2 miskin!!!

    Walhal, PAS adalah antara mereka yg mengutuk pemberian BR1M drpd kerajaan Malaysia kepada org2 miskin!!! Tu belum lagi cerita pasal pemberian dalam bentuk2 lain dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi2 kerajaan yg lain!!!

    Tapi bab kutip “derma”, sanggup org2 PAS menipu org2 miskin tersebut kononnya duit tersebut akan digunakan untuk perjuangan mendirikan negara Islam (especially nak melaksanakan hukum hudud di negeri Kelantan)!!!

    Alih2, PAS tukar pulak perjuangannya kpd mendirikan Negara Kebajikan!!!

    Udah2 lah main sentimen kononya PAS memperjuangkan hak org2 miskin!!!

    Buat Highway kat Kelantan pun ramai rakyat Kelantan kena tipu (yg dok sibuk pergi derma tu!!). Malah siap kena SAMAN lagi dgn syarikat tersebut!!!

    Ingatlah, perjuangan PAS hanyalah untuk menumbangkan UMNO dgn tujuan untuk berkuasa, bukannya nak memperjuangkan nasib org2 Islam, Melayu apatah lagi nak majukan rakyat Malaysia!!

  15. WTF says:

    Kepada Mek Esah,

    Tak pernah lagi aku dgr kaum ibu yg merintih dan tidak sanggup berkorban masa, tenaga dan harta mereka demi kesenangan dan kebahagiaan anak2 mereka!!!

    Melainkan mek ni jenis ibu yg hanya tahu beranak jer macam BINATANG!!!

  16. raplahjingaa says:

    heheheh…hang ni mek buat malu kaum ibu je, nak masak kat anak-anak pun hang kata menyusahkan…

    Muslimah PAS sungguhlah hang ni…

  17. WTF says:

    Aku nak tegur sikit Menteri KPDNKK, while I do not mind kempen “Jom bawak Bekal ke Sekolah”, tapi perlu adanya enforcement yg tegas dan menyeluruh terhadap peniaga2 yg sengaja menaikkan harga barangan di Malaysia!!!

    Difahamkan bahawa lesen2 hypermart dan perniagaan semua di bawah kementerian KPDNKK, maka gunakan that leverage to squeze peniaga2 ini dari menaikkan harga barangan. Jika peniaga2 ini ENGKAR, batalkan lesen perniagaan mereka!!!

    ENFORCE secara total Suruhanjaya Perniagaan Malaysia yg berada di bawah akta Competition Commission Act 2010 untuk megelakkan persaingan tidak sihat, terutama yg berbentuk kartel.

    Jangan lupa, di bawah Kementerian KPDNKK ada Price Control and Anti-Profiteering Acts 2010, tapi ENFORCEMENT tidak secara meneyeluruh!!!

    Jika KPDNKK masih tak perform lagi akhir tahun ini, saya harap Najib Razak tukarlah Malek Hassan dgn org yg lebih TEGAS dan TAK BERKOMPROMI dalam tugasnya!!!

    Lagipun, bukankah setiap kementerian ada KPI sendiri yg perlu dicapai!!!

Leave a Reply