Menu Utama

Kegiatan merekrut rakyat Malaysia ancaman buat negara

Kegiatan merekrut rakyat negara ini untuk berjuang di Syria yang kononnya atas nama jihad merupakan satu ancaman buat negara dan ia tidak boleh dibiarkan sama sekali, kata Panglima Angkatan Tentera (ATM) Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata, jika perkara itu tidak dibanteras segera, dibimbangi lebih ramai rakyat negara ini akan terpengaruh untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.

“Jika mereka bersama kumpulan itu, mereka akan dilatih dari segi militan dan mereka akan punyai semangat setiakawan bersama rakyat negara lain di tempat berjuang itu.

“Tak mustahil mereka ni balik senyap-senyap dan tubuhkan sesuatu, ini perkara nyata dan telah diperakui bahawa kumpulan IS ini lebih dahsyat daripada Al Qaeda,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Program Summer Camp 11/2014 di Kem Desa Pahlawan di sini, hari ini.

BERNAMA






3 Komen to Kegiatan merekrut rakyat Malaysia ancaman buat negara

  1. Uturn says:

    Jgn nanti mereka ni balik dan lawan dgn pasukan keselamatan kita pula. Buru mereka ni dan tangkap semua.

  2. raplahjingaa says:

    Lembu-lembu tu semua pi Syria depa tak tau depa jadi alat yahudi nak rosakkan agama Islam dan Malaysia…tak lama lagi akan keluar lah berita di New York Times dan akhbar-akhbar utama barat ” Malaysian IS Jihadist involved in the killing of bla..bla..bla ” maka akan sinonim lah nama Malaysia dengan kerja-kerja bodoh atas nama jihad, lalu akan skeptikal lah masyarakat dunia dengan Malaysia.

    La ni pun Holland dan beberapa negara eropah dah keluarkan ” amaran pejalanan ” kepada rakyaat depa yang hendak ke Malaysia.

    Kalau dah gian sangat nak main perang-perang awat depa tak seludup masuk palastine dan berperang dengan Israel ?? depa ni semua LEMBU !!

  3. b says:

    salah satu tanda akhir zaman yang hak dikata bathil yg bathil dikatakan benar,fikir2kan

Leave a Reply